Saturday 16 November 2013

TV OLED Samsung, Menonton 2 Program TV Pada 1 Skrin

2013 - bila jadual tv di waktu malam bercanggah antara program epl/liga malaysia itu satu masalah utama kepada kami, especially ada famili yang siang malam tengok program agama untuk jadi houlier than thou #sarcasm dengan teknologi samsung ini yang berharga 7000 ribu pound sterling ( RM 35 000 ) kini anda semua mungkin tidak menghadapi masalah berebut tv dengan menonton 2 program berbeza pada 1 skrin dan untuk memisahkan program tv itu ialah dengan memakai cermin mata 3D.





Seni Tatu Pada Buah Pisang

Dengan hanya berbekalkan 1 batang jarum, Daisuke Skagami seorang artis Jepun berjaya menghasilkan karya seni tatu pada buah pisang. Dia mencucuk jarum pada buah itu untuk menghasilkan rupa bentuk tatu itu. Satu hasil seni itu memerlukan masa 5 jam atau lebih untuk disiapkan.Hasil seninya pernah di tayangkan di tv jepun dan galeri seni.



Kisah Seekor Anjing Dan Bangkai Adiknya

Di wilayah Sichuan, China. Seekor anjing telah menjaga bangkai adiknya yang mati dilanggar kereta, untuk beberapa hari bangkai itu terbiar di tengah jalan dan jika ada kereta yang menghampiri anjing yang berwarna coklat ini akan melompat dan menyalak untuk memberi isyarat kepada pemandu. Ada manusia yang baik hati memindahkan bangkai anjing betina itu ke tepi jalan dan ada yang menggalikan lubang kubur untuk bangkai anjing betina itu, semasa hendak di tanam anjing coklat itu menindih bangkai adiknya itu tanda tidak mahu adiknya itu ditanam dan dia mahu bersama bangkai adiknya itu. Anjing coklat itu kini di jaga dibawah pusat jagaan haiwan tempatan, satu kisah yang cukup sedih di mana binatang lebih menghargai pertalian darah dari manusia......





Detik-Detik Cemas Seorang Jurugambar Ditanduk Seekor Rusa


Di youtube video ini mendapat lebih 1 juta tontonan sejak di apdet 3 hari lepas, insiden ini berlaku di Great Smoky Mountain National Park. Pada masa ini sedang masuk ke pertengahan musim mengawan, niat asal jurugambar ini hendak menangkap gambar dari jarak dekat tetapi dia terkejut kerana rusa itu menghampiri nya dan menanduknya, untuk tidak mendatangkan rasa marah kepada rusa itu, jurugambar itu memilih untuk duduk, merendahkan mukanya dan melindungi anggota badannya dari ditanduk, sambil itu dia merakam gambar rusa itu melalui kamera yang dipegangnya. Apabila pasukan renjer menghampiri rusa itu pun jurugambar itu berjalan perlahan ke keretanya, dia meninggalkan kamera untuk merakamkan gelagat rusa itu yang sedang cuba untuk menelan kamera nya.










Friday 15 November 2013

Olivia Adams Pelajar Yang Digantung Sekolah Kerana Melanggar Peraturan

Asalnya tag jenama pada kasut sekolah milik Olivia Adams 13 tahun dipotong oleh cikgu sekolahnya di North School, Ashford, Kent kerana melanggar peraturan sekolah yang mahukan kasut para pelajarnya full black tanpa sebarang warna, atas tindakan itu logo KICKERS jenama kasut itu yang berwarna hijau dan merah telah dipotong dan pelajar yang manja ini membuat aduan kepada ibunya mengenai hal itu, cikgu sekolah itu memberi 55 pound sterling untuk membeli sepasang kasut baru tetapi ibu Olivia enggan menerima tawaran itu dan membuat laporan polis atas sebab jenayah kerosakan ( criminal damage ). Lagi memburukkan keadaan olivia meng update status facebooknya dengan menyebut nama cikgu sekolahnya itu dan dia digantung sekolah selama 1 minggu. Rekod sebelum ini menunjukkan sebanyak 60 pelajar dihantar pulang kerana kesalahan yang sama. Ibu Olivia menyatakan jika mahu kasut yang hitam sepenuhnya kos itu adalah lebih mahal
 
 

* apa susah sangat nak selesaikan masalah ni ?? potong je la logo yang berwarna tu dan olivia beruntung sebab tak pernah merasa jalan kaki ayam balik ke rumah macam aku sebab kasut sekolah nike air dirampas. Bila tengok kerenah uniform ni, aku rasa finland education is For The Win !!!













Jacqui Beck Gadis Yang Tabah.....

