Wednesday 30 December 2015

Mati Katak Kerana Telefon Pintar

Teknologi bukan setakat memudahkan kehidupan seharian kita, tetapi ia juga boleh membunuh. Agak memeranjatkan kes-kes kematian dalam video di bawah ini terjadi disebabkan satu objek yang tidak tajam, berbisa tetapi disebabkan ketaksuban kepada nya membuatkan mereka mati.

Thursday 24 December 2015

Bentuk Hukuman Yang Mengerikan

Daripada diseksa hingga mati macam ni, lebih baik mati ditembak saja. Ngeri betul bila tengok hukuman macam ni.


Monday 21 December 2015

Fakta Menarik Tentang Han Solo

Star Wars The Force Awaken sedang hangat di pasaran, dilaporkan dalam masa 4 hari tayangan filem ke 7 dalam francais Star Wars ini sudah mengaut 500 juta ringgit !. Pastinya kemunculan watak penting seperti Han Solo menjadi punca kepada kedatangan penonton ke pawagam.

Disini dikongsikan 7 fakta unik dan menarik tentang Han yang kita tidak tahu, Han asalnya seorang Alien dalam komik skrip asal filem itu tetapi George Lucas mengubah watak Han kepada seorang manusia untuk  mewujudkan hubungan romantis antara dia dan Leia dan watak Alien itu diganti dengan Chewbacca.

Harrison Ford bukanlah pilihan pertama George Lucas untuk membawa watak Han, antara calon awal ialah Al Pacino, Kurt Russel, Christopher Walken, Nick Nolte. Selain itu, dalam filem Revenge Of The Sith, Lucas pernah bercadang untuk membuat penampilan cameo untuk Han sebagai seorang kanak-kanak tetapi idea itu diketepikan.



Pertaruhan Paling Gila Pernah Dibuat

Biasanya pertaruhan ini hanya melibatkan sejumlah wang, sama ada kecil atau besar. Mungkin juga segelas air jika bertaruh di bar atau restoran. Tetapi mereka ini membawa pertaruhan ke tahap maksimum hingga sanggup mempertaruhkan isteri, rumah, kereta dan juga wang persaraan ! 




Saturday 19 December 2015

Filem Back To The Future Di Garis Masa Sebenar

Sudah terbukti di tahun 2015 yang sebenar, jauh berbeza dari apa yang diramalkan dalam filem Back To The Future, tetapi dalam video ini adalah babak yang realistik jika Doc Emmet dan Marty berada di tahun 2015 yang sebenar.


Monday 14 December 2015

Dipecat Kerana Post Di Media Sosial

Mereka ini ada kerjaya yang stabil tetapi disebabkan mereka menceritakan tentang keburukan situasi tempat kerja mereka, perbuatan mereka di luar waktu kerja yang menjengkelkan dan memviralkan keburukan pelanggan mereka ini dipecat.

Nampaknya kini media sosial bukan lagi tempat untuk meluahkan segala tekanan kerja sebaliknya jadi seperti kawasan larangan.

Studio Filem Nickelodeon Yang Terbengkalai

Nickelodeon Studios ialah studio rakaman yang termasuk dalam senarai tarikan di Universal Studios Florida. Tetapi tidak begitu mendapat perhatian dari pengunjung taman tema itu kerana
Studio rakaman mereka di Orlando, Florida dibuka pada 1992 dan disitu juga ditanam kapsul masa yang dijangka bakal dibuka kepada umum isi kandungan nya pada 2042, 50 tahun selepas studio itu dibuka. Malangnya, studio itu ditutup pada 2005 setelah tiada pihak mahu melakukan rakaman program TV di studio itu. Banyak rancangan tv yang dirakam di studio itu dengan tujuan menjana sumber kewangan mereka seperti Noah Know Best dan Nick Splat tetapi tidak mampu bertahan lama. Segala proses rakaman program tv Nickelodeon kini dirakamkan di Nickelodeon On Sunset, Hollywood, California.

Papan tanda Nickelodeon yang gah pada studio itu kini tiada lagi setelah pada 2007 pihak Universal Studios membeli nya dan disitu ditempatkan pawagam untuk Blue Man Group membuat persembahan.



Saturday 12 December 2015

Pelakon Watak Utama Hollywood Yang Menerima Gaji Rendah

Biasanya pelakon Hollywood menerima 1-5 juta dollar per filem, lebih-lebih lagi jika memegang watak utama dan bajet filem itu besar. Tapi siapa sangka walaupun memegang watak penting aktor-aktor ini hanya menerima jumlah yang kecil, tak sepadan dengan status mereka sebagai pelakon gred A.
Chris Evans, hanya dibayar 300 000 untuk filem Captain America First Avenger, Jonah Hill menerima 60 000 sahaja dari filem Wolf  Of Wall Street, Ryan Gosling pula 1000 seminggu untuk filem Half Nelson. Gila bukan ?? itu mungkin hanya bayaran awal, pastinya dalam kontrak mereka bakal menerima bayaran tambahan jika kutipan filem mendapat sambutan hangat.



Pekerjaan Dan Produk Yang Bakal Ditelan Zaman

Kemajuan internet telah menyebabkan banyak perkhidmatan yang kita gunakan dahulu kini tidak lagi dianggap benda penting seperti majalah, surat khabar, telefon awam, radio mudah alih dan cakera padat.

Disini disenaraikan produk-produk dan pekerjaan yang bakal tergugat dek kerana kemajuan internet yang memudahkan lagi tugas manusia.


Kulit Tiram Dijadikan Tambak Untuk Mengelak Hakisan Pantai

Bukan negara-negara kecil sahaja yang mengalami masalah hakisan pantai kesan daripada pemanasan global. Tetapi Amerika Syarikat juga mengalami masalah serupa. Kulit tiram sisa makanan laut diguna pakai sebagai penambak untuk mengelak hakisan pantai di Louisiana. Tiram terlebih dahulu dijemur di bawah sinaran matahari untuk membunuh bakteria dan kemudian dimasukkan ke dalam beg jaring dan disusun di kawasan yang mengalami hakisan.


Cerita Disebalik Gambar Tapak Nuklear Chernobyl

Letupan loji nuklear Chernobyl, di Pripyat, Ukraine sudah 29 tahun berlalu tetapi kawasan itu masih lagi tidak selamat untuk pengunjung kerana kesan radioaktif nya yang terlalu tinggi. Penduduk yang mendiami bandar itu hanya dimaklumkan tentang letupan itu beberapa hari selepas kejadian dan mereka diarahkan berpindah dengan segera.

Gambar-gambar dalam video ini membuatkan kita rasa betapa dahsyat nya letupan loji nuklear itu yang 400 kali lebih besar dari bom nuklear yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki.


Thursday 10 December 2015

Youtubers Terkenal Pada Waktu Dahulu Kini Menjunam Populariti

Mereka ini pernah mengecapi populariti di alam Youtube dengan video-video yang mereka muat naik di channel mereka. Tetapi disebabkan persaingan sengit dan munculnya ramai Youtuber yang lebih menarik isi kandungannya menyebabkan Youtubers yang dahulu glamour dan sensasi ini gagal menarik jumlah penonton yang ramai.


Wednesday 9 December 2015

Harga Permainan Kanak-kanak Yang Tidak Masuk Akal

Semasa kanak-kanak, gameboy,kereta control dan ps2 sudah dianggap cukup mewah. Tetapi untuk melambangkan betapa kaya nya ayah anda ialah mampu kah mereka membeli permainan-permainan ini ? harga nya mahal bukan sebab kuantiti terhad ataupun teknologi yang canggih tetapi kerana disaluti emas dan berlian. Ada juga yang direka mirip kenderaan sebenar dengan dijana oleh petrol.


Jenis-jenis Hukuman Disiplin Yang Aneh Oleh Ibu Bapa

Ditarik telinga, Rotan, adalah hukuman biasa yang diterima oleh kanak-kanak di Malaysia. Bagaimana pula dengan kanak-kanak di Amerika ?? antara hukuman yang paling tak masuk akal ialah memaksa anak mereka berusia 12 tahun memakai lampin di luar rumah, mengupah orang untuk menculik anak mereka dan dibawa ke kem disiplin dan menghukum anak dengan memakai pakaian orang tua.

