Friday 31 August 2012

Biar Jasa Jadi Kenangan Charlie Adam

Charlie Adam menjadi mangsa rombakan brendan 'bastard' rogers.CA memilih ke stoke city pada harga 4 juta pound dan dengan pemergian adam,batch Kenny D 2011/2012 akan dikenang sebagai Missing Batch kerana pasukan ini hanya bertahan selama semusim saja.tetapi aku masih mengingati pasukan Kenny D 2011/2012 ini sebagai pasukan liverpool  bukannya pasukan Steven Gerrard atau skuad Fernando Torress.dan ini terbukti dengan liverpool 2011/2012 bermain dengan baik bila Steven Gerrard tidak bermain dan jika bola yang mengenai palang yang menghalang gol liverpool musim lalu sudah pasti liverpool menamatkan liga di tempat yang lebih baik.

Sunday 26 August 2012

Satu Langkah Kecil Seorang Lelaki, Satu Lompatan Besar Bagi Umat Manusia

Neil Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan seluruh dunia bersedih   tentangnya.dialah manusia pertama menjejak kan kaki ke bulan pada 20 julai 1969.



Burung Nuri Bertemu Burung Liver

Nuri Sahin secara sah dipinjamkan ke liverpool selama semusim.antara sebab kedatangan Nuri ke Anfield ialah dorongan dan nasihat dari Xabi Alonso dan sempena kedatangan Nuri ini dia diberikan jersi nombor 4 yang sebelum ini dipakai oleh Raul Meireles.


Saturday 25 August 2012

Michael Owen Dan Pasang Surut Karier Beliau


Mamat berasal dari Chester ini merupakan peminat Everton,mula diberi peluang bermain bersama pasukan senior liverpool di era Roy Evans.Tetapi karier nya mencapai puncak kejayaan semasa di era Gerrard Houlier dengan sering menempatkan diri dalam senarai penjaring gol prolifik untuk Merseyside merah setanding dengan Alan Shearer,Thierry Henry,Ruud Van Nistelrooy pada awal 2000 an dulu.

Di arena antarbangsa pula MO10 menempa nama dengan menjaring gol pada pertemuan England bertemu Argentina di pusingan kedua piala dunia 1998.dari situ indeks peningkatan Owen semakin meningkat dan mula mendatangkan gelabah kepada mana-mana goalie pasukan lain dalam EPL ketika itu kerana penyudahnya yang berbisa.Di Liverpool Owen disanjung tinggi para peminat kerana kesetiaannya dan semasa aku kenal Owen 10 tahun dulu ,boleh kata masa tu agak susah nak baca di media cetak penyerang seperti Owen ini meminta untuk dijual ke kelab lain, dia juga pada masa tu boleh dikatakan mencapai kemuncak dalam kariernya pada usia 23 tahun dia memenangi Bola Emas sekaligus menabalkan dia sebagai pemain terbaik eropah tahun 2002.



Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya Tsunami di tengah hari, pada perlawanan akhir bertemu newcastle yang juga penentu nasib liverpool ke UEFA champions league musim berikutnya Owen menjaringkan gol penyamaan dan mengesahkan tempat ke 4 milik liverpool musim 2003-2004 tetapi tempat ke 4 tidak cukup menjamin tempat Gerrad Houlier ,pengurus yang banyak menaikkan nama MO10  dengan dia dipecat dan digantikan oleh Rafa Benitez yang bertindak membuat RAFALUTION iaitu kemasukan beramai-ramai pemain sepanyol ke Anfield.seperti teori domino, keluarnya Gerrard Houlier dan Phil Thompson dari kerusi panas liverpool, michael owen 'membuka' jersi no 10 miliknya dan dia dijual ke Real Madrid pada harga 8 juta pound,

Sehingga ke hari ini aku masih menggelar Rafalution itu sebagai RaFAILution kerana penjualan Owen ke madrid mendatangkan kemarahan peminat, Owen juga dijual pada harga murah iaitu hanya 8 juta pound jika dinilai pada prestasi Owen dia sepatutnya dijual pada harga 18-20 juta pound.Owen pergi tapi tiada pengganti yang mampu mengisi tempatnya sehingga kemasukan Torres, Owen di Trade in dengan Rafa Benitez membawa masuk antonio nunez ??? pemain sayap yang mampu membuat hantaran lintang melepasi garisan sudut terus ke belakang jaring gol tanpa sampai tepat kepada penyerang yang menanti di hadapan gol,kemasukan Fernando Morientes juga 2x5 dengan dia lebih banyak menjaringkan gol semasa siri perlawanan persahabatan dari perlawanan kompetitif.

