Saturday 24 December 2016

Rehat Musim Sejuk Dan Kesannya Pada Bolasepak Inggeris

Dikala liga-liga eropah lain menikmati cuti musim dingin, lain pula jadinya dengan liga Inggeris. Di waktu minggu terakhir bulan disember inilah mereka berhempas pulas ke tahap maksimum. Sebagai contoh, 26 disember setiap tahun akan diadakan perlawanan boxing day iaitu hari dimana nasib-nasib pasukan ini pada hujung musin kelak ditentukan oleh keputusan perlawanan/kedudukan liga mereka pada hari itu.

Bayangkan jika Boxing Day ini jatuh pada hari selasa/rabu, pasti pemain-pemain ini akan mengalami kelesuan dan tak cukup masa untuk rehat dan memulihkan badan mereka selepas aksi hujung minggu. Pihak luar juga ada menyatakan jadual padat semasa winter break ini lah punca mengapa kelab-kelab Inggeris dilanda isu kecederaan serius mulai bulan 2-3 dan paling kritikal pada bulan 4-5 dimana peratusannya lebih tinggi dimana waktu kritikal yang dialami setiap kelab yang berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kedudukan terbaik, menjamin slot ke kejohanan eropah musim berikutnya dan kekal dalam liga.


Thursday 22 December 2016

Dari Jalanan Ke Bintang Sukan

Mereka ini semasa kanak-kanak tidak bernasib baik dimana mereka terlibat dengan masalah keluarga, kemiskinan, hilang ahli keluarga dan peperangan. Mujurlah dengan tekad dan semangat yang kental mereka berusaha keras untuk menjadi pemain bolasepak profesional dan menjalani kehidupan lebih baik.


Monday 19 December 2016

Bagaimana Australia Dan Austria Mendapat Nama ??

Mujurlah kami sejak kecil didik dengan asas geografi, jadi kami lebih tahu dengan tepat kedudukan Austria di benua Eropah dan Australia di hemisfera selatan. Nama 2 negara ini bunyi nya seakan sama, tahukah anda bahawa 2 negara ini langsung tiada kaitan antara satu sama lain ??


Saturday 17 December 2016

CIA Dan FBI : Apa Perbezaannya ?

Kanak-kanak dulu siri TV Alias lakonan Jennifer Garner sering dimainkan di TV. Kami sering keliru kerana FBI,CIA dan juga agensi-agensi perisikan lain sering disebut dalam dialog. Jadi disini diterangkan apa peranan FBI dan CIA.


Wednesday 14 December 2016

Penipuan Yang Memeranjatkan Dalam Bolasepak

Selain menipu tentang umur sebenar mereka, pemain bolasepak ini juga terkenal dengan reputasi mereka menggunakan identiti orang lain untuk menyamar dan menipu rekod pencapaian sebenar mereka. Siapa sangka kelab-kelab yang tertipu untuk menandatangani mereka ini juga bukan kelab sebarangan.

Rene Higuita terkenal kerana aksi el scorpio nya yang menyelamatkan percubaan jarak jauh Jamie Redknapp, tetapi tak ramai tahu itu bukan nya aksi spontan kerana sebenarnya Redknapp telah pun offside dan jika gerak badan El Scorpio Higuita itu gagal menyelamatkan sepakan Redknapp itu, bola itu tidak dikira gol.


Sunday 11 December 2016

Inflasi Dalam Bolasepak

Disini diterangkan mengapa yuran perpindahan Pogba dianggap tidak masuk akal, jumlah 89 juta pound itu jauh mengatasi yuran 46 juta pound yang dibayar Real Madrid kepada Juventus pada 2001 untuk mendapatkan Zinedine Zidane, antara pemain tengah terbaik dunia era itu. Juga lebih tinggi dari apa yang dibayar Real kepada Spurs dan Man Utd semasa menandatangani Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo.

Ramai yang tidak puas hati mengapa Pogba dinilai sebegitu tinggi, jika dia dinilai sebegitu besar berapa pula nilai Cristiano Ronaldo, Lionel Messi ?? pasti nilai mereka jauh lebih besar.


Thursday 8 December 2016

Pemilik Yang Menaikkan Reputasi Kelab Bolasepak Mereka

Jika dalam video sebelum ini kami ada berkongsi video pemilik yang menjahanamkan kelab bolasepak, kini kami berkongsi pula video pemilik-pemilik kelab bolasepak yang telah menaikkan profail kelab.