Jika dilihat dari gambar Jacqui Beck ini dia kelihatan sempurna sifat sebagai seorang manusia tetapi tiada siapa menyangka dia menghidap MRKH iaitu sejenis sindrom yang menyebabkan dia tidak mempunyai lubang faraj, vagina dan dia tidak boleh melahirkan anak. Dia di diagnosis menghidap sindrom itu pada usia 17 tahun dan kini dia berusia 19 tahun, dia berasa pelik pada asalnya kenapa dia tidak melalui kitaran haid dan berasa sakit pada bahagian belakangnya, bila diperiksa dia disahkan menghidap sindrom MRKH.







Anak Askar Menyambut Kepulangan Ayahnya

 
Clad 2 tahun, memakai baju berwarna merah sempena menyambut kepulangan bapanya yang baru berkhidmat di Afghanistan, Koperal Scott Boyle Sr. ternampak kelibat anaknya itu yang juga dipanggil Scott dan lantas memeluk anaknya itu setelah 8 bulan tidak bertemu. Koperal Scott berkhidmat dalam unit Royal Highland Fusiliers, 2nd Battalion of the Royal Regiment of Scotland peristiwa ini dirakam semasa unit itu melakukan perbarisan di pusat bandar Ayr sebelum 400 orang askar ini bertemu semula dengan ahli keluarga mereka. 


Bapa Yang Dimasukkan Ke Lokap Kerana Kotak Ipad Berisi Tanah Liat

Colin Marsh 45 tahun, memulangkan 1 kotak ipad yang berisi tanah liat dan mahukan wang nya semula. Dia membeli ipad berharga 470 pound sterling itu sebelum krismas tahun lepas untuk dijadikan hadiah kepada anaknya tetapi mengejutkan kerana tiada ipad yang ada hanyalah tanah liat. Peliknya, semasa dia hendak menuntut semula wangnya pekerja tesco di Whistable, Kent mengesyaki dia cuba menipu mereka dan melaporkan  kepada polis. Colin ditahan di lokap  selama 3 jam untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 14 februari 2013 dan setelah siasatan selesai dia tidak dikenakan sebarang tindakan susulan kerana setelah nombor pendaftaran ipad yang didaftarkan atas namanya itu dikesan, ipad itu rupa-rupanya didaftarkan di selatan wales, 200 batu dari tempat dia membelinya...dia mendapat semula wangnya dan dia tidak berhasrat untuk menipu kerana dia mampu memiliki rumah sendiri dan sudah 22 tahun mengusahakan perniagaan bakeri.

 



Tuesday 12 November 2013

Belanja Kahwin Hanya 758 Pound Sterling

 

Di negara kafir ini #sarcasm pasangan Mark Davidson dan Lisa Davidson hanya membelanjakan sebanyak 758 Pound sterling untuk majlis perkahwinan mereka. Majlis yang ringkas itu dihadiri 200 jemputan, yang menarik mengenai kos majlis mereka ini ialah
  • kos hanya 3.79 pound untuk 1 kepala
  • 300 pound dibelanjakan untuk membeli bunga ros putih palsu dari ebay, sejambak untuk dirinya, anak perempuannya, 5 untuk pengapit pengantin perempuan dan 6 untuk flower girls di majlisnya itu. 
  • untuk gaun perkahwinan, dia meminjam gaun yang dimiliki anak tirinya
  • gambar majlis perkahwinan mereka itu diambil oleh sepupu nya tanpa sebarang bayaran
  • kawan mereka meminjamkan karavan kepada pasangan itu untuk berbulan madu 
  • sewa gereja hanya 100 pound dan tiada bayaran dikenakan kepada juru nikah @ paderi
  • makanan untuk majlis itu dibeli oleh mereka dari pasaraya ICELAND dan untuk majis itu saja mereka membeli beraneka jenis kek cawan dari pasaraya itu yang hanya menelan belanja sebanyak 350 pound sterling

     
    Di Malaysia, negara dunia ke3 dan islamik pada namanya  .... tak ada 10 ribu jangan harap kau dapat kahwin. Membujang la kau sampai ke tua.
     

Nicky Blair Anak Tony Blair Yang Jadi Ejen Pemain Bola Sepak



Nicky Blair ini adalah anak kepada bekas perdana menteri Britain, Tony Blair. Dia terlibat dalam penjualan pemain Mexico, Hector Herrera yang menyertai Porto FC dan mencatat rekod pemain Mexico termahal dalam sejarah dengan harga perpindahan 6.7 juta pound, dari perpindahan itu dia sebagai orang tengah mendapat komisen 10% . Sementara itu di Malaysia, seorang anak menteri suruh rakyat biasa bekerja keras untuk hidup mewah macam dia, padahal itu duit rakyat yang membayar cukai tapi disalah guna oleh dia dan bapak dia.

Hector Herrera