Di Santiago Barnebeu, Owen kurang mendapat tempat kerana bahagian serangan di isi oleh Raul yang mendominasi posisi itu sejak sekian lama,ini memaksa owen mengemas begnya dan kembali semula ke England.Kali ini dia memilih ke Newcastle dan indeks kejatuhan karier nya semakin terserlah dengan dia menerima gaji besar tapi sering dilanda masalah kecederaan.Dia pernah di hina oleh penyokong liverpool yang menyanyikan lagu 'dimana kamu ketika kami di Istanbul ?'
semakin kurang jumlah gol,semakin rendah prestasi Michael Owen,itu kesimpula yang dapat dibuat selama 3 tahun dia di St James Park.pada musim terakhirnya Tyneside bergelut dengan penyingkiran dan mereka akhirnya tersingkir tetapi Owen memilih untuk kekal di EPL dengan memilih haluan ke Manchester.

Kehadiran Owen di Old Trafford sekadar menghabiskan moreh Malcolm Glazer sahaja dengan dia menjadi pilihan ke 5 dibelakang wayne rooney,dimitar berbatov,javier hernandez dan danny welbeck.dia juga mendatangkan kemarahan kepada the kop dengan dia memilih menyertai musuh tradisi liverpool itu.sehinggakan semasa perlawanan testimonial jamie carragher, owen telah di boo oleh penyokong setiap kali dia menyentuh bola.situasi ini tidak berlaku kepada bekas pemain liverpool yang terlibat dalam perlawanan itu seperti luis garcia,emile heskey,danny murphy dan jerzy dudek.

setelah tidak ditawarkan kontrak baru Owen kembali menganggur mencari kelab baru,usianya baru 33 tahun ini terlalu awal untuk bersara lagi.biarpun owen memenangi epl dan piala liga bersama red devils dia bukanlah pemain utama kelab dan hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan dan sekadar menghabiskan baki minit-minit akhir permainan.pemergian owen 8 tahun lalu begitu memberi kesan kepada kariernya dengan dia hilang bisanya,masalah kecederaan serius dan gagal mengembalikan prestasinya.karier Owen kini umpama telur di hujung tanduk dan setakat ini dia dikhabarkan berunding dengan everton.

Friday 24 August 2012

Paddy Kenny vs Robert Green

Robert Green secara automatik mengambil alih peranan penjaga gol nombor 1 di Loftus Road dengan kemasukan Rob Green pada perpindahan musim panas ini Paddy Kenny terpaksa memilih haluan baru ke Elland Road.Oleh sebab tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan kejurulatihan mengutamakan Rob Green yang menjadi punca Paddy Kenny diletakkan dalam senarai perpindahan ,Paddy Kenny telah melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan menghantar pesanan suara

‘It’s Rob Green’s agent here, I just wondered, er, how you got on today. I didn’t really see the f****** score but I heard it didn’t go too well.
 But, never mind, Robbo’s a good keeper. Don’t you worry about that, he’s a good keeper.’
nada itu seakan menyindir Rob Green yang kononnya lebih cemerlang dan cekap dari dia.Paddy Kenny pada separuh kedua musim lepas mula mempamer peningkatan dan aksi yang menyakinkan dengan membantu QPR mengelak dari tersingkir.akan tetapi disebabkan rekod bolosnya yang terlampau banyak menyebabkan Mark Hughes memilih goalie yang lebih baik.

Insiden itu berlaku semasa Paddy Kenny meraikan kemenangan bersama kelab barunya Leeds United dalam aksi liga kejohanan bertemu wolves.

Beckham Gol Lagi !!

sebelum ni aku ada post video pasal gol DB dari jarak luar kotak penalti.kali ini semasa perlawanan liga juara-juara CONCACAF pula David Beckham sekali lagi membuktikan betapa legenda nya dia dalam bola jarak jauh.Gol unik Beckham ini dihasilkan melalui tendangan sudut dan gagal ditampan kemas penjaga gol Metapan.


Terbaik Dari Taman

 pesara doktor, Chisholm Ogg menghabiskan 10 jam sehari untuk menghias taman di rumahnya.ini melayakkan taman itu dinobatkan taman terbaik di Britain.Dia telah menjalankan aktiviti itu sejak 14 tahun lalu dan mesin rumput yang digunanya sudah berusia 50 tahun.pemotong rumput itu diwarisi dari ibunya.

sebenarnya budaya mengusahakan taman sudah lama di amalkan di Britain,ini seakan kewajipan bagi mereka.tapi tidak di KL,jika di rumah itu ada ruang lapang walaupun sebesar kangkang gorilla tetapi meleis tetap melaksanakan projek membesarkan rumah sampai nak letak kereta pun depan rumah orang.