Apa Jadi Jika David Beckham Tidak Berhijrah Ke Amerika ??

David Beckham begitu dikenali di seluruh dunia kecuali Amerika Utara ( Kanada & Amerika Syarikat ) kerana sukan bolasepak tidak begitu berpengaruh di benua itu. Tetapi siapa sangka sebenarnya penghijrahan Beckham ke LA Galaxy 7 tahun dulu sebenarnya membawa satu pengaruh dan perubahan baru terhadap sistem bolasepak di Amerika itu. 

David Beckham kesana bukanlah untuk mempromosi sukan bolasepak atau menghidupkan kariernya yang sudah ke penghujung, tak lebih sekadar menaikkan namanya dalam arena komersialisme dan meningkatkan kekayaan peribadinya. Dia kemudian berhijrah ke AC Milan secara pinjaman di kala MLS sedang bercuti dan menamatkan perjalanannya di PSG, sebuah kota romantik sesuai untuk isterinya, Victoria meluaskan pengaruh dalam dunia fesyen dan PSG ketika itu pula baru saja mendapat pelaburan besar dari jutawan Arab.


Wednesday 7 December 2016

Persamaan Sukan Bolasepak Dan Minyak Wangi

Siapa sangka variasi minyak wangi terkemuka ini boleh dikaitkan dengan pasukan bolasepak, lucu apabila melihat ada persamaan secara tidak langsung ini. '


Thursday 24 November 2016

Kenali Pemilik Kelab Bolasepak Yang Dibenci Penyokong

Di Malaysia, kita ada Tok Vida yang begitu annoying dan cuba memporak perandakan bolasepak Kelantan dengan kelainan yang cuba ditampilkannya. Di Eropah pula lebih teruk, lagi mengejutkan rata-rata pemilik-pemilik yang tersenarai ini berasal dari Itali ! bilamana penyokong bolasepak moden sering melabelkan pemilik-pemilik dari Asia ini tidak menghormati tradisi kelab-kelab mereka.


Bagaimana Arsene Wenger Mengadun Bolasepak Perancis Dengan Akar Umbi Inggeris

Bulan Oktober lalu, genap 20 tahun Arsene Wenger berbakti di Arsenal. Dari zaman Highbury hinggalah ke era Emirates Stadium. Banyak perubahan yang kita dapat lihat sepanjang tempoh itu, dari zaman Arsenal merevolusikan bolasepak Inggeris dengan membawa masuk pemain-pemain Perancis hinggalah ke zaman dimana Wenger membina pasukan berteraskan bakat-bakat muda dari sistem akademi dan kini dia tampil dengan ideologi baru iaitu membeli pemain-pemain muda yang matang dan mengandingkan mereka dengan pemain-pemain yang sudah menempa nama. 


Wednesday 23 November 2016

Kesan Cecair Nitrogen Pada Kulit Manusia

Cecair Nitrogen menjadi kegilaan pada masa kini kerana fungsinya yang mampu merubah struktur sesuatu makanan/benda lain menjadi lain. Contohnya, siapa sangka ianya mampu merubah struktur rasa kekacang seperti rasa aiskrim ?? ia juga mampu merosakkan sayur-sayuran yang direndam didalamnya tanpa merubah rupa fizikal sayur-sayuran itu tetapi merubah tekstur sayur itu hingga menjadi rapuh?


Bagaimana Jenama Besar Memasarkan Produk Mereka Di Rak Pameran Pasarraya

Teknik ini dinamakan ' Slotting Fees ' dimana pihak pengilang perlu membayar sejumlah wang kepada pengedar seperti pasaraya yang memiliki rangkaian menyeluruh di serata dunia,negara. Slotting Fees ini dianggap sebagai imbuhan untuk memastikan jenama-jenama mereka kekal utuh di rak pameran dan menjadi pilihan utama bakal pembeli yang memasuki seksyen itu.

Pihak pengilang juga diberi hak ekslusif untuk menetapkan bagaimana gaya pameran mereka itu, jenama produk mana ingin dipamerkan dan bagaimana susunan produk itu di rak jualan. Hak itu bukan terhad untuk rak jualan barang kering/bungkusan saja, ia juga untuk jenama-jenama mereka pada ruang sejuk beku/frozen seperti aiskrim, produk tenusu dan minuman.

Jadi sekarang kita faham bukan kenapa jenama-jenama gergasi ini sering mendominasi ?? Tetapi ada rangkaian pasarraya terkemuka yang menafikan dakwaan itu. Mendakwa mereka menggunakan cara lain.


Saturday 19 November 2016

Bintang Siri TV Yang Mati Di Kemuncak Karier Mereka

Di layar emas, Paul Walker dan Heath Ledger adalah antara pelakon-pelakon yang mengecapi kejayaan walaupun mereka telah pergi sewaktu pembikinan/selepas pembikinan filem mereka. Pemergian mereka amat ditangisi kerana impak watak-watak mereka dalam filem itu seperti bond yang rapat antara Brian O'connor dengan Dom Toretto dan Joker dalam Dark Knight.

Bagaimana pula dengan mereka yang pergi menemui ilahi sewaktu drama, siri tv lakonan mereka masih ditayangkan di kaca tv rumah anda ??


Friday 18 November 2016

Kerjaya Baru Bekas Bintang Bolasepak

Ramai dari mereka ini memulakan kehidupan normal tanpa perhatian media selepas kerjaya bolasepak mereka tamat. Ada yang memilih untuk kekal dalam arena ini seperti menceburi bidang kejurulatihan dan pengulas sukan.

Bagaimana pula dengan mereka yang memilih kerjaya lain ? hairan kenapa Vinnie Jones tidak tersenarai.


Thursday 17 November 2016

Combat Zone Wrestling - Aksi Gusti Ganas Lagi Real

WWE dan TNA kini tidak lagi mempamerkan aksi-aksi ganas dan brutal seperti era Attitude dahulu. ECW yang terkenal sebagai gusti extreme juga sudah tidak wujud lagi dan bertambah hambar apabila dibeli oleh WWE. 

Kini Combat Zone Wrestling, sebuah promosi gusti indiependent yang benar-benar ganas telah mendapat tempat dikalangan peminat gusti yang dahagakan aksi ganas dan tanpa tapisan. Promosi ini masih membenarkan penggunaan geraka-gerakan yang sudah diharamkan oleh WWE seperti piledriver. Lagi ngeri adalah segala jenis peralatan-peralatan yang digunakan oleh promosi ini sama seperti yang dijual di kedai-kedai hardware !! bayangkan betapa pedihnya apabila dipukul menggunakan peralatan ini. 


Eksport Terbaik Bolasepak Amerika Syarikat

Amerika Syarikat adalah negara dimana sukan soccer tidak begitu dominan, berbeza jika hendak dibandingkan dengan situasi di benua-benua lain dimana sukan bolasepak ini berpengaruh besar.

Tetapi mereka juga tidak kurang hebatnya apabila sering layak ke Piala Dunia, menduduki ranking yang agak baik dan berjaya menghasilkan bintang-bintang bolasepak yang menyinar di Eropah.


Apa Jadi Jika Raul Tidak Bermain Untuk Real Madrid ??

Raul Gonzales Blanco adalah striker yang menjadi idola kami di dekad 2000an dan juga antara penyerang terhebat Sepanyol dan Real Madrid, lama dahulu sebelum Madrid membeli Ronaldo Brazil dan Cristiano Ronaldo.

Tetapi apa akan jadi pada beliau jika tidak bermain untuk los galacticos ? Beliau asalnya bermain untuk akademi Atletico Madrid dan apabila akademi itu ditutup, beliau berpindah ke akademi Real dan menjadi lagenda disana.




Tuesday 15 November 2016

Bagaimana Lebuhraya, Jalan Raya Dibezakan ?

Di Amerika, ada pengkelasan tentang jenis-jenis jalan yang membuatkan kita keliru. Disini dijelaskan mengapa ia dipanggil sebegitu rupa. 


Destinasi Paling Berbahaya Untuk Didiami

Dengan kemudahan asas yang teruk, kadar ekonomi yang tidak membangun, penjagaan kesihatan paling teruk di dunia, negara-negara ini pasti membuatkan kita rasa cukup gerun untuk didiami.


Apa Sudah Jadi Dengan Bam Margera ??

