Tuesday 30 December 2014

Rezeki Banjir

Kadang-kadang kita tak sedar yang banjir ini mampu membawa rezeki kepada kita, tetapi harus diingat rezeki itu tidak bermata...mungkin rezeki itu bukan milik kita walaupun ia datang bergolek. Sedangkan nasik nak disuapkan ke mulut pun boleh tercicir inikan babi yang sudah menunggu di rumah.


Monday 29 December 2014

Anak Didik Raja Bomoh !!

Dahsyat betul ramalan dia, mesti taja bomoh bangga ada orang yang terpengaruh dengan ajaran dia.




Beras Rakyat 1 Malaysia

Dengan terpaparnya logo YB yang tercinta dan dihormati, makin kuat lah sokongan rakyat kepada YB selepas ini. Semestinya beras jenama YB ini mampu bersaing dengan beras jenama Faiza dan Jati yang tidak memaparkan gambar sebenar pemilik jenama tersebut, dan ini pastinya mendatangkan rasa curiga kepada umat Islam terutamanya Melayu yang bimbang jenama beras-beras tersebut didalangi oleh Tokey cina DAP yang cuba mengaut keuntungan dengan menggunakan imej Melayu-Islam.

Diharap selepas ini YB mampu menghasilkan produk lain yang terpapar gambar YB seperti pencuci tandas, tisu tandas dan plastik sampah yang mana sangat sesuai untuk orang seperti YB ditempatkan di tempat sebegitu sebagai bukti YB prihatin kepada kebersihan di kawasan parlimen YB #Sarcasm


Sunday 28 December 2014

Realiti Sebenar Peniaga Baju Jenama Tempatan

Modal cop, beli baju kosong bukanlah mahal sangat pun tapi harga dia jual tu melampau-lampau tak masuk akal langsung. Nak suruh orang sokong jenama tempatan bukan dengan jual harga melampau lampau macam la jenama kau tu setaraf jenama Ed Hardy. Jual harga berpatutan 20-25 dah la, lagipun kau bukan print 1 jenis design je, sekali print mau berpuluh helai kau buat.
Mereka suruh support product Local tapi harga sama mahal dengan baju Uniqlo. Well said bro

Komen Anwar Ibrahim Tentang Gambar Beliau Bercuti Ketika Banjir

Dari akaun twitter rasmi milik DSAI, Beliau menyatakan gambar bercuti beliau sekeluarga itu diambil sebelum banjir melanda pantai timur semenanjung Malaysia. Jadi tidak benarlah dakwaan sesetengah pihak DSAI dan keluarga pergi bercuti tatkala rakyat Malaysia dilanda banjir.
sumber : Akaun twitter rasmi DSAI

Foto sy seblm banjir. ": Friends Of BN update status 22/12/14 bandingkan Najib & Anwar.. KahKah "




Ciri-ciri Utama Ustazah Facebook

1. Guna nama acah-acah gadis muda dan kiut tak pakai nama sendiri

2. Profile picture mesti gambar muka ataupun selfie

3. Komen atau update status mesti panjang-panjang macam buat karangan SPM

4. Dalam status panjang berjela mesti ada sebut nama Allah, pasal tu dapat gelaran Ustazah Facebook

5. Tapi realiti dia indah khabar dari rupa, dalam facebook sembang mengalahkan gologan cerdik pandai tapi sebenarnya belum cukup pandai lagi

sumber gambar :  ustazah munafik

 











Saturday 27 December 2014

Set Filem Star Wars

Wow !! rupa-rupanya platform dan latar belakang di dalam death star itu bukan CGI tetapi prop sebenar rupanya. Tetapi imej di bahagian bawah itu sebenarnya hamparan tilam untuk keselamatan Luke Skywalker bukannya lubang yang bercerun tinggi seperti ditonton di dalam filem.


Tuesday 23 December 2014

Leonardo Di Caprio Ception.....

Dalam filem Titanik, Leo tenggelam ke dasar laut...di dalam filem Inception pula, di permulaan cerita Leo terdampar di tepi pantai.. Mungkin Christopher Nolan sengaja mahu mengaitkan Jack Dawson dengan Dominick Cobb ??


Nama Pasar Raya Yang Unik

Bukan mengenai sikap kurang ajar pekerja pasar raya, tetapi rasa pelik dengan nama pasar raya ini.

Supri : Kau kat mana ?
Saniboey : aku kat Pasar Raya Abah Den.
Supri : Sejak bila bapak kau meniaga ni ? dia bukan dah meninggal ?!
Saniboey : Eh, betul la aku kat Pasar Raya Abah Den


Tepung Keluaran LGBT

LGBT amat ditentang keras di negara ini, tetapi kerana tepung menggunakan jenama dibawah ini boleh dipasarkan ? sekadar bertanya...

Realiti Sebenar Seorang Kelasi Kapal

Orang nampak diorang ni cuma bergaji besar, kuat minum arak, berperang dengan lanun, banyak main perempuan tapi ini sebenarnya realiti seorang kelasi kapal.


Monday 22 December 2014

Siapa Disebalik Ewok ??

Ewok adalah watak makhluk kerdil berbulu seperti beruang dalam Star Wars 6 : The Return Of Jedi. Mereka adalah penghuni bulan Endor, bulan yang mempunyai hutan dan tinggal di rumah atas pokok. Sama seperti R2D2, Endor ini dilakonkan oleh orang kerdil.


Friday 19 December 2014

Cara Terbaru Menghisap Ganja

Bukan menghisap, tapi meng kulum lolipop ganja ini. Kalau kulum lolipop ni boleh high ke ?? polis tak tangkap ke ??


Kenyataan Yang Akan Memanaskan Punggung Macai JDT

Tengok ! pemain rugby peringkat antarabangsa pun sanggup ketepikan soal wang semata-mata mahu berbakti penuh khidmat setia kepada kelabnya.


Tuesday 16 December 2014

Notis Yang Menusuk Jiwa

Harap-harap sesape notis sebegini ditampal di mana-mana tandas awam seluruh negara.

Friday 12 December 2014

SYM : Safee Yang Melebih

Kau tak main pun eksyen macam kau yang skor. Semoga cedera sampai tak boleh main bola lagi lepas ni.

Tuesday 9 December 2014

Realiti Penyokong Bolasepak Di Malaysia

Bila menang lawan Singapura bukan main seronok dia bersorak, 7 hari 7 malam update pasal keeper kat mane, tapi bila dah kalah macam pukul penyokong lawan. Apa yang marah-marah pasal Malaysia kalah ni baru start tengok bola masa Malaysia vs Singapore ke ?


Perbezaan Kanada Dan Amerika

Kanada dan Amerika adalah 2 negara berjiran di Benua Amerika Utara tetapi dalam video ini serba ringkas kita diterangkan perbezaan ketara Amerika Syarikat dan Kanada, menariknya Kanada lebih mirip Malaysia dari sistem asas yang mereka gunakan seperti darjah celcius,kilometer. Dan paling unik, susu segar di Kanada dijual dalam bentuk beg plastik berbanding pek.