Monday 7 December 2015

Artis Yang Menukar Genre Muzik Mereka Dan Melonjak Naik

Jika di Malaysia, kita ada Noh Hujan dan KRU yang menukar genrea muzik mereka untuk terus bertahan dalam industri. Di Amerika, siapa sangka artis ini dulunya membawa genre muzik yang berbeza dari yang sekarang ini. Jika mereka tidak mengubah hala tuju mereka mungkin karier mereka tidak akan melonjak naik seperti hari ini.

Beastie Boys yang terkenal dengan muzik hip hop sebelum itu tampil dengan hardcore punk, Taylor Swift yang tampil dengan genre country music semasa awal kemunculannya kini lebih selesa dengan muzik pop, Kid Rock tidak begitu menjadi dengan muzik rap tetapi apabila dia mencampurkan muzik rap,rock dan country dia berjaya mencipta nama. Paling menarik Katy Perry dahulunya pernah mengeluarkan album berunsurkan muzik kristian kerana dia dibesarkan dalam persekitatan keluarga yang taat pada agama tetapi album pertamanya itu hanya terjual 200 unit sahaja. Apabila dia menjadikan muzik pop sebagai medium, dia berjaya menjadi antara artis paling kaya di Amerika.


Fail X : Misteri Yang Belum Dapat Diselesaikan

Bayangkan secara tiba-tiba lukisan wajah seseorang tiba-tiba muncul secara rambang di rumah anda ? tak cukup dengan itu, untuk tahu lebih lanjut. Sila tonton video di bawah ini, tidak masuk akal bagaiman fenomena aneh ini semua berlaku.




Friday 4 December 2015

Mari Kenali Singapura Dengan Lebih Dekat

Singapura antara negara Asia yang paling dikenali di seluruh dunia, tetapi disebabkan saiznya yang kecil agak sukar untuk mereka yang tidak arif dengan peta Asia menanda dengan tepat dimana letaknya negara little red dot itu.

Singapura juga sering di salah anggap masyarakat Barat sebagai negara berbangsa Cina seperti Hong Kong, Macau dan Taiwan atau sebuah bandar di negara China, sebaliknya Singapura sebuah negara berbilang bangsa dan kaum asal negara tersebut ialah Melayu. Ini terjadi kerana di Singapura kaum Cina mendominasi jumlah penduduk terbanyak di negara itu.


Walaupun memiliki populasi 5 juta penduduk, Singapura sebenarnya bukanlah negara yang subur kerana gaya hidupnya yang terlalu sibuk dan pasangan yang bekerja tidak begitu mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak mereka.









Thursday 3 December 2015

Tidak Dapat Menggunakan Facebook Disebabkan Nama

Mereka ini mempunyai nama yang pelik, tetapi itu bukanlah nama gelaran atau nama samaran mereka. Disebabkan Facebook memiliki polisi ketat berkenaan nama dan hanya mahu mereka menggunakan nama sebenar menyebabkan mereka tidak dapat memiliki akaun facebook. Paling lucu dalam video ni apabila Adam Armstrong terpaksa menukar nama menjadi Adam West kerana bapa kepada teman wanitanya menempah tiket kapal terbang menggunakan nama FB nya, Adam West.

Diharap Facebook dapat mengesan nama palsu untuk pengguna di Malaysia, ini kerana lambakan fake akaun yang menggunakan nama pelik dan menghantar status yang bukan-bukan.


Pembelian Pemain Yang Dibatalkan Disaat Akhir

Alexis Sanchez tidak menyertai Liverpool kerana isterinya lebih menyukai bandar London, Jon Obi Mikel menandatangani kontrak untuk menyertai Man Utd semasa di Norway tetapi di London dia menandatangani kontrak bersama Chelsea. Fabio Coentrao tidak sempat menyertai Man Utd secara pinjaman disebabkan waktu di Sepanyol sudah melepasi jam 12 malam menyebabkan perpindahan saat akhir itu terbatal kerana sudah tamat musim perpindahan. 

Itu antara cerita unik perpindahan pemain, didalam video ini pula disenaraikan perpindahan pemain yang kita tak sangka dahulunya hampir dimuktamadkan. Lewandowski tidak menyertai Blackburn atas faktor eropah dilanda asap tebal gunung berapi Iceland pada waktu itu, begitu juga dengan Sheffield United yang asalnya menemui Diego Maradona semasa dia masih di Argentina tetapi tidak membeli nya kerana terlalu mahal.


Wednesday 2 December 2015

Mengapa Spiderman & X-Men Tidak Muncul Dalam The Avengers ?

Pada dekad 90an, Marvel Comic dilanda masalah kewangan dan untuk mengatasi masalah itu mereka telah menjual hak adaptasi ke filem, adiwira dibawah terbitan mereka. Spiderman dijual kepada Sony, X Men dan Fantastic Four dijual kepada 21st Century, begitu juga Namor ( Universal Pictures ) Man Thing ( Lionsgate ).

Pada dekad awal dekad 2000an pula filem superhero dibawah terbitan Marvel tidak mencatatkan kutipan memuaskan seperti Blade, Elektra,Fantastic Four dan Ghost Rider . Berbeza dengan Spiderman ( Sony ) dan X-Men ( 21st Century ) yang mencatatkan keuntungan, kecuali Fantastic Four. Apabila Transformers,Ironman diterbitkan barulah Marvel mula mengaut keuntungan hingga mencecah bilion dollar. Di dekad 2010an ini pula mereka giat mengadaptasikan francais superhero mereka ke filem.


Tuesday 1 December 2015

Prank Yang Keji dan Melampau Pernah Dilakukan

Prank ini pada asalnya hanyalah untuk hiburan tetapi jika ianya melibatkan nyawa, maruah dan anggota tubuh badan seseorang ini pastinya sesuatu yang tidak dianggap lucu.
Ada mangsa prank dalam senarai ini membawa kes penganiayaan ini ke mahkamah dan mereka berjaya menang kes itu, ada pula yang begitu malu hingga sanggup membunuh diri. Tak cukup dengan itu, pernah terjadi kes kematian akibat hendak cuba mengenakan orang lain tetapi nyawa sendiri menjadi mangsa.


Menjadi Jutawan Di Usia Muda

Mereka ini bukan anak jutawan ataupun bilioniare, mereka juga tidak menjadi kaya sekelip mata. Tetapi mereka ini menjana kekayaan di usia muda dengan skill yang ada pada mereka. Dari usia belasan tahun lagi mereka sudah mengaplikasikan kemahiran mereka dan menjana keuntungan dari nya. Seperti mereka cipta permainan video, membaiki komputer, menjual perabot secara online, menjual alat ganti kereta, memberi tips-tips permainan video dan menjual aksesori unik.


Monday 30 November 2015

10 Cara Pencegahan Kehamilan Yang Aneh

Di zaman moden ini, kita biasanya menggunakan kondom atau pil perancang kehamilan untuk mengawal sistem pembiakan. Bagaimana pula dengan orang dulu-dulu mengawal pembiakan mereka ? di Thailand si lelaki memakan betik untuk mengurangkan jumlah sperma dalam air mani, di Greece pula para wanita  meminum air basuhan peralatan besi yang digunakan oleh tukang besi. Paling gila di China, mereka meminum mercury ! hasilnya bukan setakat mengawal kehamilan tetapi turut menyebabkan ramai dimasukkan ke hospital dan ada yang mati kesan menelan merkuri.




Kematian Bintang WWE Yang Diabaikan

Mereka ini pernah berkhidmat untuk WWE dari pelbagai era, tetapi yang menyedihkan apabila mereka meninggal dunia tiada penghormatan terakhir diberikan khas kepada mereka. Ini agak menyedihkan walaupun mereka ini hanyalah penggusti kelas kedua ataupun midcarder tidak bermakna kehilangan mereka dipandang enteng begitu saja, tambahan pula ada diantara mereka ini pernah mengecap kegemilangan di WWE semasa hayat.


Sunday 29 November 2015

Fungsi Lain Coca Cola

Coca Cola adalah alternatif murah kepada ulcer, aku selalu berkumur dengan Coca Cola kalau ada ulcer, kerana dengan kandungan gula nya yang tinggi sama seperti ubat ulcer yang lain. Kalau terkena sakit tekak pula, aku akan minum coca cola yang tak sejuk. In case aku kehabisan dequadine.


