Monday, 7 November 2011

spiral island yang cool dan unik

 aku memang suka berangan2 ada sebuah pulau, tapi entah la... bila la dapat jadi kenyataan.kali ini betul2 giler punya idea!






richie sowa, seorang ekspatriat british yang menetap di mexico membina pulau nya sendiri dari botol-botol terbuang. ini bukan cerita baru, aku tau pasal pulau buatan manusia ni pun melalui rancangan ripley's believe it or not. botol2 yang dikumpul dibungkus dalam beg plastik dan diikat pada papan yang menjadi struktur asas untuk menampung pasir yang akan menjadi pulau nya itu. untuk ke darat richie hanya perlu menarik sahaja tali yang diikat nya pada tiang di pesisir pantai. jarak ke daratan hanyalah 20-30 kaki sahaja.



sebelum ini richie ada sebuah pulau buatan yang dibina pada 1998 dinamakan spiral island 1 tapi telah musnah setelah dilanda taufan emily pada 2005 dan sejak itu dia membina semula spiral island 2 yang lebih besar dan dibuka untuk pelancong sejak 2008.pulau baru itu dibina di  isla mujeres berdekatan cancun, tempat dimana spiral island 1 terletak.



spiral island 1 terdapat rumah 2 tingkat,oven berkuasa solar,tandas baja kompos(tandas tanpa flush dengan 'baja' akan diguna semula) dan ada 3 buah pantai. spiral island 2 pula ada sebuah rumah, 3 pantai, 2 kolam,air terjun dan sungai berkuasa solar, panel solar dan mesin basuh dijana dari kuasa ombak. terkini rithcie sedang mengumpul dana untuk berlabuh di teluk isla mujeres kerana lokasi sekarang ini terlalu kecil untuk pulau nya. dan dia memerlukan dana sebanyak 18 000 us dolar.

No comments:

Post a Comment