Saturday, 11 March 2017

Bintang Bolasepak Yang Tidak Mewakili Negara Kelahiran

Bolasepak Malaysia pada hari ini sibuk mencari pemain-pemain yang memiliki susur galur keturunan Malaysia untuk dinaturalisasi dan dipilih mewakili Malaysia. Malangnya, majoriti dari mereka tidak bermain secara profesional pun di negara tempat mereka menetap. Rata-rata bermain di liga daerah yang bertaraf semi pro & amatur.

Ditambah pula kehadiran mereka hanya untuk bermain secara profesional disini dan ditawarkan gaji yang tak masuk akal dengan bakat & taraf permainan mereka. Pemilihan mereka ke skuad kebangsaan pun langsung tidak membantu, apatah lagi menambah baik mutu permainan. Dikala pasukan negara sering menjadi bahan ketawa apabila seri dan kalah bertemu negara-negara kerdil.

Jika mereka benar-benar bagus sudah pasti mereka tidak mencari negara atuk-nenek, moyang, ibu ayah mereka. Pastinya mereka memilih untuk mewakili negara dimana mereka bermastautin. Contoh yang jelas sekali ialah David Alaba, bermain untuk Bayern Munich dia berketurunan Filipina dan Nigeria tetapi mewakili Austria, negara dia membesar. Radja Nainggolan, pemain AS Roma ini bapanya orang Indonesia, tetapi sejak dia kecil dibesarkan oleh ibunya seorang diri dan memilih mewakili Belgium. Lee Nguyen pula berketurunan Vietnam tetapi terlebih dahulu menyahut seruan mewakili negara Uncle Sam itu.


Detik-detik Memalukan Dalam Sukan Bolasepak

Baru-baru ini kami sempat menyaksikan insiden memalukan dimana Arsenal yang begitu selesa mendahului Bayern Munich 1-0 di 45 minit pertama tetapi dimalukan 5-1 selepas 90 minit dan 10-2 secara aggregat. Tak cukup dengan itu PSG yang dilihat di awang-awangan layak ke pusingan berikutnya dimalukan 6-1 oleh Barcelona setelah menang 4-0 di pusingan pertama. 


Friday, 10 March 2017

Pasukan Bolasepak Yang Bernasib Malang

Di era bolasepak moden ini, kita pasti tidak dapat melupakan musim-musim suram buat Bayer Leverkusen 2001/2002 dan Bayern Munich 2011/12. Bila mana kelab-kelab ini hampir mencipta sejarah memenangi 3 kejuaraan dalam 1 musim tetapi digagalkan oleh lawan mereka di setiap kejohanan. 


Wednesday, 8 March 2017

Tempat Latihan Dengan Fasiliti Lengkap

Kami hanya mampu telan air liur saja apabila melihat fasiliti yang disediakan di kompleks latihan milik kelab-kelab terkemuka Eropah ini. Walaupun sering berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain, mereka juga tidak lokek untuk berbelanja menambah baik kelengkapan asas seperti padang latihan, gymnasium, kolam dan kemudahan untuk pasukan akademi.



Tuesday, 7 March 2017

Perbezaan X Men Komik Dan Filem

Versi X Men dalam filem sentiasa dibuat perubahan oleh pihak penerbitan filem antaranya supaya lebih dramatik dan realistik. Ini dapat dilihat dari segi unifom atau kostum X Men dimana mereka tidak memakai topeng dan mempunyai rekaan sendiri seperti dalam komik.

Begitu juga dengan karakter, X Men mempunyai ramai mutan tetapi hanya sedikit sahaja yang ditampilkan dalam filem kerana bajet & mahu memfokuskan pada plot utama saja. Paling jelas ketara ialah adik beradik Summers iaitu Cyclop & Havoc, berdasarkan jalan cerita komik Cyclop ialah abang tetapi di dalam filem Cyclop adik kepada Havoc kerana Havoc terlebih dahulu membuat kemunculan di era 60an.


Monday, 6 March 2017

Senarai Gol Pemenang Puskas Award

Anugerah Puskas mula diperkenalkan pada 2009, pemenang-pemenang terdahulu datangnya dari Eropah dan Amerika Selatan dan kita cukup bertuah apabila Faiz Subri adalah orang Asia pertama memenanginya. Kami juga cukup bersyukur sempat menyaksikan moment itu secara live di tv9 dimana Faiz Subri menewaskan Nasril Nourdin dengan satu sepakan berkelas dunia. 


Pengurus Bolasepak Yang Tidak Sepatutnya Dipecat

Mereka ini mempunyai trek rekod yang baik semasa mengurus kelab tetapi disebabkan persembahan semasa yang tidak konsisten menyebabkan mereka tidak mendapat sokonga lembaga pengarah kelab dan akhirnya dipecat.

Ramai yang mempertikaikan keputusan Leicester memecat Claudio Ranieri yang membantu mereka melakar sejarah menjuarai Liga Perdana Inggeris, malangnya mereka silap apabila Leicester sejak itu telah memenangi 2 perlawanan berturut-turut dan menjaringkan 6 gol dari 2 perlawanan dan kini 5 mata di atas zon penyingkiran dikala mereka hanya beza 1 mata semasa hari-hari terakhir Ranieri.

Begitu juga tidak adil untuk Mourinho & Roberto Mancini yang masing-masing mengemudi Chelsea & Man City menjuarai liga musim sebelumnya tetapi musim berikutnya dipecat kerana gagal mengulangi keputusan cemerlang.