Bam Margera adalah skater kegemaran kami, aksi gila-gila beliau dalam prank jackass juga cukup membuatkan kami terhibur. Tetapi sejak kematian rakan karib beliau, Ryan Dunn pada 2011 beliau mula hilang arah.

Sering terbabit dengan pergaduhan dan dibebani masalah ketagihan alkohol menyebabkan beliau hilang punca. Tahun lepas ibu beliau membawa beliau menjalani terapi untuk mengubati masalah ketagihan dan cuba pulih dari kesedihan atas pemergian Ryann Dunn.


Saturday 5 November 2016

New York Cosmos : Kelab Terunggul Dalam Sejarah Bolasepak Di Amerika

New York Cosmos terkenal pada era lewat 70 an dan awal 80an atas usaha mereka yang cuba membawa masuk sukan bolasepak profesional ke Amerika Syarikat. Mereka menandatangani Pele,Franz Beckenbauer - 2 nama yang gah dalam sukan bolasepak. Mereka mendominasi NASL - North America Soccer League pada era itu. Berjuta-juta dollar telah dilaburkan atas usaha untuk memastikan reputasi NASL ini berdiri sama taraf dengan NHL. NFL, MLB dan NBA.

 Pada awalnya mereka berjaya dari segi komersialisme seperti kedatangan ke stadium yang menggalakkan. Tetapi semua seperti menuju ke zaman gelap apabila Pele bersara. Menjelang pertengahan 80an, kelab ini ditutup atas faktor kerugian kerana pelaburan yang tidak menguntungkan disebabkan kelab-kelab lain masih lagi beroperasi sebagai kelab sukan semi pro, bukan bersifat komersial seperti mereka. Tambahan pula Beckenbauer dan Pele sudah berada di penamat karier mereka, dimana mereka beraksi di luar kemampuan. Berbeza pula dengan Giorgio Chinaglia yang menonjol dan menyerlah di NASL.

2010, kelab ini dihidupkan semula. Kali ini oleh pengurusan yang berbeza. Mereka memilih untuk bermula dari bawah seperti beraksi di NASL yang kini diletakkan sebagai liga kedua dalam piramid sepakbola di Amerika dibelakang Major League Soccer. New York Cosmos perlu membangunkan semula kelab mereka seperti mana pemegang-pemegang lesen francais di dalam MLS seperti perlu ada sistem akademi, penyokong, penajaan mereka sendiri.


Friday 4 November 2016

Pelakon-pelakon Family Matters Pada Hari Ini

Family Matters ini kami sering tonton syndication nya di ntv7 pada awal 2000 an dulu setiap sabtu. Kami sudah tentu menyukai watak Steve Urkell lakonan Jaleel White yang memandu kereta pelik. 


Universiti Yang Manakah Terbaik Di Dunia ??

Ivy League ialah kumpulan universiti-universiti di timur laut Amerika Syarikat yang sering mendominasi carta-carta universiti terbaik di dunia. Selain itu mereka turut menerima saingan hebat dari universiti di United Kingdom.


Wednesday 2 November 2016

Jenis-jenis Fobia Yang Menghantui Atlet Sukan

Kami juga akui, kami ada kelemahan tersendiri seperti fobia apabila melihat tikus besar & berlari lari di depan kami. Bagaimana pula dengan atlet-atlet sukan ini ? pasti anda tergelak atau kasihan melihat fobia yang dialami oleh mereka ini. 


Bintang Bolasepak Yang Menerima Gaji Tak Sepadan Dengan Prestasi

Siapa dia Grazziano Pelle ? Dia hanya bermain di kejohanan besar Euro 2016 mewakili Itali. Adakah dia penyerang prolifik di England setanding Aguero,Costa ?? tidak. Tetapi mengapa Shandong Luneng sanggup membayar mahal untuknya ?

Mengapa Steven Gerrard dibayar mahal sedangkan dia tidak memberi impak di Major League Soccer ? Sebastian Giovinco & Bradley Wright Philip lebih menonjol. Mengapa pula Monaco mengambil risiko membayar Radamel Falcao ? dia gagal mengembalikan prestasi terbaiknya selepas pulih dari kecederaan ACL. Pinjaman ke Man Utd, Chelsea tak lebih dari berlatih dan main bola hanya untuk cukupkan waktu kerja seharian.

