Hijrah itu penting untuk menemukan pengalaman baru dalam hidup, dan untuk melarikan diri dari zon selesa lah David Bentley,pemain sayap England memilih meninggalkan spurs dan berhijrah ke Rostov,sebuah kelab di liga rusia.bentley ke sana dalam perjanjian pinjaman untuk 3 bulan.bercakap mengenai pengalaman baru nya bentley menyatakan semasa bertemu terek gozny di tempat lawan dia dan pasukannya telah menaiki penerbangan 45 minit sebelum perlawanan bermula,bergegas ke stadium dan menaiki penerbangan semula selepas perlawanan tamat,terek gozny terletak di dalam wilayah chechnya di mana tahap keselamatan berada di tahap kurang selamat kerana berlaku pertempuran antara puak pemisah dengan tentera rusia.
semasa bertolak ke stadium bas mereka diiringi kereta kebal,penembak tepat di setiap sudut,4 buah kereta mengiringi mereka ke stadium untuk memastikan mereka selamat dan itu satu pengalaman yang tidak pernah dilaluinya semasa dia di london.bentley pada awal kariernya digelar beckham baru kerana cara permainan yang sama.tetapi kecederaan lutut selama 12 bulan menjejaskan kariernya dan yuran perpindahan 17 juta dari blackburn ke tottenham pada 2008 menjadi beban kepadanya untuk membuktikan kualitinya sepadan dengan harga perpindahan.
bercakap mengenai tempat tinggal barunya,rostov-on-don yang terletak 700 batu di selatan moscow dia menyatakan suasana di situ jauh berbeza berbanding di chechnya.tahap keselamatan terkawal dan dia tak berasa bimbang jika keluar berjalan ke pusat bandar pada waktu malam kerana lebih selamat berbanding london.hotel tempat dia menginap juga selesa kerana terletak di bandar moden dan paling penting banyak restoran yang menyajikan makanan yang lazat.
masalah umum yang dialami bentley ialah orang rusia tidak diajar berbahasa inggeris dan mereka tidak belajar mengenal huruf roman bagi mengatasi jurang bahasa itu david telah belajar serba sedikit perkataan dalam bahasa rusia.rutin harian bentley ialah dia akan dijemput oleh pemandu yang akan menghantar nya ke pusat latihan,waktu petang pula dia melepak bersama stipe pletikosa atau menikmati sup bourch iaitu sup resipi tempatan yang dibuat dari beetroot,daging dan sayuran.antara rakan bentley ialah florent sinama ponggolle yang pernah bermain untuk liverpool.
Rostov bukan lah kelab mewah seperti anzhi dan mereka hanya menang 1 dari 4 perlawanan kini menduduki tempat ke 12 liga dari 16 pasukan.bentley menetap di rusia seorang diri,isteri dan anaknya menetap di london.dia melawat mereka bila ada rehat di hujung minggu.
No comments:
Post a Comment