Wednesday 23 October 2013

Keluarga Miller Tinggal Di Rumah Sempit

  • Lee Miller dan Natalie Cann sepasang suami isteri yang tidak bekerja tinggal di rumah 3 bilik tidur bersama 9 orang anak mereka
  • Lee Miller hanya bekerja selama 9 bulan sepanjang umur dewasanya kerana tidak mendapat pekerjaan yang sesuai
  • Dia menghidap emphysema iaitu masalah pernafasan, oleh kerana itu dia lebih suka untuk bekerja di luar ruang premis tetapi tiada pekerjaan untuknya.
  • Mereka menerima bantuan sara hidup berjumlah 32 ribu pound setahun, kini mereka berharap supaya dipindahkan ke rumah yang lebih selesa kerana anak ke 10  bakal dilahirkan 5 bulan lagi
  • Mereka perlu berpindah kerana rumah yang diduduki tidak selamat untuk kesihatan anak mereka kerana ada lembapan di siling rumah
  • Untuk faedah anak-anak mereka menerima 127 pound seminggu, 482 pound untuk child tax kredit dan menerima 200 pound dari persatuan rumah sewa yang dijangka akan tamat 6 minggu lagi
  • Walaupun susah mereka masih memiliki flat skrin LG 50 inci, Sky Plus HD (tv kabel), Playstation 3, 2 flat skrin SHARP, Nintedo WII dan pemain DVD








Monday 21 October 2013

50 Ekor Bangkai Lalat Di Dalam Botol Beer

Daniel Bailey terkejut kerana menjumpai 50 ekor bangkai lalat di dalam botol beer yang dikeluarkan oleh jenama beer terkenal di Britain, Foster. Dia sebelum itu sudah meminum 2 botol Foster Gold tetapi untuk botol yang ketiga dia terperanjat kenapa air di dalamnya berwarna keruh dan tidak jernih dan terkejut di dasar botol itu ada bangkai lalat. Mereka menghantar semula botol itu ke ASDA,tempat mereka membelinya dan hanya dipulagkan wang tanpa diberi penjelasan bagaimana lalat boleh ada di dalam botol itu.






Nampak Muda 10 Tahun Dengan Makan Makanan Mentah

Susan Reynold kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenarnya dengan hanya memakan memakan makanan segar tanpa perlu dimasak seperi sayur mentah, sayur yang dikisar menjadi jus, buah-buahan dan makanan yang diproses sendiri seperti coklat home made. Jangan terkejut,dia mempunyai teman lelaki yang berusia 22 tahun dan mereka berkenalan di kafe tempat teman lelakinya menjual makanan mentah.







Pulau Hayling Selepas Puting Beliung

Pulau Hayling ialah sebuah pulau berdekatan Portsmouth, Selatan England. hampir 100 rumah rosak selepas dilanda puting beliung










Saturday 19 October 2013

Jersi Bolasepak Paling Teruk - La Hoya Roca

Rupanya peminat liverpool tidak bersedih seperti aku tidak kesedihan seorang diri mengenang jersi away kami yang teruk dan buruk...tetapi kami juga disertai pasukan La Hoya Lorca, pasukan dari divisyen 3 liga Sepanyol memakai jersi yang diilhamkn dari corak brokoli, jangan terkejut kerana tahun lepas mereka juga menggunakan jersi yang sama dan itu memberi tuah dengan mereka berjaya menjuarai divisyen 4 dan layak ke divisyen 3 musim ini. Mereka memilih tema hijau brokoli kerana wilayah Murcia, Home based kelab itu adalah kawasan penanaman sayur terkenal di Sepanyol.




Gol Hantu Stefen Kiessling



bola tandukan penyerang Bayer Leverkusen itu asalnya tersasar dan menjadi side netting tetapi disebabkan jaring gol koyak menyebabkan bola yang sepatutnya menjadi goal kick kepada fc hoffenheim itu disahkan gol dan stefen kiesling yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba terkejut kerana di raikan oleh rakan sepasukannya. Pengadil perlawanan, Felix Brych menjadi bualan hangat kerana keputusan itu dan pihak Hoffenheim meminta supaya diadakan perlawanan semula. Perlawanan berakhir 2-1 memihak kepada Bayer Leverkusen.

 





Ramalan Generasi Masa Depan Skuad England Yang Gagal

pada 2007 mail online meramalkan ini antara barisan skuad senior England yang akan beraksi di Piala Dunia 2014, Sungguh kelakar dan lucu segala ramalan ini kerana dari 11 pemain ini hanya Theo Walcott yang tepat, selebihnya kini hanya bermain di kelab liga bawahan, ada yang masih belum mendapat tempat dalam skuad kebangsaan, tidak menarik perhatian jurulatih, menerima Cap antarabangsa gagal menyerlah,  dan masih belum cukup bagus untuk dipanggil ke dalam skuad.


Wednesday 16 October 2013

Archie Koncher, Kanak-kanak Peminum Tegar Lucozade

Archie 10 tahun, menghidap prioponic aciduria dimana badannya menukar protein kepada racun yang boleh membinasakan badannya. Jadi untuk terus hidup dia meminum 4 botol air tenaga Lucozade 380mililiter  yang membekalkan tenaga kepadanya setiap hari, jumlah itu merangkumi 33 sudu gula dan menelan kos sebanyak 120 pound (RM 660.00)  sterling sebulan. Dia hanya boleh mengambil sebanyakk 25 gram protein sehari bersamaan 1 gelas susu jika lebih dari itu dia boleh mati. Lagi sedih, Archie antara 3 orang penghidap penyakit prioponic aciduria di UK. Dia menghidap masalah itu sejak berusia 2 tahun setelah pemeriksaan air kencing dan darah.



