Saturday 28 February 2015

Apabila Astro Arena Troll Peminat Sarawak

Semalam berlangsung perlawanan, antara Sarawak menentang Kelantan perlawanan Piala FA. Dikala penyokong Sarawak sudah mula menyebarkan gambar jadual astro arena yang kononnya bakal menyiarkan secara langsung perlawanan itu mereka dikejutkan apabila perlawanan yang ditunjukkan di astro 801 itu ialah perlawanan ulangan tahun lepas !!!! kah kah kah .


Thursday 26 February 2015

Video Lagu Tamrin Ibrahim Pendek

Kadang-kadang kuah tak semestinya tumpah ke nasik, berapa kerat je anak-anak selebriti dalam dunia yang boleh menandingi kehebatan bapa mereka ?? itulah lumrah dunia. Bakat itu tak semestinya diwarisi, ada yang perlu dibentuk dan dilatih. Jadi jika bapa kita seorang yang berbakat dalam apa-apa bidang seni tak semestinya kita kelak akan jadi seperti dia.



Wednesday 25 February 2015

Makna Nombor Plat Kenderaan Dalam Bahasa Cina

Aku ada kawan,sedara mara yang cukup berpegang pada kepercayaan cina ni walaupun dia Melayu. Kalau boleh dalam no plate kereta diorang, nak elakkan daripada ada angka 0 dan 4 sebab membawa suwey katanya.


 
3 hrs · Edited · 
Makna no plat kenderaan dlm bahasa Cina
1 satu/dijangka
2 lapar
3 hidup
4 mati
5 tidak
6 guling
7 terus/lurus
8 kaya
9 lama
0 tiada
Cuba anda cari makna no plet kenderaan masing2.
contoh -
6674 = guling guling terus/lurus mati.
6949 = guling lama mati lama.

Tuesday 24 February 2015

Penunggang Basikal Mengelilingi Dunia Maut Dirempuh Kereta

Juan Francisco Guillermo 48, warga Chile yang cuba melakar rekod dunia dengan mengelilingi dunia menggunakan basikal maut di Bahagian Nakhon Ratchasima, Thailand. Dia dirempuh dari belakang oleh seorang pemandu kereta yang cuai, mangsa ketika itu berada di lorongnya dan maut apabila dirempuh oleh pemandu trak pikap.

Dia memulakan kayuhan merentasi 5 benua itu bermula sejak November 2010 dan dijangka berakhir pada November tahun ini. Anak dan isterinya yang juga turut serta dalam misi itu turut cedera.

 
 







Friday 20 February 2015

Hasil Seni Kartun Menggunakan Microsoft Paint

Microsof paint ini biasanya aku gunakan untuk meng edit print screen dan meng crop gambar. Tetapi blogger Sipot  telah menggunakan Microsoft paint untuk menghasilkan lukisan yang childish,colourful tetapi menarik.






Thursday 19 February 2015

Kisah Epik Disebalik RM 10

Agak mengejutkan kerana elemen-elemen yang ada dalam wang kertas RM 10 ini semuanya dilanda kegagalan. MISC sudah tidak lagi menjalankan perniagaan kontena, lrt Putra sudah diambil oleh Rapid dan dijenamakan semula menjadi Aliran Gombak, Kelana Jaya. MAS pula mengalami kerugian berbilion ringgit.


Wednesday 18 February 2015

Maksud Sebenar Menara Gading

Minggu yang sudah kita didedahkan yang " Pagar " dalam peribahasa ' Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi ' ialah sejenis burung iaitu Pegar bukannya pagar. Hari ini kita digemparkan pula dengan maksud lain untuk menara gading, sinonimnya menara gading itu merujuk kepada Universiti, Institusi pengajian tinggi tetapi kali ini agak mengghairahkan maksud menara gading itu.






Monday 16 February 2015

Bertemu Cik Pon Di Malam Yang Hening

Jaga-jaga, malam yang tenang dan sunyi jangan disangka tiada pocong. Bila berjalan tu jangan asyik sangat menatap bintang di langit. Silap haribulan ternampak pocong bertenggek.


Sunday 15 February 2015

Senrab FC - Kelab Pencungkil Bakat Bolasepak England

Senrab FC adalah sebuah pasukan bolasepak amatur yang bermain di Sunday League. Mereka lebih dikenali kerana berjaya melahirkan pemain-pemain ternama di England sebelum mereka diserap masuk ke akademi kelab-kelab terkemuka. Antara pemain yang pernah bermain untuk Senrab FC semasa kecil ialah, Jermaine Defoe, John Terry, Ledley King, Ray Wilkin dan Steve McKenzie.

Inilah erti sebenar pembangunan akar umbi dimana pasukan-pasukan bertaraf amatur seperti Senrab ini sama-sama membantu dan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk bermain dan  mengetengahkan bakat mereka. Bukan menyalahkan FA England dan hanya mahu bebanan ini ditanggung oleh Badan Induk bolasepak sahaja. Kita sebagai masyarakat juga perlu sama-sama membantu dengan cara paling mudah, membentuk skuad bolasepak di pelbagai peringkat usia dan mengajar mereka asas-asas bolasepak.