Kurdistan : Negara Tidak Rasmi

Kurdistan adalah wilayah yang merangkumi di sempadan 4 buah negara, Turki, Syria, Iraq dan Iran. Penduduknya ialah bangsa Kurdish, puak Kurdish ini sejak sekian lama dizalimi oleh rejim Saddam Hussein dan apabila Amerika menceroboh Iraq pada 2003, puak Kurdish bersekongkol dengan mereka dan menyerang Iraq dari darat manakala Amerika dari udara.

Kali ini mereka pula berperang ISIS yang sudah menakluk beberapa negara di rantau Arab. Disini serba sedikit info tentang Kurdistan, negara yang diidamkan oleh bangsa Kurdish.


Penyanyi Wanita Solo Yang Bermula Sebagai Girls Band & Rock Band

Kita semua tahu Nicole Scherzinger dan Beyonce masing-masing bermula dengan Pussycat Dolls dan Destiny Childs sebelum bergerak solo, begitu juga dengan Gwen Stefani yang ada karier solo walaupun dia masih lagi anggota No Doubt. Tetapi ada diantara nama dalam senarai ini yang kita tak pernah tahu dan sedar mereka dahulunya pernah bermula dengan girls band.




Teori Konspirasi Yang Mengejutkan Di Internet

Benarkah kucing itu agen pengintip yang diutuskan oleh alien ? Adakah Jay Z itu pontianak yang menghisap darah manusia untuk hidup ratusan tahun ? Percaya atau tidak Dinosaur membantu manusia mengangkat bongkah batu pembinaan piramid ?

Banyak lagi yang dimuatkan dalam video ini. Sama-sama kita tonton


Selebriti Yang Masih Menjana Keuntungan Walaupun Sudah Mati !!

Mereka ini menjadi ikon, inspirasi dan idola kepada peminat dan masyarakat dunia semasa hayat mereka, Walaupun sudah pergi buat selama-lamanya, kekayaan mereka tidak terhenti di situ. Mereka masih mampu menjana jutaan dollar setahun, jumlah yang jauh lebih tinggi dari apa yang kita semua terima sepanjang hayat !!!


Thursday 26 November 2015

Fakta Tentang Spiderman

Spiderman atau nama manjanya, Spidey antara superhero kegemaran penduduk bumi sejak dahulu kala, Mari kita ketahui Spidey dengan lebih mendalam.


Tuesday 24 November 2015

Berapa Banyak Bayaran Bintang Filem Hollywood ?

Kita sering tertanya berapa juta kah bayaran yang mereka perolehi dari setiap filem hasil lakonan mereka ? disini dinyatakan jumlah yang mereka terima untuk setiap filem. Ada yang menerima serendah 10 juta untuk 1 filem, ada pula yang menerima 15-20 juta untuk 1 filem, paling tinggi 20-30 juta 1 filem. Dengan sebuah filem saja sudah cukup untuk  membuatkan mereka menjadi jutawan. Itu tak termasuk lagi bayaran tambahan hasil kutipan box office filem itu.


Tuesday 27 October 2015

Bargain Brand Food Outlet - Penjual Barangan Runcit Pada Harga Murah

Bargain Brand Foof Outlet yang berpangkalan di Newquay ini diasaskan oleh Charlotte Danks, 20 tahun. Tujuan kedai ini diwujudkan adalah untuk menjual barangan-barangan yang kian menghampiri tarikh luputnya pada harga serendah 25 sen !!! ada juga barangan yang dijual melebihi harga itu dan harga paling tinggi ialah 2.50 pound iaitu 2 liter baldi berisi serbuk kari.

Kesemua urusan penghantaran stok bekalan ini dilakukan sendiri oleh Charlotte. Dia mendapat bekalan dari pasaraya luar dari kawasan tempat tinggalnya kerana pasaraya berhampiran menganggap kedainya sebagai pesaing walaupun produk yang dijual nya itu barang-barang yang kian menghampiri tarikh luput. Pihak pasaraya di kawasan luar akan memaklumkan padanya tentang produk yang ingin mereka lupuskan dan tidak mahu pamerkan lagi di rak pameran di pasarraya. Dia berbuat begitu untuk cuba meringankan beban  masyarakat setempat dengan menjual produk berkualiti pada harga murah kerana kawasan itu rata-rata dihuni penduduk berpendapatan rendah.

Pasaraya yang berurusan dengannya juga dapat menampung kerugian kerana mereka masih boleh membuat sedikit keuntungan dengan menjual produk itu kepada Charlotte pada harga yang murah. Jika barangan runcit itu tidak dijual di kedainya, barang-barang itu kelak akan dihantar ke tapak pelupusan, satu lagi bentuk pembaziran makanan dikala masih ramai penduduk dia dibelenggu kebuluran.

 
 
 





Saturday 24 October 2015

Bintang Sukan Yang Makan Gaji Buta

Mereka ini pada awalnya diramal menjadi ikon baru dalam sesuatu sukan itu dan untuk memastikan atlet itu kelak memberi pulangan yang lumayan kepada kelab atau pemilik,  mereka ini ditandatangani dengan tempoh kontrak jangka panjang dan dibayar puluhan juta untuk tempoh itu. Malangnya, mereka ini gagal berkembang dan tidak menjadi seperti yang dijangka. Mari kita ketahui siapa mereka ini. Lagi parah ialah kelab terpaksa melunaskan baki bayaran kontrak mereka walaupun atlet ini sudah tidak lagi bermain untuk kelab itu.




Thursday 22 October 2015

Misteri Kehilangan Yang Belum Dapat Diselesaikan

Bagaimana 115 orang koloni di sebuah pulau boleh hilang tanpa dapat dikesan ? Ukiran seberat 42 tan yang disimpan dalam garaj boleh hilang tanpa disedari ! Sebuah kapal yang berlabuh ditinggalkan tetapi mempunyai stok makanan untuk tempoh yang lama ! 5 pesawat pejuang masih belum dijumpai walaupun operasi mencari dan menyelamat terbesar dalam sejarah telah dijalankan.


Wednesday 21 October 2015

Bintang Youtube Yang Telah Tiada

Mereka ini popular, dikenali ramai dan ada pengikut yang setia. Tetapi siapa sangka mereka ini pergi secara tiba-tiba dan tragik. Para Youtubers ini pergi disaat nama mereka sedang meningkat naik, ada yang mati akibat kanser, paling tragik bila majoriti mereka ini mati akibat masalah kemurungan kemudian mengakhiri hidup dengan membunuh diri. Walaupun mendapat perhatian di media sosial, mereka masih tidak mampu mengatasi masalah peribadi mereka sendiri. Ada juga yang meninggal akibat dibunuh, dipercayai bermotifkan dendam.


Tuesday 20 October 2015

Ramalan Filem Back To The Future Dan Realiti Sebenar

21.10.2015 adalah tarikh dimana Marty McFly datang ke tahun 2015 dan mengubah masa depan keluarganya. Tetapi setelah 30 tahun ramalan itu, yang manakah menjadi kenyataan dan tidak ?? Hoverboard masih belum dipasarkan secara meluas, kasut Nike tali kasut-ikat sendiri masih belum wujud dan kereta terbang kekal menjadi bahan ketawa. 



Tetapi masih ada juga yang digambarkan dalam filem BTTF ini yang menjadi nyata, cuma ia tidak sama 100% seperti dalam filem. Seperti skrin tv besar ( LCD,LED), restoran tanpa pelayan antaranya.






Sunday 18 October 2015

Selebriti-Selebriti Terkenal Yang Mempunyai IQ Tinggi

Popular dan Bijak adalah pakej lengkap seorang menjadi seorang selebriti, siapa sangka Matt Damon sebelum menceburi bidang lakonan dia adalah pelajar Universiti Harvard dan disitu dia menulis skrip Good Will Hunting yang membantunya memenangai anugerah Oscar. Tetapi keluarga Kardashian tidak berada dalam senarai ini dan tidak dapat dipastikan atas apa sebab mereka popular sebenarnya.


Khidmat Negara Dan Kerah Tenaga Di Serata Dunia

Di Singapura, warganegara lelaki berumur 18 tahun wajib menjalani latihan ketenteraan. Tempoh khidmat negara itu asalnya 2 tahun setengah selepas mereka berpisah dengan Malaysia tetapi kemudian dipendekkan kepada 2 tahun. Selain Singapura, Israel dan Korea Selatan juga mengamalkan kerah tenaga/ khidmat negara atas dasar kedudukan geografi mereka yang sentiasa berada dalam ancaman musuh. Mari kita ketahui dengan lebih mendalam lagi negara-negara lain yang menguatkuasakan latihan khidmat negara. Di Malaysia, Program Latihan Khidmat Negara yang dimulakan sejak 2004 dihentikan mulai mac 2015 kerana kekangan bajet.