Bunga Kobis Yang Berwarna Hijau Tua,Oren dan Ungu

Ini berlaku untuk menggalakkan supaya lebih ramai orang memakan sayuran dan dalam masa yang sama mencipta spesies baru. Andrew Burgess 48 tahun seorang petani telah berusaha menghasilkan bunga kobis yang berwarna ini sejak sekian lama dan proses untuk memastikan experimen hybrid ini berjaya telah memakan masa selama 5 tahun. Bunga kobis berwarna ungu kaya dengan anti oksidan, Oren pula diperkaya dengan carotene dan Hijau tua pula tinggi kandungan vitamin C dan fibre. Manakala, rasa ungu dan hijau tua adalah sama tetapi bunga kobis oren rasanya pedas.




Dewan Bahasa Dan Pustaka....Dewan Bangsat Dan Puaka....

Bila syarikat penerbitan buku seperti Fixi,Lejen  (sekadar menyebut beberapa nama) menerbitkan buku dengan bahasa yang tidak formal, DBP ini marah dan mula mendakwa penerbitan buku-buku alternatif dan indie ini punca 'keruntuhan' bahasa Melayu tetapi apabila melihat kepada flyer DBP ini aku mula terfikir, kalau marah orang,kenapa DBP itu sendiri tak buat aktiviti yang dirasa mampu menjaga dan memelihara Bahasa Melayu ?? adakah dengan aktiviti yang di paparkan dalam flyer DBP ini mampu memelihara Bahasa Melayu ??


Manchester United : Takdir Atau Ketentuan ??

Apa yang berlaku pada Manchester United pada hari ini sama seperti yang berlaku kepada liverpool 23 tahun lalu dimana Kenny Dalglish pergi dan selepas itu ditimpa malapetaka apabila gagal mendominasi liga. Ironinya, situasi yang sama juga berulang di Manchester United mungkin zaman kejatuhan mereka sudah bermula ??


Skuad Generasi Emas Belgium

Tahun lepas aku pernah update pasal skuad belgium yang dibarisi pemain bintang yang bermain di EPL. Tapi lagi mengejutkan apabila ada keratan akhbar dari tahun 2002 yang menunjukkan barisan pemain masa hadapan Belgium dan 80 peratus dari profail yang ada di dalam keratan akhbar itu hari ini mewakili skuad Belgium dan antara tonggak yang membawa mereka kembali ke piala dunia setelah 12 tahun


Pembeli Yang Kurang Bijak

Sebab marahkan Mutalib Othman pemilik label Dubook press, kedai buku Lejen press yang menjadi mangsa. Hakikatnya, Dubook dan Lejen press adalah entiti yang berasingan.


Friday 11 October 2013

Google Malaysia Di Hacked Oleh Hacker Pakistan

Aku mendapat tahu Google Malaysia telah di hack/godam oleh sekumpulan Hacker Pakistan seawal pukul 1 pagi tadi dan 6.30 pagi tadi aku pun pergi ke google malaysia dan keadaan di google malaysia masih sama, pukul 10.30 aku pergi memeriksa user interface, keadaan masih juga sama seperti pagi tadi. Adakah pihak Google tidak mengambil tindakan atas perkara ini ??


Ivaylo Petev : Pengurus Yang Dimalukan Penyokong Kelab Sendiri


Baru 24 jam dilantik menjadi pengurus Levski Sofia, kelab Bulgaria,  Ivaylo Petev meletak jawatan stelah dimalukan oleh wakil penyokong kelab itu yang tiba-tiba muncul semasa sidang media dan membuka baju nya secara paksa, penyokong itu mendakwa dia (Ivaylo) adalah penyokong musuh ketat yang juga jiran setempat pasukan itu, CSKA Sofia. Bolasepak di negara eropah timur seperti Bulgaria tidak lah hebat seperti di Portugal,Itali,Belanda,Perancis,Sepanyol,England,Jerman,Turki dan Russia tetapi mereka dikenali kerana penyokong mereka yang ganas dan esktrem.





Thursday 10 October 2013

MYPADS - Kontena Yang Diubah Menjadi Rumah Studio

Forest Young Men Christian Association (YMCA) ialah sebuah badan amal yang membantu golongan muda di utara - timur London, antara usaha yang dilakukan mereka ialah membantu golongan muda mendapat pendidikan,latihan dan pekerjaan supaya mereka boleh hidup berdikari. Rumah kontena ini juga satu hasil usaha mereka dengan mengubahsuai kontena dari China dan dijadikan sebuah rumah yang disewa pada harga berpatutan untuk mereka yang hidup sendiri dan berpendapatan rendah, harga sewa untuk seminggu ialah 75 pound sterling kemudahan yang ada pada mypads ini adalah katil,meja belajar,bilik air, skrin tv,air cond dan sinki untuk mencuci. Mypads ini berharga 20 ribu pound satu unit dengan adanya mypads ini ia membantu mengurangkan sebanyak 25 ribu pound setahun dari duit pembayar cukai.