Rooney pula tanpa berfikir panjang menandatangani kontrak baru di era Moyes. Tanpa dia sedari tindakannya itu membawa padah kepada kariernya hari ini dimana selepas itu Man Utd bertukar pengurus 3 kali dan tiada kelab berani membeli Rooney kerana gajinya yang tidak masuk akal, sama seperti prestasinya sejak 3 tahun lalu.

Yaya Toure ? Man City seakan-akan mencari nahas apabila membawa masuk Pep Guardiola. Jurulatih yang sama menjual Yaya ke City 6 tahun lalu. Sejak itu Yaya mengukuhkan pengaruhnya sebagai jeneral di tengah padang untuk city. Tetapi kehadiran Pep menyebabkan Yaya memanaskan bangku simpanan.








Fakta Menarik Antoine Griezmann

Antoine Griezmann ( disebut : Antouwan kerana dia orang Perancis ) adalah penyerang sensasi   dari Perancis. Penyerang Atletico Madrid ini mempamerkan aksi cemerlang dalam kempen Euro 2016 yang lalu. Disini fakta-fakta yang mungkin anda tidak pernah tahu tentang beliau.


Beza Skim Piramid Dan Skim Ponzi

Kedua-duanya adalah skim cepat kaya, bezanya cara ia dijalankan. Skim Ponzi dijalankan dengan cara si A mengambil wang pelaburan dari si B untuk dijadikan sebagai pulangan pelaburan kepada si C. Begitu juga cara yang sama dilakukan oleh si A apabila dia menerima wang pelaburan dari si C kelak.

Skim Piramid pula apabila Jijan Siamang, mempelawa sejumlah bakal pelabur untuk melabur, kemudian dia pula mengarahkan mereka mencari downline supaya network/organisasi mereka semakin besar.


Tuesday 1 November 2016

RIP Silvio Gazzaniga - Pengukir Trofi Piala Dunia

Silvio meninggal selepas beliau tidak bangun dari tidur di rumahnya, semalam. Berasal dari Itali, beliau dikenali kerana rekaan Piala Dunia Fifa yang diukir olehnya sejak edisi 1974, trofi ukiran beliau itu terlebih dahulu dipilih sebagai pemenang diantara 53  ukiran yang lain pada 1971.

Beliau turut mengukir trofi-trofi lain yang tidak kurang prestijnya seperti trofi Europa League/UEFA Cup, UEFA Super Cup, Selain itu karya ukiran beliau turut menjadi pilihan untuk kejohanan sukan bertaraf dunia yang lain seperti Piala Dunia Bobsleigh, Besbol dan Bola Tampar.


Saturday 29 October 2016

Individu Yang Membentuk Bolasepak Dunia

Siapa sangka nama-nama mereka ini terpahat dalam sejarah sukan bolasepak sebagai individu yang mencetuskan idea-idea baru lantas direalisasikan dan dijadikan tunjang kepada sukan bolasepak moden ??

Jika mereka tidak mencetuskannya atau menjadi pioneer, pasti sukan bolasepak yang kita kenal harini sedikit berbeza.


Friday 28 October 2016

Info Mengenai Black Panther

Kumpulan Black Panther adalah gerakan aktivis anak muda kulit hitam yang radikal di era 60 an dan 70 an. Mereka ini lantang menyuarakan ketidakpuasan hati tentang diskriminasi terhadap golongan kulit hitam yang sering menjadi mangsa keganasan pihak Polis. Kumpulan ini juga aktif bergiat dalam kebajikan sosial.


Monday 24 October 2016

Bintang Football Manager Dan Kisah Mereka Di Dunia Nyata

Cherno Samba dan Freddie Adu adalah bintang yang dikesan bakat mereka menerusi permainan Football Manager, potensi mereka dikesan melalui rekod mengagumkan mereka seperti menjaringkan sejumlah gol yang banyak dalam satu musim.

Tetapi lain pula yang berlaku di dunia nyata, mereka gagal menepati ramalan penggemar tegar game ini kerana kehadiran bakat-bakat baru yang sebenarnya jauh lebih baik dan kompetitif. Lebih malang lagi mereka tidak berpeluang beraksi di kejohanan utama, liga-liga terbaik dunia dan tidak beraksi bersama kelab-kelab elit.