Fakta Tentang Raja Dadah Pablo Escobar

Pablo Escobar semasa hayatnya digelar raja kokain kerana dalam masa sebulan dia mampu mengimport 80 tan kokain dari Colombia ke Amerika Syarikat. Setelah 22 tahun meninggal dunia, masyarakat dunia masih mengingati raja kokain ini hinggakan ada siri tv dibuat untuk menceritakan kegiatan jenayah Escobar semasa hayatnya. Disini disertakan fakta-fakta raja kokain ini


Friday 16 October 2015

Bersaranya Seorang Legenda : Raul Gonzalez



Raul atau nama panjangnya, Raul Gonzalez Blanco adalah penyerang yang digeruni di pertengahan 90 and dan pertengahan dekad 2000. Waktu itu adalah kemuncak kariernya sebagai penyerang terbaik di Eropah.

Berasal dari kawasan bandar Madrid. anak jati Madrid ini asalnya bermain untuk akademi Atletico tetapi dia berpindah ke Real kerana pengurusan tertinggi Atletico pada masa itu mahu mengurangkan belanja kelab. Akibat penjimatan itu mereka kehilangan permata dan penyerang terbaik Sepanyol di masa akan datang.



Raul mula mewakili pasukan utama Real Madrid seawal usia 17 tahun ! dimana para remaja seusianya masih lagi bermain di peringkat b-18,19 atau di pinjamkan ke kelab lain. Dia kekal di situ selama 16 tahun dan sepanjang tempoh itu dia mencipta pelbagai rekod seperti memenangi 3 UEFA Champions League dalam tempoh 5 tahun !! 1 pencapaian yang tak mungkin dapat diatasi oleh Ronaldo Brazil dan Portugal.

Bukan setakat menang piala, Raul juga mencatat rekod pemain kedua terbanyak bermain di Champions League di belakang Ryan Giggs yang gigih nak main bola di usia 40 an. Dia juga digeruni mana-mana pertahanan dan penjaga gol kerana naluri gol nya yang berbisa dan begitu mudah menjaringkan gol. Buktinya dia menjadi penjaring gol terbanyak di UEFA Champions League sebelum diatasi oleh Cristiano Ronaldo & Lionel Messi.




Real Madrid sering dilabel sebagai pasukan bintang tetapi Raul ini kekal sebagai legenda Real Madrid yang lahir dari sistem akademi. Kejatuhan Raul bermula apabila Vincente Del Bosque meninggalkan Real. Era Galacticos pun bermula dengan kemasukan David Beckham & Ronaldo Original, Sejak itu Real dilanda sumpahan mereka menunggu 4 tahun kemudian untuk memenangi piala pertama mereka sejak Vincente Del Bosque pergi.

Perubahan pada struktur pentadbiran kelab juga memainkan peranan penting apabila Florentino Perez membawa masuk ramai pemain bintang seperti Kaka, Xabi Alonso, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema hingga memaksa Raul terpaksa bersaing sengit. Ditambah pula Gonzalo Higuain sedang meningkat naik prestasinya.

Raul yang tidak lagi menjadi tunjang utama pasukan akhirnya berhijrah ke Schalke, siapa sangka pemain yang dijangka mengakhiri kariernya di Madrid itu berhijrah ke Jerman. Di Schalke dia membantu kelab itu ke separuh akhir UEFA Champions League dan kemudian dia memulakan perjalanan nomad nya sebelum berlabuh di NASL - liga bolasepak kelas ke 2 di Amerika.

Peringkat Antarabangsa

Jika Ronaldo Luis Nazario De Lima diangkat sebagai penyerang terbaik di era pertengahan 90 an dan awal 2000. Maka untuk  peminat bolasepak di Eropah, mereka pastinya mengangkat Raul Gonzalez. Tapi sayangnya pencapaian Raul di peringkat kelab tidak mampu diterjemahkan ke dalam peringkat antarabangsa kerana :




Majoriti pemain Sepanyol pada masa itu lebih banyak bermain di La Liga berbanding liga luar. Kalau ada pun yang bermain di luar mereka tidak beraksi dengan baik, ini menjadi sebab kenapa tidak ramai pemain berbakat Sepanyol tidak mahu berhijrah. Sehinggalah Rafa Benitez mengambil alih Liverpool dan sejak itu bermula lah penjajahan pemain Sepanyol di EPL dan ramai dari mereka mula menyesuaikan diri dengan gaya bolasepak England.

Raul tidak dipilih ke Euro 1996, FIFA 1998 pula Sepanyol mengalami kekalahan mengejut kepada Nigeria dan tersingkir awal. Euro 2000 pula Raul gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Sepanyol gagal mara ke semi final.



Fifa 2002 di Korea & Jepun, Raul beraksi dengan baik tetapi dia tercedera dan tidak bermain menentang Korea Selatan di suku akhir. Dimana Sepanyol tersingkir dengan cara kontroversi apabila 2 gol mereka yang bersih dibatalkan oleh pengadil. Perlawanan diheret ke masa tambahan dan Sepanyol kalah. 

Euro 2004 di Portugal, Sepanyol dipilih sebagai calon pilihan bersama Portugal untuk layak tetapi Greece mempamerkan prestasi mengejut. Sepanyol tersingkir kerana keputusan head to head ! siapa sangka FIFA 2006 Jerman adalah edisi terakhir Raul ? Sepanyol tersingkir setelah tumpas kepada Perancis. 

Sejak 2007 Raul tidak lagi dipanggil, malangnya skuad Sepanyol 2008, 2010, 2012 melakar sejarah baru apabila memenangi Euro buat pertama kali, kemudian menjadi juara Piala Dunia dan pasukan pertama Eropah memenanginya di luar benua Eropah. Tak cukup dengan itu, 2012 Sepanyol menjadi pasukan pertama mempertahankan piala Eropah itu. 


Raul dan Ronalo Brazil ibarat 2 dimensi yang berbeza...Mereka penyerang terbaik di benua masing-masing dan legenda di negara mereka. Raul berjaya menjuarai UEFA Champions League sebanyak 3 kali, manakala Ronaldo menang piala dunia 2 kali & layak ke final 3 kali ( 1994,98,2002). 



Tetapi Ronaldo gagal menjuarai UEFA Champions League dan Raul gagal menjulang piala Eropah dan Piala Dunia. Gaya unik meraikan gol dengan mencium cincin pastinya membuatkan kita teringat pada legenda ini. 

Thursday 15 October 2015

Kes-kes Kebetulan Yang Memeranjatkan

Kadang-kadang kebetulan itu boleh membuat kita tersenyum, tetapi ada juga yang mampu membuat kita pening kepala. Dalam kes-kes seperti dalam video ini kita pasti akan terkejut beruk kerana semuanya berlaku tanpa dirancang.

Seorang anak pergi bermain poker dan tidak diketahui modal poker yang digunakannya adalah wang poker yang dimenangi bapanya tidak lama sebelum itu mati dibunuh oleh mereka yang bermain bersamanya ! dia sudah 7 tahun tidak bertemu dengan bapanya.

Edgar Allan Poe pernah menulis tentang sebuah kisah mereka yang terkandas akibat kapal karam di laut,  untuk meneruskan hidup mereka menjadi kanibal dan memakan budak kabin. Memeranjatkan cerita fiksyen Poe itu benar-benar berlaku di masa hadapan !







Ahli Silap Mata Yang Mati Akibat Kesilapan Diri Sendiri

Ahli silap mata dikagumi kerana keupayaan mereka melepaskan diri dari perangkap yang mereka buat dan muslihat mereka mengaburi mata penonton. Tetapi ada juga dari mereka yang jadi mangsa " muslihat makan tuan " kerana kesilapan teknikal dan akhirnya mereka terkorban secara tidak sengaja. 


Wednesday 14 October 2015

Bagaimana Membuat Perancangan Bandar ??

