Saturday, 25 August 2012

Michael Owen Dan Pasang Surut Karier Beliau


Mamat berasal dari Chester ini merupakan peminat Everton,mula diberi peluang bermain bersama pasukan senior liverpool di era Roy Evans.Tetapi karier nya mencapai puncak kejayaan semasa di era Gerrard Houlier dengan sering menempatkan diri dalam senarai penjaring gol prolifik untuk Merseyside merah setanding dengan Alan Shearer,Thierry Henry,Ruud Van Nistelrooy pada awal 2000 an dulu.

Di arena antarbangsa pula MO10 menempa nama dengan menjaring gol pada pertemuan England bertemu Argentina di pusingan kedua piala dunia 1998.dari situ indeks peningkatan Owen semakin meningkat dan mula mendatangkan gelabah kepada mana-mana goalie pasukan lain dalam EPL ketika itu kerana penyudahnya yang berbisa.Di Liverpool Owen disanjung tinggi para peminat kerana kesetiaannya dan semasa aku kenal Owen 10 tahun dulu ,boleh kata masa tu agak susah nak baca di media cetak penyerang seperti Owen ini meminta untuk dijual ke kelab lain, dia juga pada masa tu boleh dikatakan mencapai kemuncak dalam kariernya pada usia 23 tahun dia memenangi Bola Emas sekaligus menabalkan dia sebagai pemain terbaik eropah tahun 2002.



Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya Tsunami di tengah hari, pada perlawanan akhir bertemu newcastle yang juga penentu nasib liverpool ke UEFA champions league musim berikutnya Owen menjaringkan gol penyamaan dan mengesahkan tempat ke 4 milik liverpool musim 2003-2004 tetapi tempat ke 4 tidak cukup menjamin tempat Gerrad Houlier ,pengurus yang banyak menaikkan nama MO10  dengan dia dipecat dan digantikan oleh Rafa Benitez yang bertindak membuat RAFALUTION iaitu kemasukan beramai-ramai pemain sepanyol ke Anfield.seperti teori domino, keluarnya Gerrard Houlier dan Phil Thompson dari kerusi panas liverpool, michael owen 'membuka' jersi no 10 miliknya dan dia dijual ke Real Madrid pada harga 8 juta pound,

Sehingga ke hari ini aku masih menggelar Rafalution itu sebagai RaFAILution kerana penjualan Owen ke madrid mendatangkan kemarahan peminat, Owen juga dijual pada harga murah iaitu hanya 8 juta pound jika dinilai pada prestasi Owen dia sepatutnya dijual pada harga 18-20 juta pound.Owen pergi tapi tiada pengganti yang mampu mengisi tempatnya sehingga kemasukan Torres, Owen di Trade in dengan Rafa Benitez membawa masuk antonio nunez ??? pemain sayap yang mampu membuat hantaran lintang melepasi garisan sudut terus ke belakang jaring gol tanpa sampai tepat kepada penyerang yang menanti di hadapan gol,kemasukan Fernando Morientes juga 2x5 dengan dia lebih banyak menjaringkan gol semasa siri perlawanan persahabatan dari perlawanan kompetitif.

Di Santiago Barnebeu, Owen kurang mendapat tempat kerana bahagian serangan di isi oleh Raul yang mendominasi posisi itu sejak sekian lama,ini memaksa owen mengemas begnya dan kembali semula ke England.Kali ini dia memilih ke Newcastle dan indeks kejatuhan karier nya semakin terserlah dengan dia menerima gaji besar tapi sering dilanda masalah kecederaan.Dia pernah di hina oleh penyokong liverpool yang menyanyikan lagu 'dimana kamu ketika kami di Istanbul ?'
semakin kurang jumlah gol,semakin rendah prestasi Michael Owen,itu kesimpula yang dapat dibuat selama 3 tahun dia di St James Park.pada musim terakhirnya Tyneside bergelut dengan penyingkiran dan mereka akhirnya tersingkir tetapi Owen memilih untuk kekal di EPL dengan memilih haluan ke Manchester.

Kehadiran Owen di Old Trafford sekadar menghabiskan moreh Malcolm Glazer sahaja dengan dia menjadi pilihan ke 5 dibelakang wayne rooney,dimitar berbatov,javier hernandez dan danny welbeck.dia juga mendatangkan kemarahan kepada the kop dengan dia memilih menyertai musuh tradisi liverpool itu.sehinggakan semasa perlawanan testimonial jamie carragher, owen telah di boo oleh penyokong setiap kali dia menyentuh bola.situasi ini tidak berlaku kepada bekas pemain liverpool yang terlibat dalam perlawanan itu seperti luis garcia,emile heskey,danny murphy dan jerzy dudek.

setelah tidak ditawarkan kontrak baru Owen kembali menganggur mencari kelab baru,usianya baru 33 tahun ini terlalu awal untuk bersara lagi.biarpun owen memenangi epl dan piala liga bersama red devils dia bukanlah pemain utama kelab dan hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan dan sekadar menghabiskan baki minit-minit akhir permainan.pemergian owen 8 tahun lalu begitu memberi kesan kepada kariernya dengan dia hilang bisanya,masalah kecederaan serius dan gagal mengembalikan prestasinya.karier Owen kini umpama telur di hujung tanduk dan setakat ini dia dikhabarkan berunding dengan everton.

No comments:

Post a Comment