Tuesday 10 February 2015

Makna Sebenar ' Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi '

Pada mulanya, aku pun hairan bagaimana pagar sejenis objek yang kaku dan tidak bernyawa itu boleh memakan padi ?? rupa-rupanya bukan pagar tetapi Pegar, sejenis burung yang ditugaskan menjaga sawah padi.


Sunday 8 February 2015

Gambar Klasik Bruce Lee

Benar lah kata orang " sekeping gambar, menyimpan 1001 jenis memori dan cerita "
Individu di dalam gambar ini ialah Bruce Lee dan anak nya, Brandon Lee. Pastinya kita rasa sayu apabila 2 Lee ini sudah tiada lagi. Bruce meninggal akibat otak nya membengkak kesan pengambilan dadah dan Brandon meninggal pada 1993 akibat kecuaian teknikal pihak produksi yang tidak memeriksa pistol yang bakal digunakan untuk sesi pengambaran yang akhirnya menjadi penamat kepada riwayat Brandon. Dia mati akibat peluru yang digunakan untuk adegan tembak menembak itu bukan peluru palsu tetapi peluru betul yang telah dibuang serbuk peledaknya.


Netizen Perasan Muka Ala-ala Fazura

Dikala ramai netizen Twitter bengang dengan lawak Shiro yang kurang menyengat semasa final MLM yang lalu tiba-tiba muncul lawak yang tidak disangka ini terima kasih kepada Ottel


 Fazura ??? " Jauh Panggang Dari Api "



Wednesday 4 February 2015

Gambar Konsep Stadium Baru Ac Milan

Stadium milik sepenuhnya pasukan Ac Milan ini bakal diberi nama "Emirates" kerana pembiayaannya dibiayai oleh penaja kelab itu. Dianggarkan menelan belanja 300 juta pound stadium ini berkapasiti 48 ribu penonton, jumlah yang lebih kecil berbanding stadium sedia ada iaitu San Siro 80 000 penonton kerana masa ini Itali dilanda krisis ekonomi menyebabkan banyak stadium kelab-kelab Serie A dilanda masalah kemerosotan bilangan penonton ke stadium. Lokasi stadium ini  tidak jauh dari stadium San Siro. Jika siap kelak, pastinya kenangan Ac Milan dan Inter Milan yang berkongsi stadium sejak dari dulu bakal tinggal kenangan kerana mereka kini tidak lagi berkongsi  "rumah" yang sama.

Direka oleh Fabio Novembre, yang bertanggungjawab mengilhamkan rekaan Stadium Allianz Arena dan Sarang Burung Beijing. Stadium baru ini bakal menempatkan kolej sukan, hotel, restoran, taman permainan,taman hijau dan ruang bebas untuk para artis dan orang awam. Buat masa ini Barbara Berlusconi sedang berusaha untuk memastikan projek ini siap menjelang musim 2018/19.





Left Shark - Internet Meme terbaru

Left Shark ialah penari latar yang memakai kostume ikan jerung biru semasa persembahan Katy Perry - Teenage Dream semasa waktu rehat Super Bowl baru-baru ini. Left Shark mendapat perhatian pengguna internet di Amerika Syarikat yang menyaksikan perlawanan itu kerana kesilapannya dalam rentak tarian menyebabkan dia menjadi bahan ketawa di internet. Left Shark mendapat gelaran itu kerana dia menari di sebelah kiri dan penari latar yang juga memakai kostum yang sama di sebelah kanannya tidak melakukakan kesilapan sepertinya.










Stonehenge - Pulau Easter

Bila tengok gambar ni, macam kebetulan je patung kepala di Pulau Easter tu ada kaitan dengan Stohenge.




Power Rangers Merah Tikam Mati Teman Sebilik !!

Ricardo Medina Junior, yang terkenal dengan watak Ranger Merah dalam siri tv Power Rangers Wild Force telah menikam teman sebiliknya, Joshua Sutter. Perbicaraan yang berlangsung semalam menyebabkan dia dibebaskan tanpa sebarang hukuman dikenakan ke atasnya.




 Insiden itu terjadi apabila Ricardo dilaporkan bertengkar dengan Joshua, kemudian dia dan teman wanitanya masuk ke bilik, Joshua memaksa Ricardo membuka pintu menyebabkan Ricardo berang dan menikam tepat pedang yang diletakkan di pintu bilik ke bahagian abdomen Joshua.





The Avengers 1978 Vs 2012

Sebenarnya ini bukan movie sebenar, sebaliknya hanya fan made video oleh  Quarv, pemilik akaun youtube. Footage ini diambil dari pilot episod/ telemovie superhero ini di era 70 an dulu dan digabungkan menjadi 1 video. Robot berwarna merah yang berjalan seperti orang kena buasir itu bukan Iron man tetapi Exo-man dan adegan Hulk bertempur dengan Thor itu diambil dari Hulk tv series. Adegan Captain America pula diambil dari telemovie pada waktu itu dimana kali pertama watak ikonik itu diadaptasi dari komik ke televisyen.