Bandar yang terancang ialah dimana bangunan berada dalam grid yang teratur, aliran trafik berjalan lancar dan berkesan. Disini diterangkan bagaimana negara-negara maju membuat bandar terancang. Disebabkan itu bangunan-bangunan di negara mereka mempunyai saiz dan keluasan yang sama dan seragam tapi berbeza dari segi rekaan luaran dan warna.



Mengapa Negara Miskin Susah Nak Maju ?

Dalam video ini di ringkaskan mengapa negara-negara termiskin di dunia susah untuk mencapai kemajuan, antara punca itu ialah

Faktor utama ialah tiada institusi yang bagus dan amanah, disebabkan itu kadar rasuah dan salahguna kuasa di negara maju sangat rendah.

kronisme untuk mendapatkan jawatan dalam sektor awam & kerajaan .

Menjadikan alasan agama sebagai penghalang untuk memperbaiki kehidupan seperti lebih pentingkan akhirat dari duniawi.

Paling ironi ialah negara-negara yang miskin ini berada di garisan khatulistiwa ! di iklim garisan khatulistiwa ini pula selalu dilanda masalah wabak penyakit.

Di negara-negara miskin ini golongan kaya tidak mahu membayar cukai dan segala hasil wang mereka disimpan di akaun bank di luar negara.



Monday 12 October 2015

Fakta Ringkas Australia

Kenali Australia, negara kanggaroo ini dengan lebih dekat dan santai. Diharap maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan am kita serba sedikit tentang negara down under ini.


Sunday 11 October 2015

Jenis Matawang Yang Tidak Bernilai & Murah

Sedikit hairan kenapa matawang Lira Italia tidak tersenarai dan paling pelik kenapa Zimbabwe Dollar tidak berada dalam senarai ini. Zimbabwe dollar mengalami inflasi lebih 100% hingga memaksa kerajaan Robert Mugabe menggalakkan rakyat nya berniaga menggunakan Rand South Africa dan Dollar Amerika. Matawang Zimbabwe semasa negara itu masih lagi dikenali sebagai Rhodesia dan digelar ' Bakul Roti Afrika ' berada dalam nilai yang positif dan 1 Rhodesia Dollar bernilai sama dengan 1 US dollar tetapi sejak berada dibawah pimpinan Robert Mugabe, negara itu menjadi huru hara dan kemelesetan ekonomi.




Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia

Untuk urusan eksport dan import biasanya matawang US Dollar digunakan kerana nilainya yang stabil dan diterima di serata dunia. Matawang Pound Sterling dan Euro mempunyai nilai yang lebih tinggi dari USD tetapi tidak begitu dijadikan sebagai nilai tukaran oleh matawang negara-negara lain kerana nilainya yang mahal dan tinggi.


Dalam senarai ini, banyak lagi matawang yang kita tidak ketahui selama ini mempunyai nilai yang lebih tinggi dari dolar amerika.



Passport Negara-negara Paling Tidak Bernilai Untuk Dimiliki

Passport dari negara-negara ini tidak begitu efisien kerana jumlah negara-negara luar yang boleh dimasuki tanpa VISA amat terhad, tambah menyukarkan daripada 200++ negara dalam dunia ini. Tidak sampai separuh daripadanya membenarkan pemilik passport negara-negara berkenaan masuk tanpa visa.


Saturday 10 October 2015

Sejarah Asal Usul Tarian Perang Ragbi

Maori Haka sinonim dengan pasukan Ragbi New Zealand, Sipi Tau yang bermaksud ' Tarian Perang '
pula lebih sinonim dengan pasukan ragbi Tonga, negara kecil di rantau kepulauan Pasifik. Disini sedikit sebanyak menerangkan tentang maksud sebenar simbolik tarian perang Tonga ini.


Reaksi Pengguna Twitter Selepas Jurgen Klopp Dilantik Pengurus Liverpool

Jurgen Klopp di sahkan sebagai pengurus baru Liverpool, ini menggembirakan peminat-peminat Liverpool yang sudah setahun menunggu pengurus baru berikutan prestasti buruk Liverpool musim 2014-15. Klopp adalah pengurus kedua dari Jerman berkhidmat di EPL selepas Felix Magath yang dilantik oleh Fulham pada separuh musim 2014 tetapi gagal membantu kelab itu kekal di EPL.

Pengesahan itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna twitter, kebanyakkan reaksi teruja dan gembira pasti nya datang dari peminat Liverpool.


Friday 9 October 2015

Selebriti Hollywood Kaya Raya Jatuh Miskin

Mereka ini semasa di kemuncak karier mampu menjana jutaan dollar setahun tetapi disebabkan perbelanjaan yang tidak terkawal dan tidak bijak mengurus kewangan menyebabkan mereka jatuh miskin, Ada diantara mereka yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan mereka tetapi disebabkan usia yang sudah tua, peminat yang sudah matang menyebabkan mereka gagal bangkit.

Ramai diantara mereka ini yang mampu menjadi kaya sekelip mata hasil, pencapaian cemerlang dalam sukan,lagu1 hitwonder, jualan album yang meletop,  menjadi idola kanak-kanak tetapi tidak mampu bertahan lama kerana persaingan sengit dan tidak relevan.
Seperti di Malayia, kita ada Akademi Fantasia yang masih bersiaran.



Hak Penyiaran EPL Di Serata Dunia

EPL adalah liga sukan yang paling banyak menerima tontonan dan pakej langganan di serata dunia. Kesan rating yang tinggi ini menyebabkan berlaku nya perang harga di negara yang menayangkan sukan ini, contohnya di Hong Kong. Hak penyiaran EPL di HK direbut oleh 2 pembekal siaran berbayar, NowTV dan iCable, tetapi kini mereka menerima pesaing baru iaiti LeTV dari China.




Perjanjian 3 musim sebelum ini menjanjikan EPL menerima sebanyak 2.23 billion pound selama 3 tahun ( 2013-2016 ) , bersamaan 743.3 juta pound 1 musim. Bermulanya perjanjian baru pula menyaksikan harga tayangan EPL di serata dunia melonjak naik hingga ada yang melebihi 100 peratus, jumlah terbaru itu dianggarkan 5 bilion pound untuk 3 tahun bermula musim 2016-2017.


Jumlah yang diterima EPL ini juga jauh lebih besar dari yang diterima pesaing mereka, La Liga, Ligue 1, Bundesliga dan Serie A secara keseluruhan merangkumi penyiaran domestik dan antarabangsa !


Kesan negatif kenaikan harga ini menyebabkan Astro, pemegang hak EPL di Malaysia terpaksa mengecilkan jumlah program sukan mereka seperti ketiadaan La Liga, Serie A, Liga Perancis dan Liga Russia seperti sebelum ini. Ini mendapat kritikan hebat kerana La Liga dan Serie A ada pengikut tersendiri di Malaysia. Begitu juga program sukan lain seperti Ragbi, yang dahulunya termasuk dalam pakej Astro Supersports tetapi kini diasingkan ke channel khas, iaitu Setanta Sport.


Ironinya, Indonesia negara yang berpenduduk 240 juta orang 8 kali ganda lebih ramai dari Malaysia hanya membayar 17.1 Juta pound sahaja, berbanding Malaysia 42.7 Juta pound. Vietnam pula hanya membayar 7.5 juta pound dan berpopulasi 90 juta orang ! 3 kali ganda lebih besar dari Malaysia. Tidak pasti mengapa Malaysia perlu membayar lebih mahal, adakah ini disebabkan dasar monopoli ? sekadar berspekulasi.




Thursday 8 October 2015

Ciptaan-ciptaan Yang Mengubah Dunia Secara Tidak Sengaja

Siapa sangka semua ciptaan ini dihasilkan secara tidak sengaja ? lantas dikomersialkan di seluruh dunia dan menjana keuntungan berbilion-bilion dan jutaan dollar setahun. Kita semua tahu Coca Cola asalnya adalah ubat sakit kepala, tetapi bagaimana pula dengan yang lain ??

Popsicle yang digemari setiap pelusuk dunia dihasilkan setelah seorang budak terlupa untuk membuang sudu dari air manis nya, Microwave Oven terhasil daripada teknoloji radar, Viagra asalnya dicipta untuk menurunkan tekanan darah tinggi, Cornflake terhasil akibat kelalaian adik beradik Kellog yang terlupa memadamkan api untuk merebus bijian gandum untuk membuat granola !

