Tuesday 31 December 2013

Harga Konsol Permainan Video Dulu-Dulu Pada Hari Ini Berdasarkan Inflasi

Sebagai generasi yang membesar di awal 2000 an di mana PS2 masih lagi dianggap barang mewah, Aku hanya mampu bermain PS2 di kedai-kedai permainan video, hari ini harga PS2 sudah jatuh merudum kesan kemunculan PS3 dan PS4, hinggakan 1 unit PS2  slim boleh didapati pada harga RM 500. Gambar di bawah ini menunjukkan harga-harga permainan konsol sepanjang zaman dengan nilai nya pada hari ini pada harga US dolar


Friday 27 December 2013

Bahasa Inggeris Dalam 24 Longhat

Video ini cukup menarik kerana bahasa Inggeris dituturkan dalam pelbagai longhat dan paling menarik sekali aku suka bahasa Inggeris dituturkan dalam longhat Ireland,Wales dan Jamaica


Thursday 26 December 2013

Kadar Kenaikan TOL Berkuatkuasa 1 Januari 2014

Aku rasa 47 peratus bahalol bin tolol yang memangkah Baziran Nasional tu patut direjam 


Monday 2 December 2013

Big Major Cay, Pulau BABI Di Exuma,Bahamas

Uniknya tentang babi disini, binatang ini dipercayai dibawa masuk ke pulau tidak berpenghuni itu oleh sekumpulan pelaut untuk dijadikan makanan tetapi apabila mereka pergi belayar, selepas itu tidak kembali lagi ke pulau itu. Untuk survival, babi yang ditinggalkan itu memakan sisa makanan, teori lain juga menyatakan babi itu berenang ke pantai itu selepas kapal yang membawa mereka tenggelam, disebut juga babi itu berpindah dari kepulauan berdekatan dan ada yang berpendapat kewujudan spesies babi berenang itu strategi untuk menarik kehadiran pelancong.

Rasa terganggu betul mood aku bila tengok air laut yang bersih dan pantai yang cantik macam ni dicemari oleh babi yang berenang...dengan ini aku mengharamkan kaki aku dari memijak tanah kepulauan Big Major Cay ini.



Mengamuk Kerana Wang Deposit Tidak Dipulangkan

Seorang lelaki Perancis mengamuk dengan memecahkan aset-aset di apartmentnya kerana wang deposit sebanyak 2500 pound sterling tidak dipulangkan oleh pemberi sewa. Lagi teruk, dia merakam video vandalisme nya itu dan menjadikannya filem pendek dan diberi tajuk 'vengeance d'un locatiare' bermaksud dendam seorang penyewa. Video itu di upload ke youtube dan mendapat tontonan sebanyak 700 000

Dulu masa aku duduk rumah sewa, sempat jugak aku conteng dinding rumah dengan melukis tabiat-tabiat menjengkelkan housemate aku.



 




Gambar Porsche Milik Paul Walker Yang Hancur Dalam Nahas Jalanraya

Porsche milik Paul Walker ini dipandu oleh bekas pelumba kereta, Roger Rodas hilang kawalan dan merempuh pokok dan tiang hingga menyebabkan kedua-duanya mati di tempat kejadian, sungguh mengejutkan kerana fast and furious 7 masih dalam pembikinan, aku juga anggap ini semacam 1 badi dimana hero lama tidak boleh 'sezaman' dengan hero baru kerana fast and furious 7 nanti sambungan kepada tokyo drift, francais fast and furious yang dikeluarkan pada tahun 2006. Dalam tokyo drift Brian O Conner lakonan Paul Walker tidak membuat kemunculan dan fast and furious 7 nanti pula Brian O Conner 'tidak' akan muncul juga....
Paul bersama Roger Rodas

Basque Vs Fake Catalan ... Basque For The WIn

Bila menang, mula la jaja cerita sana-sini team dia satu-satunya pasukan yang mengangkat anak-anak Catalonia, Sebuah wilayah rebel dalam negara Sepanyol. Tapi mereka lupa Neymar,Leo Messi,Andres Iniesta, Dani Alves bukan anak Catalan. Di malam yang sungguh bersejarah ini Barcelona dimalukan 11 orang anak-anak keturunan Basque yang 100% mereka terdiri daripada anak-anak berdarah Basque walaupun berbeza warganegara, 1-0... sudah cukup untuk sekumpulan Catalan celup merasa kekalahan liga pertama mereka....Iker Muniain... remember the name