Thursday 23 August 2012

belgium bangkit dari tidur

di epl kini semacam jadi trend bila majoriti kelab di epl cuba membawa masuk pemain belgium yang semakin meningkat reputasinya di liga seberang selat inggeris.kalau dikira semua pemain belgium mereka sudah boleh melengkapi kesebelasan utama.ini berpunca dari kesederana FA Belgium yang menambah baik infrastruktur akademi bola sepak mereka selepas belgium gagal ke kejohanan besar sejak piala dunia 2002.
dengan generasi yang ada pada hari ini mereka dijangka mampu layak ke piala dunia 2014 dan bayangan sejarah peminat bola sepak belgium kepada marc wilmots sudah hilang dan kini mereka mengagumi thomas vermaelen,vincent kompany,eden hazard,marouane fellaini dan romelu lukaku.

mahukah FAM belajar dari usaha gigih dan berterusan belgium fa ??


Wednesday 22 August 2012

gambar zayn malik sambut aidilfitiri

ahli keluarga zayn malik dalam gambar itu kelihatan memakai bindi,pakaian tradisional india bukan kerana mereka hindu tetapi kerana bindi itu adalah pakaian tradisional bangsa mereka.ibu zayn tiada dalam gambar kerana bercerai dengan bapanya yaser,seorang muslim-pakistan ketika zayn berusia 7 tahun.perrie edward dari kumpulan little mix juga ada bersama untuk meraikan aidilfitri bersama zayn malik.
bapa zayn seorang british pakistani iaitu warga britain  berketurunan pakistan.ibu zayn pula tricia.seorang wanita inggeris.

Tuesday 21 August 2012

koleksi kaset pakcik aku yang legend

 sebagai remaja di era 80 an itu sesuatu yang begitu cool dan trendy.pakai kasut aliph,seluar skinny,baju loudness,rambut panjang mengerbang dan berjaket jeans atau kulit sesuatu yag perlu ada pada rockers era 80 an.lagi satu,perkara wajib yang perlu ada ialah kaset band rock tak kira sama ada cetak rompak atau original jika tak memilikinya pada masa itu adalah ibarat remaja hari ni miliki MP3 tanpa lagu. dalam koleksi kaset pakcik aku yang aku jumpa ialah yang paling legend dan bernilai kaset search -  mentari merah di ufuk timur. cover kasetnya dihasilkan melalui lukisan tangan dan bukannya sesi photoshoot atau dihasilkan menggunakan adobe photoshop. cover mentari merah di ufuk timur tu jauh lebih bagus dan berseni dari cover album justin timberlake - future sex love sound yang selayaknya dijadikan gambar penghias tisu tandas.

 

Sunday 19 August 2012

stacey miller dan andy carroll

pada ketinggian 193 cm andy boleh dikategorikan sebagai gergasi.stacey nampak terlalu kecil bila berdampingan dengan carroll.

Saturday 18 August 2012

Oussama assaidi - bukan osama,bukan arab saudi

 
pemain sayap kiri dan kanan ini di dilabel sebagai perpindahan yang mengejutkan tanpa sebarang rumours khurafat lagi syirik dari media, oussama secara rasmi menyertai liverpool dari SC heerenven pada nilai 3 juta pound.nombor yang akan di pakai nya ialah nombor 11.


Wednesday 15 August 2012

FA kecil yang berjiwa besar

perlawanan persahabatan akan berlangsung.dan pastinya ada gred yang memisahkan untuk menentukan sesuatu perlawanan itu gred A,B atau C. penentuan gred perlawanan sudah tentunya melibatkan negara-negara yang berada di ranking top 70 dan bawah 70.contohnya perlawanan persahabatan itali menentang england sudah tentu lebih berprestij dari perlawanan persahabatan hong kong menentang singapura.

di sini aku senaraikan FA yang benar-benar buat kerja dengan mengadakan perlawanan dengan pasukan gergasi walaupun pasukan itu kurang ternama contohnya Panama,umum sudah tahu panama bukan lah peserta piala dunia dan hanyalah peserta piala emas concacaf.tapi siri perlawanan persahabatan mereka bukan lah menentang kelab-kelab ternama tetapi menentang ranking yang lebih atas iaitu USA, PARAGUAY memang la panama kalah kepada negara-negara ini tetapi harus diingat panama dibarisi pemain yang hanya bermain di liga panama sendiri dan separuh lagi bermain di liga argentina,mexico,amerika syarikat dan uruguay. tetapi itu tidak jadi alasan kepada mereka untuk bekerja keras mengadakan perlawanan dengan pasukan berkelas dunia esok,panama akan menentang portugal yang dibarisi pemain berkelas dunia dan portugal berada 49 anak tangga di atas panama dalam ranking fifa.

