Sunday 31 May 2015

Telur Ayam Ajaib

Biasa kita masak telur ayam akan keluar telur cair kan ? kalau telur tak pecah tu telur tembelang lah tu. Tapi kali ni apa perasaan korang lepas tengok video ni ??


Sunday 24 May 2015

Lions12 Juara Piala FA 2015

Buat pertama kali nya, Lions12 mara ke perlawanan akhir piala FA dan berjaya merangkul kejuaraan pertama mereka sejak diperkenalkan pada 1990. Perlawanan semalam seakan-akan memihak Kelantan kerana seperti biasa rakyat Malaysia masih lagi dengan sentimen kenegaraan mereka hatta di pertandingan peringkat kelab. Tetapi siapa sangka, dengan 4 orang import Kelantan masih gagal menembusi gawang Lions, jangan terkejut kerana banyak percubaan ke pintu gol dan peluang di miliki oleh Kelantan dan jelas sekali bahagian serangan mereka lebih effektik tetapi tidak produktif.



Lions mendapat gol awal melalui Faris Ramli akibat kesilapan Nik Shahrul Azim yang tidak mengawal ketat, gol penyamaan menyusul dari gerakan cantik Gilmar yang melambungkan bola kepada Wan Zack Haikal. Gandingan 2 beradik Khairul Amri dan Khairul Nizam tidak begitu menjadi pada malam ini dengan Nizam lebih banyak bermain di sebagai defensif striker saya kira, apabila melihat dia lebih banyak bermain di tengah padang dari bahagian serangan. Amri pula masih bermain dengan baik pada malam ini dengan bertindak sebagai target man tetapi mereka tidak mampu bertahan sehingga ke minit 90 apabila kedua-duanya dilanda kecederaan.




Gol kedua menyusul apabila Nik Shahrul Azim gagal menahan bola dengan kemas walaupun tidak berada dalam situasi genting. Sahil Suhaimi merampas bola dan berlari terus ke arah gol dan melepaskan satu sepakan leret. Kepincangan Kelantan pada malam ini ditambah dengan kegagalan Amir Ridzuan Taj mengepung Sahil Suhaimi dan menarik jatuh Sahil. Penalti diberikan dengan tenan Sahil merembat masuk gol ketiga dan sah lah Piala FA buat pertama kali nya dibawa masuk ke Singapura selepas Liga Super 2013, Liga Perdana 1994 dan Piala Malaysia 1994.




Saturday 23 May 2015

5 Detik Terbaik Hari Terakhir EPL

Hari ini adalah minggu terakhir EPL, perebutan juara sudah ditentukan 3 minggu lalu dan malam ini yang menjadi perhatian adalah persaingan 2 pasukan dari utara-timur England iaitu Hull dan Newcastle, mereka akan bersaing untuk mengelak dari tersingkir ke Liga Championship. Disini dipaperkan 5 detik-detik Great Escape yang mendebarkan dalam sejarah EPL sejak 1992.



Saturday 16 May 2015

Hex Hog - Kerusi Beroda 6

Kerusi roda konvensional yang beroda 2 is too mainstream !! Sion Pierce, telah merekacipta kerusi roda yang bukan setakat beroda 6 tetapi juga mampu berfungsi seperti ATV - All Terrain Vehicle. Idea ini datang dari komuniti petani di kampung nya yang kurang selesa dengan ATV yang tidak begitu efisien di permukaan yang bercerun dan berbukit bukau.



Jadi sebab itu dia merekacipta Hex Hog pada kelajuan maksimum 15 km/sejam dan lebih penting menggunakan kuasa bateri yang cukup untuk perjalanan sejauh 32 kilometer. Hex Hog ini dijual pada harga 18 ribu pound sterling ( RM 100 000 ). Hex Hog bakal memasuki pasaran Amerika 6 bulan dari sekarang.







Rumah Hodoh Di Belgium

Blogger, Hannes Coudenys gemar memuat naik gambar-gambar rumah di Belgium yang teruk seni bina nya di tumblr milik nya, Rumah Hodoh Belgium . Disebabkan gambar-gambar yang tersebar luas di media sosial ini membuatkan akaun tumblr miliknya mendapat hits yang tinggi.
Tetapi kesan publisiti itu dia mendapat ancaman dan ugutan dari arkitek dan pemilik rumah yang mahukan dia memadam gambar itu dari tumblr nya.












