Friday, 15 November 2013
Bapa Yang Dimasukkan Ke Lokap Kerana Kotak Ipad Berisi Tanah Liat
Colin Marsh 45 tahun, memulangkan 1 kotak ipad yang berisi tanah liat dan mahukan wang nya semula. Dia membeli ipad berharga 470 pound sterling itu sebelum krismas tahun lepas untuk dijadikan hadiah kepada anaknya tetapi mengejutkan kerana tiada ipad yang ada hanyalah tanah liat. Peliknya, semasa dia hendak menuntut semula wangnya pekerja tesco di Whistable, Kent mengesyaki dia cuba menipu mereka dan melaporkan kepada polis. Colin ditahan di lokap selama 3 jam untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 14 februari 2013 dan setelah siasatan selesai dia tidak dikenakan sebarang tindakan susulan kerana setelah nombor pendaftaran ipad yang didaftarkan atas namanya itu dikesan, ipad itu rupa-rupanya didaftarkan di selatan wales, 200 batu dari tempat dia membelinya...dia mendapat semula wangnya dan dia tidak berhasrat untuk menipu kerana dia mampu memiliki rumah sendiri dan sudah 22 tahun mengusahakan perniagaan bakeri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment