Tuesday 30 October 2012

Kadbod Jadi Pengganti Di Majlis Perkahwinan



Lans Koperal Ben Smith 24 tahun, tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan adiknya kerana dia bertugas di afghanistan.untuk memastikan dia 'menghadiri' majlis itu keluarganya telah mencetak saiz gambar nya setinggi 6 kaki dan gambar itu digunting membentuk fizikalnya.di majlis itu patung ben bukan sekadar jadi pak pacak, patungnya itu dibawa sekali menjadi pengapit pengantin,dibawa ke majlis tari menari dan bergambar bersama keluarga.ben pulang bercuti pada julai lalu dan keluarganya sempat mengambil gambar terbarunya sebelum dia kembali bertugas.










Monday 29 October 2012

Kapal Rekaan Steve Jobs Akhirnya Siap

Kapal ini direka oleh mendiang steve jobs dan turut dibantu oleh chief engineer apple corp bagi menghasilkan rekaan kapal yang menarik.kapal ini siap selepas setahun pemergian pengasas apple itu.kapal sepanjang 250 kaki ini diperbuat dari aluminum ringan,kapal ini diberi nama 'venus' iaitu dewi cinta. kos pembuatan nya tidak diketahui lebih malang lagi steve jobs tidak sempat melihat sendiri kapal rekaanya nya ini siap sepenuhnya.didalam kapal ini juga dilengkapi komputer imac 27 inci dan ipod shuffle berserta kad penghargaan diberi oleh keluarga mendiang kepada setiap individu yang terlibat dalam menyiapkan kapal ini.






Raheem Sterling Dan Seangkatan Dengannya

Raheem sterling antara pemain muda yang menyerlah di epl sekarang ini.pemain sayap ini juga termasuk dalam senarai pemain termuda menjaringkan gol di epl.akan tetapi harus diingat tidak semua pemain muda yang diberi peluang bermain bersama pasukan senior akan melalui zaman gemilang di sini aku sertakan contoh pemain muda yang berjaya dan pemain muda yang sebaliknya....


mereka yang tidak berjaya....



mereka yang berjaya


Saturday 27 October 2012

Heskey Mengganas Lagi

sungguh berbaloi peminat newcastle jets yang menonton heskey cam di saluran fox sports australia kerana penyerang itu berjaya menjaringkan 2 gol untuk membantu newcastle jets menewaskan melbourne victory 2-1.secara keseluruhan heskey telah menjaringkan 4 gol dari 4 perlawanan.kemenangan ke 3 dari 4 perlawanan itu melonjakkan newcastle jets ke tempat pertama carta liga Hyundai A-league dan buat masa ini heskey menduduki tempat pertama senarai penjaring gol liga australia itu






Friday 26 October 2012

Heskey Sedang Diperhatikan!!!

Sebenarnya fox sport australia melancarkan satu kamera khas yang akan merakam setiap gerak geri emile heskey semasa dia sedang bermain untuk newcatsle jets.kamera itu akan merakam aksi heskey berlari,menendang bola,membuat hantaran dan percubaan ke pintu gol.rakaman itu akan  disiarkan semasa newcastle jets bertemu melbourne victory kelak.

sebelum ini kamera itu telah merakam gerak geri alessandro del piero dan shinji ono semasa mereka bermain tetapi untuk kali ini pula emile heskey dipilih.untuk menonton rancangan atau program yang menyiarkan setiap pergerakan heskey itu penonton hendaklah menekan butang merah pada alat kawalan tv mereka semasa siaran langsung perlawanan itu.

heskey kini sedang menemui rentak permainannya dengan menjaringkan gol semasa bertemu sydney fc dan central coast mariners dan dia telah menyumbang 2 gol dari 3 perlawanan.iklan untuk heskey agak sedikit membuatkan peminat bolasepak di england geleng kepala kerana

 'Heskey Cam gives you it all: one camera, one hero; every pass, every run, everything Heskey does on the pitch, you'll see it first with the Heskey Cam, the dedicated broadcast providing a rare insight into what makes Heskey so good.'

heskey disifatkan 'berlari' dan 'begitu bagus' sesuatu yang tidak dipercayai oleh peminat di england kerana pada mereka heskey 'indah khabar dari rupa'

Thursday 25 October 2012

Schalke 04 2.0

setelah 5 bulan tak membahan arsenal,aku kini kembali bermula dengan kekalahan 1.0 kepada norwich sabtu lalu pagi tadi badi kekalahan arsenal berterusan dengan schalke 04 menang bergaya 2.0 keatas arsenal,menang kat emirates stadium pulak tu.lagi menyakitkan hati 2 gol schalke itu dijaringkan oleh 2 dutchmen klass jan huntelaar dan ibrahim afellay nampaknya musim ni arsenal ada masalah dengan pemain belanda sindrom ini aku namakan dutchofobia iaitu fobia pemain berasal dari belanda yang dialami oleh arsenal khususnya.sudah la ditinggalkan rvp,sekarang klass jan dan afellay pulak menambah luka arsenal lagi pahit kekalahan tadi ialah kekalahan kali pertama arsenal dalam peringkat kumpulan sejak 2006.

1.0 klaas jan huntelaar - 76,

 2.0 ibrahim afellay - 86,



Tuesday 23 October 2012

Cara Penghasilan French Fries McDonald Kanada


aku kagum dengan cawangan McD luar negara yang menunjukkan cara penghasilan makanan mereka dari awal hingga akhir.dan setiap soalan yang ditanya akan dijawab dan ditunjukkan video cara produk itu dihasilkan.


Lukisan 3D oleh Roman Bruin

Dengan hanya menggunakan kertas dan pen,pelukis belanda,Roman Bruin mampu menghasilkan lukisan 3 dimensi yang realistik lagi menakjubkan hinggakan  reka bentuk kereta kuda  yang menelan belanja 10 ringgit pun tak mampu menandingi lukisan yang hanya menggunakan pen dan kertas ini.








Penyokong Leeds United Yang Menyerang Kirkland Ditangkap Dan Dipenjara

 
Aaron Cawley ditangkap dan didakwa atas tuduhan menceroboh padang dan menyerang penjaga gol sheffield wedenesday,chris kirkland.insiden itu berlaku jumaat lepas.setelah disoal siasat di waktu itu berada dalam keadaan mabuk dan dia tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang dilakukannya.selepas menyerang kirkland, dia meninggalkan stadium sebelum perlawanan tamat tanpa ditahan di pintu keluar oleh pekerja stadium.untuk kesalahan itu ian cawley dipenjara selama 16 minggu dan denda sebanyak 85 pound sterling.sebelum ini buruh tak bekerja itu pernah didenda kerana mencetuskan masalah di stadium.aaron cawley seorang penyokong tegar leeds united dan semasa kecil dia pernah menjadi maskot leeds united.





Sunday 21 October 2012

Kostum Halloween Untuk Kanak-Kanak Yang Comel

 sungguh kelakar,dari peket kecil sos heinz hinggalah kepada mickey mouse.kalau oceh dan oyum pakai kostum ni mesti comel.


















Saturday 20 October 2012

Chris Kirkland Di Tumbuk Penyokong Leeds United

Insiden ini berlaku pagi tadi di stadium sheffield wednesday, Hillsborough. insiden itu berlaku selepas michael tonge menjaringkan gol penyamaan minit ke 77 untuk leeds mengikat sheffield wednesday 1-1 hingga tamat perlawanan.penyokong itu bertindak liar dengan masuk ke padang dan menghampiri chris kirkland dan lantas menolak muka golkeeper itu.penyokong itu kemudian lari semula ke tempat duduk dan tidak dapat ditangkap.pengurus leeds,neil warnock nyata berang dengan tindakan penyokong itu yang dianggap memalukan dan dia berharap agar penyokong itu dipenjarakan kerana berkelakuan biadap.semasa menerima rawatan penyokong leeds di belakang gawang gol chris kirkland telah bersorak atas apa yang telah terjadi kepada golkeeper sheffield wednesday itu.