Kon aiskrim wafel tercipta apabila penjual aiskrim kehabisan kon, disebelahnya adalah kedai wafel yang tidak laku jualan wafel keras nya, jadi dia mendapat idea dengan melipat wafel itu menjadi kon aiskrim dan digemari ramai. Kerepek kentang terhasil apabila George Crum kecewa dan berang dengan hasil jualan French fries nya sering dipulangkan oleh pelanggan kerana tebal dan tidak ranggup, dia lantas menghiris kentang senipis yang boleh dan digoreng kemudiannya menjadi 1 fenomena baru.


Aktor Dan Aktres Hampir Menemui Ajal Semasa Pengambaran

Tahukah anda ? Filem Lone Ranger lakonan Johnny Depp dan Armie Hammer bukan sekadar blockbuster bomb untuk 2013 tetapi aktornya, Johnny hampir menemui ajal kerana terjatuh semasa menunggang kuda dan dipijak di bahagian dada.
Paling sedih tentunya James Caviezel yang disambar petir semasa pengambaran dan krew pengambaran tidak menyedari dia disambar hinggalah seorang krew datang menghampiri dan dia juga turut menerima nasib yang sama.


Penggusti WWE Yang Banyak Memenangi Gelaran Juara

Senarai ini hanya untuk mereka yang masih bergusti di bawah jenama WWE buat masa ini, jadi Ric Flair tidak tersenarai. Jika Edge masih lagi aktif bergusti dialah yang paling banyak memenangi kejuaraan bengkung di WWE iaitu 30 kali.

Tuesday 6 October 2015

Ketahui Benda-benda Pelik Yang Diseludup Melalui Lapangan Terbang

Bahan terlarang seperti dadah dan objek tajam lagi merbahaya seperti pedang samurai,pisau adalah benda yang dilarang untuk melepasi kaunter pemeriksaan di Lapangan Terbang. Tetapi 'benda' yang diseludup dalam video ini bukanlah bahan-bahan,objek terlarang tetapi pelik dan gila !


Video-video Yang Kita Takkan Dapat Tonton

Video Steve Irwin disengat ikan pari, Owen Hart terjatuh dari siling dan Pentagon dilanggar oleh pesawat semasa tragedi 9/11 adalah video-video tragik yang tidak dipaparkan di khalayak umum atas dasar ngeri, privasi dan menghormati keluarga mangsa. Dalam senarai di bawah juga terdapat video-video lain yang tak mungkin kita dapat tonton baik di tv atau pun internet kerana disimpan dengan rapi oleh pihak berkuasa dan ada juga yang dilupuskan.


Model Komputer Yang Gagal Di Pasaran

Percaya atau tidak ? model komputer keluaran Apple paling banyak menemui kegagalan di pasaran komputer ? Ada juga model komputer ini dihasilkan dengan tujuan untuk melawan arus tetapi gagal, ada pula yang cuba menggabungkan email + telefon rumah + video fon, bunyi nya kelihatan canggih dan futuristik, tetapi juga gagal mendapat sambutan.


Jika Kelab EPL Ialah Pasukan Ragbi

Persamaan paling ketara ialah Perancis dengan Arsenal, sentiasa memberi cabaran dan mampu mengalahkan pasukan dominan seperti New Zealand tapi masih gagal menjuarai piala dunia Ragbi. Tetapi tiada pasukan yang dapat dibandingkan dengan Afrika Selatan dalam video ini.


Pemecatan Brendan Rodgers Jadi Bahan Jenaka Internet

Setelah setahun menanti, penyokong Liverpool menarik nafas lega apabila pengurus mereka, Brendan Rodgers dipecat kesan kegagalan memenangi trofi, taktikal yang kurang berkesan, pembelian pemain yang  merugikan dan gagal memenangi trofi selama 3 tahun.

BR gagal menandingi pencapaian terbaik Rafa Benitez walaupun sudah masuk 4 musim di Liverpool dan dia juga membelanjakan ratusan juta pound untuk pembelian pemain, jumlah yang jauh lebih tinggi dari apa yang dibelanjakan oleh Rafa. Dia juga gagal membawal Liverpool layak ke final, satu lagi kegagalan yang tak dapat dimaafkan kerana Kenny Dalglish hanya memerlukan 1 1/2 musim untuk membawa the Kop ke 2 final dalam 1 musim dan memenangi 1 piala, malangnya dia dipecat.




Krisis Pinjaman Pendidikan

Masalah ini bukan terjadi di Malaysia saja, tapi di Amerika Syarikat juga. Jumlah hutang pinjaman pelajaran mencecah 1.2 Trillion US dollar. Paling teruk ialah ibu-bapa yang mempunyai ramai anak, mereka membelanjakan lebih banyak wang untuk membayar pinjaman pelajaran dari kos barang dapur. Kepada ibu-bapa yang baru memulakan keluarga, rancang sebaiknya keluarga anda, hadkan 1-2 orang anak 1 keluarga dan buatlah simpanan masa depan untuk kemudahan anak anda supaya mereka tidak terbeban dengan hutang pinjaman pendidikan.

Bahasa Perancis Kanada Vs Bahasa Perancis

Kanada ialah negara yang menggunakan 2 bahasa utama iaitu Inggeris & Perancis, bahasa Inggeris digunakan secara meluas di semua Bahagian ( Provinsi ) di Kanada kecuali Quebec ( Ke-beq ) yang menggunakan bahasa Perancis. Tetapi walaupun bertutur asas bahasa yang sama masih terdapat perbezaan dari segi penggunaan ayat, Perancis-Quebec lebih berterus terang dan ringkas berbanding Perancis Eropah yang lebih teratur dan sopan. Ada juga perkataan yang digunakan dalam Perancis-Quebec tetapi tidak digunakan dalam Perancis Eropah kerana perkataan Perancis-Quebec itu sedikit dipengaruhi unsur-unsur Inggeris-Amerika atas faktor geografi.



Sunday 4 October 2015

Merseyside Derby Liverpool vs Everton

Merseyside derby pada hari ini meskipun tidak gah seperti El Classico tetapi dari segi nostalgia nya masih lagi boleh dianggap antara derby yang paling banyak ditonton di dunia. Kerana perlawanan yang menemukan 2 kelab dari wilayah Merseyside ini istimewa kerana Everton adalah abang kepada Liverpool, tetapi Liverpool lebih berjaya dari segi kutipan trofi berbanding Everton.

Istimewa nya lagi pertemuan ini adalah kerana di Merseyside, adalah perkara biasa dalam 1 keluarga jika ibu bapa penyokong Liverpool tetapi anak mereka menyokong Everton, begitu juga jika si abang menyokong Liverpool, adiknya pula penyokong Everton. Hal ini agak janggal jika kita lihat di derby lain seperti Man City dan Man Utd kerana penyokong Man City berasal dari kawasan bandar Manchester manakala penyokong Red Devil berasa dari Salford, kawasan luar bandar.

Faktor permusuhan 2 musuh setempat ini adalah Everton terlebih dahulu bermain di Anfield, tetapi pemilik Anfield, John Houlding tidak bersetuju dengan kadar sewa yang dirunding lantas menubuhkan Liverpool Fc dan Everton berpindah ke Goodisoan Park yang jaraknya kurang dari 1 Kilometer !!.



23 Tahun Selepas Tembok Berlin Runtuh

3 Oktober 1989 bermula lah era baru di benua Eropah, negara Jerman yang terpisah 2 sejak berakhirnya era perang dunia ke 2 hinggalah tamatnya perang dingin bercantum semula menjadi 1. Tembok Berlin yang memisahkan 2 negara itu diruntuhkan dan lagu kumpulan rock legenda Jerman, Scorpion - Wind Of Change berkumandang menandakan berakhir sudah hayat sebuah tembok pemisah yang memisahkan 2 sahabat, adik beradik bahkan bandaraya Berlin sendiri terpisah menjadi Berlin Timur dan Barat selama 28 tahun itu berakhir.

Jerman Barat yang Pro-Amerika manakala Jerman Timur- Pro Komunis Russia, ramai penduduk Jerman Timur lari ke sebelah barat untuk kehidupan yang lebih baik dan bebas. Untuk menghalang penghijrahan besar-besaran itu tembok dibina dan siap sepenuhnya pada 1961.