Tuesday 3 February 2015

American Football Vs Bolasepak

Semalam baru saja berlangsung perlawanan Super Bowl yang menemukan New England Patriot dengan Seattle Seahawks dimana New England Patriot menang 28-24. Perlawanan akhir itu juga mencatat sejarah tersendiri dalam dunia penyiaran televisyen di Amerika Syarikat apabila mencatat tontotan 114.4 juta penonton !! persembahan Katy Perry semasa rehat juga menarik 118. 5 juta penonton ! 3 juta lebih tinggi dari persembahan Bruno Mars untuk Super Bowl 2014.

Tetapi sambutan itu hanya dirasai di Amerika Utara saja kerana American Football tidak begitu popular di benua-benua lain. American Football sering kali dilabel Hand Egg kerana dimainkan menggunakan tangan bukannya kaki ( foot ).


Tarian Anak Muda Masa Kini

Masa aku sekolah menengah dulu, shuffle begitu popular dan trendy pada waktu tu. Sekarang ni susah betul nak tengok budak shuffle bila budak-budak baru nak up sekarang ni umur 14-16 dah jadi kaki raver.



Sunday 1 February 2015

Australia 2-1 Korea Selatan Piala Asia 2015



Perlawanan berlangsung di Stadium Australia, Sydney. Dihadiri 76 385 penonton yang majoritinya penyokong Socceroos dan sejumlah kecil dari itu adalah penyokong Taeguk warriors. Korea Selatan dilihat sebagai calon utama juara kali ini berdasarkan rekod mereka yang belum melepaskan sebarang gol dalam kejohanan ini dan mereka satu-satunya pasukan yang belum tewas dan berjaya menewaskan Australia dalam peringkat kumpulan.


Separuh masa pertama Korea bertahan dengan baik untuk memastikan Australia buntu mencipta gol dengan hanya 2-3 percubaan berbahaya berjaya dilakukan. Korea Selatan pula memanfaatkan kelebihan mereka yang mampu mengatur serangan dengan baik dan berjaya melancarkan percubaan ke pintu gol Australia tetapi nasib tidak menyebelahi mereka untuk mencetak gol. Antaranya tandukan Kwak Tae Hwi dan volley Song Hyun Min yang tersasar dari pintu gol.



Dikala semua penonton bersiap sedia untuk rehat separuh masa pertama, Massimo Luongo melakukan percubaan di luar jangkaan semua apabila rembatannya menerjah jaring Korea Selatan untuk Australia mendahului 1-0. Rekod bersih Kim Jin Hyeon akhirnya bocor apabila dia gagal menangkap percubaan Massimo Luongo itu walaupun sudah mengagak dengan tepat ke arah mana bola itu pergi. 


Separuh masa kedua bermula, permainan lebih tenang dari Australia dan dengan kelebihan 1 gol itu mereka sepatutnya menambah gol lagi untuk memadam semangat perjuanagn Korea, tetapi barisan serangan mereka begitu hambar dan Robbie Kruse terutamanya gagal beraksi dengan baik sejak separuh masa pertama lebih banyak berguling sana sini dari melakukan percubaan ke pintu gol. Tim Cahill dikeluarkan dan ini seakan memberi petanda Australia mahu menamatkan permainan ini dengan bertahan dan hanya membuat clearance. Tetapi kelalaian mereka ini menghukum diri sendiri, di kala permainan tinggal 1 minit 30 saat kesilapan Trent Sainsburry yang gagal menanduk kemas bola akhirnya dimanfaatkan Han Kook Young dengan menghantar bola kepada  Ki Sung Yeung dan membuat hantaran pendek kepada Song Heung Min yang dengan tenang merembat ke gawang Matty Ryan untuk gol penyamaan Korea Selatan.


Perlawanan berlangsung hingga masa tambahan, Australia kembali melancarkan serangan tetapi buntu mencari gol dan begitu juga dengan Korea apabila Matty Ryan cemerlang di gawangnya dengan melakukan beberapa tepisan. Tomi Juric yang cuba mengawal bola di penjuru kiri gol Korea cuba melakukan helah untuk mendapatkan sepakan percuma tetapi dia bijak memanipulasi bola dengan mengawal dengan kemas dan menyusup masuk ke dalam kotak penalti dengan merembat ke arah penjaga gol dan James Troisi menyerbu masuk merembat masuk bola muntah itu dan meledak gol kemenangan Australia. Sekaligus melegakan kegusaran hati penyokong tuan rumah.


Siapa sangka, Ange Postcoglou yang hanya dilantik 15 bulan yang lalu berjaya membentuk semula pasukan Australia berwajah baru dan berjaya menjadi juara Asia untuk pertama kalinya. Tambah manis pula kemenangan ini diraikan dihadapan penyokong sendiri. Ternyata Ange Postecoglou berjaya melaksanakan misi yang dianggap mustahil ini.