Piramid Sudan

Kita semua tahu Piramid itu terletak di Mesir, tetapi siapa sangka di Sudan juga ada piramid ! Piramid di Sudan ini lebih berseni kerana dipengaruhi unsur-unsur Greek,Mesir dan Rom ini terletak di Meroe ini sudah pun diletakkan dibawah senarai tapak warisan dunia UNESCO tetapi disebabkan Sudan berada dalam pergolakan dan ketidakstabilan sosio ekonomi menyebabkan piramid ini terbiar di gurun tanpa sebarang penjagaan.

Berbanding piramid Giza yang dikunjungi jutaan pelancong, piramid ini hanya dikunjungi pelancong dalam jumlah yang kecil kerana faktor logistik. Piramid ini dibina antara 720-300 tahun sebelum masihi, piramid ini dibina ketika era Kerajaan Kush berkuasa dari 8 tahun sebelum masihi hingga tahun ke 4 masihi. Tapak ini juga dipercayai antara tamadun awal di lembah sungai Nil dan penguasa di era itu bergelar ' Firaun Hitam '. Atas faktor masa juga ada binaan piramid ini yang kian runtuh dan terhakis.











Tuesday 12 May 2015

Woodstock 1972 Di Malaysia

Dari keratan akhbar lama ini melaporkan pada tahun 1972 Persatuan Pengakap telah menganjurkan Pesta Woodstock dimana anak-anak muda era 70 an berhibur selama 30 jam. Ini sungguh cool dan hip kerana Woodstock adalah pesta muzik  di Amerika Syarikat dimana para artis ternama era itu membuat persembahan disaksikan remaja hippies yang berambut panjang, memakai pakaian berwarna warni, memakai simbol anti perang dan menghisap dadah jenis LSD. Woodstock ini mendapat perhatian ramai kerana berjaya mengumpul 400 000 pengunjung, satu jumlah yang tidak dijangka. sumber dari sini




Anak Malaysia Di Luar Negara

Dikala industri komik di Malaysia semakin merudum, kita dikejutkan dengan kejayaan anak-anak Malaysia yang bekerja di DC ( Detective Comic ) dan Marvel Comic, 2 gergasi dalam arena komik dunia.


Friday 8 May 2015

Tips Berguna Semasa Dalam Bahaya

Jika terserempak dengan buaya, sila berlari dalam keadaan zig zag kerana anatomi buaya yang lurus itu menyukarkan dia untuk bergerak secara bengkang bengkok. Jika berlari dalam keadaan lurus amat lah mudah untuk jadi mangsa.



Wednesday 6 May 2015

Taktik Licik Peminta Sedekah

Hati-hati semua, rasa kasihan mampu mengaburi pandangan mata. Peminta sedekah ini ada pelbagai cara untuk meraih simpati.



Ini adalah taktik licik peminta sedekah
2,860 Views
Unlike · Comment · 

Cara Membeli Burger Yang Swag

 Hi Rez adalah seorang rapper, video dibawah merakam aksinya di McDonal tetapi dengan caranya yang tersendiri. Dia memesan makanan dengan meng-rap kan setiap jenis hidangan yang ada di menu itu. Hampir semua yang ada disitu dimuatkan dalam rap nya.


How To Order Mcdonalds Like A Boss
34,570,374 Views
Like · Comment · 

Monday 4 May 2015

Bolasepak Vs Ragbi

Ragbi dan Bolasepak adalah 2 sukan utama di England, jadi kali ini 3 pemain Arsenal bertemu 3 pemain Ragbi Saracens, sebuah pasukan ragbi profesional. Cabaran pertama ialah menimbang bola menggunakan bola ragbi utnuk pemain Arsenal dan menimbang bola sepak untuk pemain ragbi, Siapa sangka pemain ragbi yang lebih banyak menggunakan tangan untuk bermain mampu menimbang bola sehingga 157 timbangan !! saksikan selanjutnya aksi mereka dalam video ini.