Tetapi, itu yang kita nampak secara fizikalnya sebuah tembok batu diruntuhkan. Tetapi pendedahan dibawah ini walaupun sudah bersama sejak 1989 sebelah timur Jerman masih lagi serba serbi ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan barat. Baik dari segi ekonomi atau pun pembangunan, kadar kelahiran merosot, kadar bunuh diri meningkat dan kewujudan bandar mati kesan penghijrahan penduduk timur ke barat yang telah membangun pesat sejak berakhrnya perang dunia ke 2.



Filem Terbaik Daripada Marvel

Di dekad 2010an lambakan filem-filam aksi/superhero semakin membanjiri waktu tayangan di pawagam. Begitu juga Marvel yang hampir setiap tahun mengeluarkan filem superhero mereka setelah kejayaan  trilogi filem Iron Man dan Transformers yang berjaya mengutip lebih daripada 2 Bilion. Begitu juga dengan Avengers yang baru saja diterbitkan dalam 2 filem sudah mengutip 2.5 Bilion.

X men meskipun tidak begitu mencatatkan keuntungan lumayan seperti Transformers dan Avengers tetapi francais filem itu mendominasi carta ini. Jangan ditanya kenapa tiada Spiderman kerana hak Spiderman untuk diterbitkan ke dalam filem adalah milik Sony bukan Marvel.






Filem Gred B Yang Luar Biasa

B Movie atau filem gred B merujuk kepada filem yang diterbitkan dengan bajet rendah atau filem yang dilabelkan sebagai filem sampah. Ada antara filem-filem ini di kritik hebat semasa di awal kemunculannya kerana skrip,jalan cerita yang teruk tetapi lama-kelamaan mempunyai pengikut yang tersendiri kerana menampilkan jalan cerita yang berbeza dan ada sub-plot yang sukar untuk dihuraikan.

Filem gred B juga mampu memperolehi kutipan yang tinggi kerana unsur-unsur ganas mereka yang keterlaluan dan ini juga menjadi punca menarik penonton untuk membeli tiket. Siapa sangka filem Piranha yang asalnya diterbitkan hanya untuk menjadi parodi kepada filem Jaws kemudiannya mendapat sambutan hebat hinggakan ke hari ini masih terdapat lambakan filem-filem bertemakan Piranha dikeluarkan setiap tahun oleh production bajet rendah di Amerika.


Saturday 3 October 2015

Mitos Tips Ikhtiar Hidup Atau Survival

Program berkenaan survival atau ikhtiar hidup banyak memberi kita tips-tips penting untuk kekal bertahan dalam suasana getir terutamanya jika mengembara berseorangan. Tetapi ada juga tips-tips yang tak boleh dipercayai atau tidak begitu sesuai dipraktikkan.



  • Semasa dipatuk ular, sebaiknya janganlah sedut bisa itu kerana orang yang menyedutnya  boleh tertelan bisa ular itu

  •  Pada anggota badan yang terkena patukan, ikat lah bahagian yang terkena patukan itu dan jangan dibuka sehingga menerima rawatan. Adalah dinasihat kan menulis atau mencatat bila waktu/jam/minit mangsa terkena sengatan/patuk itu berlaku kerana kelak boleh dijadikan rujukan oleh doktor.
  • Tidak semua kaktus boleh dijadikan sumber minuman kerana badan memerlukan masa yang lebih untuk memproses racun dari pokok berduri itu. 
  • Memanaskan air terjun,sungai memang membunuh kuman dan bakteria tetapi tidak campuran kotoran yang berada dalam air itu, sebelum diminum haruslah ditapis menggunakan baju atau kain.



  • Berpura-pura baring dan mati semasa dihampiri beruang pula bukan tindakan yang sesuai jika terserempak beruang jenis Grizzly boleh selamat lagi tetapi jika beruang berbulu hitam, ajal sudah hampir. 

  • Seeloknya menutup anggota badan dengan jaket atau pun kain semasa dihampiri dikhuatiri kelak beruang akan mencakar anda
  • Amatlah mustahil untuk menyelamatkan diri dari beruang walaupun anda berlari sepantas Bryan Habana atau Usain Bolt. Lebih baik berdiri dan mengibaskan jaket anda, menjerit, berteriak, melompat berkali kali untuk membuatkan anda kelihatan besar di mata beruang. Seeloknya tidak memandang tepat pada mata haiwan itu.



  • Bear Grylls juga memberi tips paling jijik iaitu meminum air kencing sendiri sebagai bekalan air di kawasan gurun/padang pasir. Air kencing itu sudah la panas, jika diminum badan anda akan berasa lebih panas dan menyumbang kepada penyah hidratan. Cukup dengan membasahkan urine anda itu pada kain dan dijadikan bandana diikat di kepala. 



Lelaki Yang Asalnya Dilahirkan Sebagai Perempuan

Pada susuk fizikal, mereka ini kelihatan lebih tulen dari lelaki normal kerana tubuh badan mereka yang sasa, berotot, berjanggut, berambut pendek, berpenampilan lasak dan berwajah bengis. Tapi siapa sangka mereka dulu asalnya adalah perempuan ??

Pengkid walaupun berpenampilan seperti lelaki tetapi di wajah mereka masih terserlah ke wanitaan nya, berbeza pula dengan transgender ini yang 100% menyerupai lelaki kerana mereka melakukan pembedahan demi pembedahan untuk memastikan mereka menjadi lelaki.


Buah-Buahan Termahal Di Dunia

Epal Fuji belum cukup mahal untuk diletakkan dalam senarai ini, kerana ada buah-buahan yang dalam senarai ini harga nya mencecah ribuan US dollar ! Mahalnya buah-buahan ini kerana dihasilkan dari kajian kacukan bertahun-tahun, buah-buahan ini juga hanya tumbuh bermusim dan tidak dikeluarkan dalam skala besar.

Tempat dimana buah-buahan ini ditanam juga menjadi nilai tambahnya kerana hanya tumbuh di satu tempat  saja dan tidak terdapat di tempat lain. Itu belum lagi dikira dari segi saiz,berat dan tekstur rasanya yang dijaga dengan baik dan perlu melalui proses kawalan kualiti yang rumit seperti perlu mengandungi kuantiti gula dalam buah seperti yang ditetapkan   & haruslah memiliki berat yang seragam.

Para pembida dan pembeli nya juga sudah pasti lah dari mereka yang kaya raya kerana status buah-buahan ini yang unik dan sukar didapati disamping itu mereka percaya pada feng shui yang terdapat pada buah ini.


Cerita Unik Pasangan Kembar Di Serata Dunia

Pasangan kembar kebanyakkan nya memiliki hobi dan minat yang sama. Mereka sering menjadi tumpuan kemana-mana mereka pergi. Siapa sangka pasangan kembar juga boleh membenci satu sama lain ? hingga ada yang mampu meramal kematian pasangannya, mempunyai kebolehan telepathy ke atas pasangan masing-masing dan juga boleh mati di waktu yang sama.
Terdapat juga pasangan kembar yang bertemu jodoh dengan pasangan kembar yang lain ! Dan memperolehi anak kembar setelah berumah tangga.


Inilah keunikan pasangan kembar, tetapi kelebihan yang ada itu juga boleh disalah guna dengan mengelirukan orang ramai terutama jika melakukan jenayah kerana mereka memiliki DNA yang sama ! walaupun berbeza tubuh badan. Ada juga kembar yang begitu bencikan pasangan sendiri hingga sanggup berkahwin dengan pembunuh yang telah membunuh kembar mereka ! lagi dahsyat ialah ada kembar yang dipisahkan sejak lahir bertemu kembali lantas menjalin hubungan terlarang.


Video Salah Guna Kuasa Oleh Polis

Polis di Brazil didakwa kerana menembak mati mangsa setelah mangsa menyerah diri. Untu memalsukan kes ini, mereka menggunakan tangan mangsa yang sudah mati untuk melepaskan das tembakan sekaligus mengaburi mata semua orang.

Friday 2 October 2015

Fahami Maksud Latino Dan Hispanic Dengan Lebih Mendalam

Bila bercakap tentang Latino kita pasti teringat orang-orang Mexico dan mereka-mereka yang datang dari negara-negara berbahasa Sepanyol, begitu juga apabila terdengar perkataan Hispania, kita akan terfikir orang Sepanyol. Tapi tahukah anda 2 perkataan tersebut sama tapi tidak serupa ??

