Tuesday 28 April 2015

Perniagaan Milik Selebriti Yang Gagal

Mereka mempunyai populariti dan pengaruh dalam dunia hiburan di Amerika dan juga seluruh dunia, tetapi itu tidak bermakna mereka ini mampu mengendalikan sebuah perniagaan dengan jayanya seperti karier mereka. Paling lucu permainan video Shaq Fu milik Shaq O Neil dan XFL, Xtreme Football League yang diasaskan Vince Mc Mahon cuba mengaplikasikan WWE ke dalam American Football.
Banyak produk dalam video ini yang kita rasa sebenarnya boleh berjaya jika diikutkan pada populariti pengasasnya tetapi jangan terkejut ia menjadi sebaliknya. Supermodel seperti Naomi Campabell dan rakan-rakannya pernah menjadi duta restoran Fashion Cafe tetapi gagal, Flav Fried Chicken milik Flavor Flav ditutup selepas 3 bulan, Nicky Hilton pewaris perniagaan Hotel Hilton cuba membina empayarnya sendiri, Hotel Nicky O menemui kegagalan. Begitu juga dengan Kanye West dengan jenama pakaiannya, Natalie Portman dengan jenama kasutnya yang tidak melibatkan unsur-unsur haiwan ( Vegan ), MasterCard edisi keluarga Kardashian dan Planet Hollywood, restoran yang bertemakan filem-filem Hollywood kesemua jenama ini menemui KEGAGALAN.



Monday 27 April 2015

Apa Sudah Jadi Dengan Muzik Sekarang ??

Remaja hari ini fikir begitu mudah untuk jadi pemuzik, dengan menggunakan laptop mereka fikir mereka sudah layak digelar pemuzik. Tetapi tahukah mereka muzik sebenar itu bagaimana ? Itu belum lagi dengan ayat-ayat yang sungguh puitis di dalam lagu....berulang-ulang gunakan ayat yang sama. Jika Freddie Mercury masih hidup di era ini mungkin dia give up dan bunuh diri barangkali....

Mawar Rashid Dan GST

Mawar Rashid, peserta Dewi Remaja menjadi bahan kritikan di media sosial kerana tidak memahami apa itu GST dan bagaimana ' profesional ' nya dia menjawab soalan itu. Ini bukti cantik saja tak cukup, bakat dan intelektual perlu ada. Mawar Rashid ni contoh utama mereka yang mengejar glamour dan populariti seperti keluarga Kardashian.


Sunday 26 April 2015

Kereta DeLorean Back To The Future Ditunda !

Gambar kereta ini yang ditunda atas sebuah trak menjadi viral di internet, kononnya kereta ini ditunda pihak Central Motorway Police Group kerana digunakan untuk merentasi masa. Tetapi ia hanya hoax saja kerana kereta itu milik peminat fanatik filem Back To The Future yang berpangkalan di England iaitu seseorang yang menggunakan nama samaran Doc Brown  .
Kereta ini biasanya digunakan untuj tujuan pameran dan viral tentang kereta itu merentasi masa hanya digunakan untuk meningkatkan lagi populariti kereta itu, kereta ini direka 100% menyerupai DeLorean dalam filem trilogi itu tetapi tidak boleh merentasi masa.










Friday 24 April 2015

Identiti Sebenar Pelancong Bogel Di Petaling Street

Pagi tadi kecoh dikalangan netizen video seorang pelancong asing mabuk dan kemudian berbogel di Petaling Street tersebar luas di media sosial. Agak pelik kenapa ' pelancong asing ' ini kerana boleh bertutur bahasa Melayu dan Cina, rupa-rupanya dia adalah warga tempatan ! namanya ialah Shana Avril, satu ketika dulu pernah berlakon dalam drama siri Ejen 016 yang pernah disiarkan di tv3 antara 2006-08 dulu.



Pelancong Asing Berbogel Di Petaling Street

Pelancong asing ini membeli 2 botol bir tetapi hanya membayar untuk 1 botol saja, amoi didalam video ni mahu dia membayar untuk baki 1 botol lagi tetapi pelancong yang mabuk itu membuat onar dengan membuka pakaiannya. Agak hairan dengan pelancong ini kerana ada waktunya dia membebel dalam bahasa melayu. Mungkin meleis barangkali....





Thursday 23 April 2015

Dokumentari Orang Afrika Berkulit Putih

Afrikaner ialah kaum di Afrika Selatan yang berkulit putih dan hasil keturunan orang Eropah yang bermastautin di negara itu. Dalam dokumentari ini menyiarkan tentang kem latihan atau summer camp yang dikhususkan untuk Afrikaner yang taat dan taksub kepada pejuang ketuananan Afrikaern, AWB - Afrikaner Weerstandbeweging, sebuah pertubuhan atau unit yang membela golongan kulit putih di Afrika Selatan. Kumpulan separa tentera ini terkenal di zaman apartheid dulu kerana kekejaman mereka, walaupun sudah 21 dasar pemisahan atau Apartheid dimansuhkan, tetapi masih ada minoriti Afrikaner yang masih tidak boleh menerima dasar baru ini. Para ibu-bapa yang taksub pada gerakan ini menghantar anak mereka untuk menjalani latihan pertahanan diri di kem ini.

e

Tuesday 21 April 2015

10 Kostum Superhero Yang Teruk

Seperti biasa, Green Lantern tercalon untuk kategori ini. Dengan kostum yang nampak jelas menggunakan CGI tak hairan lah Green Lantern tercalon. Tapi yang pelik nya kenapa The Thing dari Fantastic Four tercalon ? dia bukannya memakai kostum dan dia tidak berbaju. Kostum lain yang selayaknya tercalon seperti Catwoman dan Batman & Robin seperti biasa termasuk dalam senarai ini.



Monday 13 April 2015

Gaji Pemain Malaysia 2015

Gaji pemain Malaysia berada di tahap tertinggi sejak 2 tahun lalu dimana para pemain mula menerima jumlah yang tak masuk akal seperti gaji 30-80 ribu sebulan. Jika dibandingkan pencapaian individu mereka amatlah berbeza ibarat langit dan bumi. Siapa sangka gaji pemain di liga gred D mampu menerima jumlah sebesar ini. Tambahan pula, mereka berada di ranking 164 fifa.


Saturday 11 April 2015

Arnab Terbesar Dunia

Bekas model majalah Playboy, Annette Edwards memiliki seekor arnab bernama Darius, berusia 4 tahun dan panjangnya berukuran 4 kaki. Membela arnab adalah hobi nya dan sejak 10 tahun ini dia sudah memilik  100 ekor arnab. Cara untuk membiakkan arnab bersaiz gergasi ini ialah dengan memiliki 2 induk yang bersaiz besar sahaja.


Friday 10 April 2015

Sadie Si Anjing Pemuzik

Sadie, seekor anjing baka Jerman Shepherd berusia 6 tahun ini menarik perhatian netizen dengan kemahirannya bermain alat muzik organ. Video yang dirakam di Alberta,Canada ini menunjukkan anjing ini bermain muzik menggunakan kaki hadapan dan menuruti arahan pemiliknya yang merakam video ini.


Thursday 9 April 2015

Lukisan Zaman Pra Sejarah Di Pamerkan Semula

Lukisan yang berusia 36 000 tahun ini diukir oleh manusia zaman pra sejarah di gua Chauvet-Pont-De Arc, Perancis ini telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia dan telah dilindungi dari tatapan umum untuk tujuan pemuliharaan. Lukisan ini telah di cetak semula menggunakan teknologi moden dan dipamerkan di dinding gua replika buatan manusia , Caverne du pont d'Arc untuk tatapan umum.










Menangkap Buaya Menggunakan Tangan Kosong

Jika dulu aksi menangkap buaya menggunakan tangan kosong tanpa sebarang peralatan biasa kita lihat dilakukan oleh mendiang Steve Irwin dalam program Crocodile Hunter tetapi ini lain sedikit apabila dilakukan oleh seorang pengusaha taman buaya, Gary Saurage. Video dia menjinakkan seekor buaya seberat 184 kilogram dan sepanjang 11 kaki itu menjadi viral di facebook. Jangan terkejut kerana di youtube sudah lama video aktiviti-aktiviti Gary menjinakkan buaya bertajuk Gary Country Gator Rescue sudah diupload.