lagi satu perlawanan yang mengejutkan ialah puerto rico menentang sepanyol.puerto rico bukan lah berada di ranking top 70 dunia tetapi itu bukan penghalang untuk mereka membuat appointment perlawanan persahabatan dengan sepanyol yang berada di ranking nombor 1 dunia.harus ditekankan puerto rico berada di ranking 138 fifa tetapi juara dunia masih sudi menerima tawaran mereka.aku pasti tawaran puerto rico ini dibuat bukan bulan lepas,tahun lepas, sebaliknya 4 tahun lepas mungkin selepas sepanyol menang euro 2008. juga diingatkan disini puerto rico berada di bawah thailand 'tahiland' tetapi mereka masih mampu mengadakan perlawanan gred A bertemu sepanyol.kalah 10-0 itu belakang cerita yang penting mereka mampu menarik juara dunia untuk bertemu mereka.

berdasarkan perlawanan di atas jawatankuasa FAM rasanya dah boleh bangun dari kerusi empuk di wisma FAM dan membeli tiket kapal terbang ke puerto rico atau panama untuk mempelajari cara-cara pengurusan yang efisien dan mencuci minda dari bayangan juara AFF dan gold medal sukan sea.

Tuesday 14 August 2012

batman dan robin di penutupan sukan olimpik london

sebenarnya itu hanya gimik rodney dan del boy, dua karakter ini popular di kalangan penonton  di UK kerana sitkom only fool and horses.rodney trotter dan del boy trotter ialah dua beradik  yang dikenali dengan kereta reliant robin mereka .dua beradik itu memakai kostum batman dan robin, del boy memakai sut batman dan rodney pula memakai sut robin.watak del boy dilakonkan david jason dan rodney oleh nicholas lyndhurst.

telur besar

eastwood,essex- pasangan steve dan annie egginton terkejut dengan telur yang di tetas oleh ayam betina mereka bernama jessica.saiz dan berat telurnya 3 kali ganda lagi besar dari telur ayam normal.telur jessice seberat 6oz berbanding telur biasa 2oz.


Saturday 11 August 2012

patah tumbuh hilang berganti : joe allen

ini bukan sembang kosong,ini janji ditepati. joe allen akhirnya sah ditandatangani oleh brendan rodgers.harga perpindahan 15 juta pound. joe akan menjadi pemain ke 2 di kelab yang mempunyai nama sama dengan joe cole.joe allen disahkan lulus ujian kesihatan dan menandatangani kontrak jangka panjang. desas desus mengatakan joe ke liverpool semakin panas bila dia kelihatan semasa berlangsung perlawanan antara liverpool dan fc gomel. dengan pemergian craig bellamy posisi itu digantikan oleh joe allen.


terima kasih bellamy

craig bellamy akhirnya kembali ke kampung halaman untuk lebih dekat dengan keluarga,maklumlah dah tua kena la ada tanggungjawab.baru saja selesai menjalani ujian kesihatan bellamy di tawarkan kontrak 2 tahun bersama cardiff city.musim lalu bellamy adalah pemain terbaik liverpool kerana prestasi yang sentiasa konsisten tak lupa jugak yang bellamy adalah winger/striker yang jadi idola aku masa zaman sekolah dulu.terima kasih bellamy atas bakti yang disumbangkan kepada kelab,jasamu dikenang welshman!


Friday 10 August 2012

'ryan dunn' di saman kerana punca kemalangan


sebetulnya estet milik ryan dunn di saman oleh keluarga individu yang terlibat dengan kemalangannya tahun lepas.agak seram menulis berita ni pasal ryan dunn sudah pun menukar kewarganegaraan menjadi ahli kubur dan ini agak pelik kerana ryan dunn dan zachary hartwell sudah lama meninggal tetapi ibu-bapa  hartwell menyaman estet milik ryan dunn atas tuntutan ganti rugi nyawa anak mereka dan mahu mendapat semula modal menguruskan pengebumian zachary hartwell.

tak cukup dengan saman itu,keluarga hartwell pula mahu menyaman west barnaby bar kerana masih menghidangkan arak kepada ryan dunn walaupun dia berada dalam keadaan mabuk.keluarga hartwell turut meminta estet milik ryan dunn dan pihak bar membayar gaji zack seperti yang diterimanya semasa hayatnya.pada aku permintaan gaji ini agak pelik kerana zack sudah pun mati dan jika menyaman pihak bar atas insuran nyawa dan tuntutan ganti rugi itu agak munasabah.

Wednesday 8 August 2012

gambar-gambar lama dan baru rowan atkinson






snack snake

dalam spesies ular ini satu-satunya ular yang paling aku tak takut dan paling aku suka sebab
??
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

kek batman

untuk hari jadi aku 4 bulan akan datang aku membuat permintaan aku dapat kek batman.sebab nampak unik dan kreatif lagipun kalau kek angry bird nampak macam ikut trend dan terlalu childish.kalau rupa dah cantik diharap rasa pun sedap la,bukan sekadar indah khabar dari rupa,indah water dari syabas.