Hispanic merujuk kepada mereka yang berasal dari negara Sepanyol, manakala Latino pula merujuk kepada mereka yang berasal dari benua Amerika Latin. Tapi maksud Latino itu bukan saja merujuk kepada mereka yang berasal dari negara berbahasa Sepanyol semata-mata ia turut digunakan untuk mereka yang berasal dari Brazil walaupun negara itu berbahasa Portugis, unik bukan ??

Walaupun benua Amerika Latin itu didominasi negara-negara berbahasa Sepanyol, masih ada negara-negara kecil yang menggunakan bahasa lain sebagai medium perantaraan iaitu Suriname,yang menggunakan bahasa Belanda, Guyana -  Inggeris, French Guiana - Perancis.

Mexico walaupun berada dalam benua Amerika Utara mereka juga boleh dikategorikan sebagai Latino, begitu juga dengan negara-negara yang berbahasa Sepanyol di Amerika Tengah seperti Costa Rica, Honduras, Guatemala, El Salvador, Nicaragua. Jadi Latino ini tidak terhad kepada mereka yang berasal dari benua Amerika Latin sahaja.

Perbincangan ini makin rumit kerana ada juga negara-negara teluk Caribbean yang berbahasa Sepanyol seperti Puerto Rico, Cuba, Republic Dominica tapi ada juga yang tidak berbahasa Sepanyol seperti Jamaica, Bahamas yang menggunakan bahasa Inggeris. Ah makin mengelirukan bukan definisi Latino ini ??


Bukan itu sahaja, Trinidad & Tobago walaupun masih dalam lingkungan Benua Amerika Latin, mereka menggunakan bahasa Inggeris. Ini tidak termasuk lagi negara-negara kepulauan kecil berdekatan.

Diharap kekeliruan ini dapat dijelaskan dalam video ini.



Jenis-jenis Parasit Berbahaya Dalam Badan Manusia

Baru-baru ini di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan anjing liar dibunuh, dikhuatiri mereka ini menjadi punca kepada penyebaran scabies. Tetapi mendapat bantahan dari aktivis haiwan, kalau aktivis haiwan ni tengok video ni betapa bahaya nya scabbies dan parasit-parasit lain harap mereka sedar.


Budak Ajaib Yang Mengubah Dunia

Sejarah telah membuktikan banyak kanak-kanak genius yang dilahirkan dan menonjol di usia awal kanak-kanak mereka tetapi bila menginjak dewasa, kegeniusan mereka hilang ditelan zaman. Disini disenarai pendekkan kanak-kanak ajaib yang berjaya dari kecil hingga dewasa, ada diantara mereka yang hebat dalam bidang akademik, seni dan sukan. Jangan terkejut sistem & karya yang mereka warisi pada kita hari ini direka semasa mereka masih lagi kanak-kanak dan remaja dan mereka ini dipantau dengan baik supaya kepintaran dan kehebatan mereka digunakan sebaik nya.

Thursday 1 October 2015

Penyanyi Yang Tidak Berbakat

Mereka ini memang popular, glamour, menjana kekayaan yang banyak hasil nyanyian tetapi sebenarnya mereka ini tidak berbakat dan karya muzik mereka sangatlah tidak berbaloi. Sayangnya ada diantara mereka yang tidak berada dalam senarai ini seperti Rihanna, Flo Rida, Timbaland, Kanye West.

Tapi jangan terkejut ikon kegilaan remaja seperti Fred Durst turut tersenarai tapi paling lucu ialah yang menduduki tempat pertama. Sila tonton video ini


Sukan-Sukan Aneh Di Serata Dunia

Siapa sangka sukan renang ber irama dianggap sukan ganjil dan pelik walaupun sekian lama sukan itu dipertandingkan dalam sukma ? tak cukup dengan itu ada pula sukan pelik yang dipertandingkan seperti sepak tulang keting, gusti ibu jari kaki, bawak isteri secara terbalik, judi ketam dan paling aku tak sangka, osom atau gunting-kertas-batu juga dianggap sukan ??


Jing Jin Ji - Bandar Paling Padat Di Dunia & China

Projek Metropolitan yang diberi nama JingJinJi ini menggabungkan bahagian ( province ) Beijing, Hebei dan Tianjin, di utara China.
Dijangka mempunyai populasi  sebanyak 130 juta orang, bersamaan jumlah keseluruhan populasi 100 bandar-bandar terbesar di Amerika Syarikat & 2 kali ganda penduduk di United Kingdom !! ( England, Scotland, Wales & Ireland Utara ).

Permasalahan utama adalah disana banyak rumah dibina dengan pantas berbanding kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan awam, sekolah dan lebuh raya yang terbengkalai. Paling teruk ialah Kerajaan Persekutuan enggan membenarkan kerajaan tempatan di bahagian itu mengenakan cukai harta yang menjadi dana untuk membangunkan kemudahan di bandar itu.


Kewujudan Tembok Pemisah Yang Perlu Kita Tahu

Selain tembok besar China dan tembok Berlin yang sudah roboh, tak ramai dari kita yang tahu kewujudan tembok Constantinople yang memberi perlindungan kepada Constantinople hingga ribuan tahun. Siapa sangka Cyprus sebuah negara pulau juga mempunyai tembok pemisah iaitu di utara memihak kepada Turki dan Selatan pula pro-Greece, Paling mengejutkan ialah tembok Belfast di Ireland Utara yang dibina untuk mengasingkan mereka yang pro-unionist & pro-nationalist.


Sunday 20 September 2015

Bagaimana Dallas Cowboys Menjadi Francais Sukan Paling Bernilai ?

Baru-baru ini majalah Forbes telah mengeluarkan statistik pasukan paling bernilai di dunia 2015, Paling mengejutkan ialah bukan Barcelona, Real Madrid yang menduduki tangga teratas tapi pasukan American Football, Dallas Cowboys menduduki tangga pertama dengan nilai 4.00 Billion US Dollar jauh meninggalkan Barca dan Madrid yang masing-masing bernilai 3.16 & 3.26 Billion Usd.

Dallas Cowboys juga menjadi pasukan NFL ( National Football League ) paling bernilai dengan mengenepikan pesaing utama, New England Patriot 3.20 Billion.  Selain memegang rekod dunia, Dallas juga menjadi francais sukan paling bernilai di Amerika Utara apabila mengatasi pasukan besbol New York Yankees pada harga 3.20 Billion.

Untuk pengetahuan semua, Dallas Cowboys sudah lebih 20 tahun tidak memenangi SuperBowl, iaitu kejuaraan ulung American Football yang menemukan pasukan-pasukan terbaik dari NFL & AFL, 2 liga utama American Football. Agak unik, AFL hanya popular di kalangan negara-negara Amerika Utara tetapi masih mampu bersaing dengan francais bolasepak yang popular di serata dunia.
Jangan terkejut jika Dallas Cowboys bernilai billion dollar kerana pasukan-pasukan lain dalam NFL,AFL juga ada yang bernilai mencecah 1 bilion. sila baca disini



Friday 18 September 2015

5 Pemain Ragbi Union Tertinggi

Pot D

Perancis, 3 kali layak ke final tetapi masih belum bergelar juara lagi. Ireland, pasukan yang menewaskan England dalam Kejohanan 6 Nations Cup tahun ini diramal menjadi naib juara kumpulan. Itali, mungkin mereka lebih mahir bersukan menggunakan kaki berbanding tangan. Canada dan Romania, 2 pasukan ini seperti biasa pulang awal.

Perancis : Alexandre Flanquart
Posisi : Lock
Tinggi : 2.06 Meter Berat : 114 KG 


Ireland : Devin Toner 
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.11 Meter Berat : 124 KG


Pemain paling tinggi dalam kejohanan ini !! 




Itali : Quintin Geldenhuys 
Posisi : Lock
Tinggi : 2.03 Meter Berat : 116 KG 

Sama seperti Michael Broadhurst dan Greg Peterson yang berdepan saingan sengit untuk mewakili pasukan kelahiran masing-masing, Quintin yang berasal dari Afrika Selatan mewakili Itali melalui status ke pendudukan. Setelah berhijrah untuk bermain di Liga Itali 


Romania : Marios Antonescu
Posisi : Lock
Tinggi : 1.97 Meter Berat : 108 KG





Canada : Jamie Cudmore
Posisi : Lock, Flanker 
Tinggi : 1.96 Meter Berat : 118 KG



  Dia juga abang kepada Daniel Cudmore, Collossus dalam Francais filem X Men.