Thursday 20 October 2016

Senarai Pembelian Termahal Pep Guardiola

Pep Guardiola amat disanjung kerana genius taktikalnya yang membawa kejayaan mutlak kepada Barcelona dan Bayern Munich. Tetapi bagaimana pula dengan pembelian pemain ? Pep tidak takut untuk berbelanja mahal tetapi pulangan yang diterima hasil pembelian itu seakan-akan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan pada tag harga perpindahan pemain.

Semasa di Barcelona, Pep sentiasa menjadikan Carles Puyol - Gerrard Pique - Xavi Hernandez - Andres Iniesta - Lionel Messi sebagai pemain tunjang utama pasukannya. Hanya Pique yang dibeli dari Man Utd itu pun pada harga kurang dari 10 juta. Selebihnya mereka yang dibawa masuk dari sistem akademi La Masia.

Di Munich pula, Pep masih lagi bergantung harap pada pemain sedia ada seperti Philip Lahm, Manuel Neuer, Arjen Robben, Frank Ribery, Tomas Mueller - mereka ini pemain-pemain yang dibawa masuk oleh pengurus terdahulu. Bagaimana pula dengan pemain-pemain yang dibeli oleh Pep pula ?? Lewandowski dan Alonso dibeli pada harga paling murah, secara percuma dari Dortmund dan 4 juta dari Madrid, mereka ini membuktikan kualiti mereka di atas padang jauh lebih bernilai dari harga perpindahan mereka.


Negara Amerika Latin Terbaik Untuk Didiami

Negara-negara Amerika Latin unik pada pandangan kami. Negara-negara di benua itu terkenal dengan sukan bolasepak yang menjadi sebahagian dari identiti mereka terutamanya Brazil dan Argentina.

Begitu juga dengan hiburan, Shakira,Pitbull,Ricky Martin adalah bintang pop,hip hop yang datang dari industri muzik Amerika Latin. Itu tidak termasuk lagi telenovela mereka yang disiarkan ke seluruh dunia dan dialih bahasa.

Tetapi sedikit merisaukan kami untuk kesana adalah disebabkan kartel dadah yang berleluasa membunuh sesiapa saja tanpa belas kasihan. Tetapi masih ada lagi destinasi yang selamat untuk didiami.


Friday 14 October 2016

Keputusan Terburuk Dalam Sejarah Pengadilan Bolasepak

Dalam bolasepak moden kita pastinya tidak dapat melupakan rembatan Frank Lampard pada Piala Dunia 2010 yang sudah jelas melepasi garisan gol tetapi tidak disahkan. Begitu juga sewaktu Arsenal bertemu Chelsea pada 2013/14 dimana  Alex Oxlade Chamberlain yang sebenarnya menghalang bola menggunakan tangan tetapi sebaliknya Kieran Gibbs dibuang padang.


Filem-filem Yang Menjatuhkan Reputasi Bintang Hollywood

Bayangkan, mereka ini sudah berlakon banyak filem sebelum nya tetapi disebabkan filem yang satu ini gagal dan mendapar kritikan teruk, reputasi mereka jatuh dan gagal mengembalikan reputasi mereka seperti sebelum itu.


Wednesday 12 October 2016

Babak Yang Kelihatan Real Tapi Sebenarnya CGI

Teknologi CGI kini semakin canggih dimana penonton tidak mampu membezakan yang mana kah gambaran asal yang mana pula dibuat menggunakan CGI. Jika dahulu CGI biasanya hadir dalam bentuk gambaran kartun/animasi yang mana kita mampu tersenyum sinis jika ianya tidak menarik.

Tetapi kini CGI hampir berjaya menipu pandangan mata manusia dimana gambaran atau ilusi yang ditampilkan seakan-akan gambaran sebenar padahal ianya adalah imej grafik janaan komputer. 


Tuesday 11 October 2016

Fakta Tentang Amish

Amish adalah puak minoriti di Lancaster, Pensylvania, Amerika Syarikat. Mereka mengamalkan gaya hidup konservatif seperti menunggang kuda sebagai alat pengangkutan, memakai pakaian tradisi Amish setiap hari, tidak menggunakan alat-alat teknologi semasa.

Amish Mafia adalah salah satu program yang mendekatkan kami dengan Amish, malangnya program itu sebenarnya fiksyen bukan realiti.


Monday 10 October 2016

Ketagihan Buruk Bina Badan

Kami bukanlah penggemar badan yang berotot dan sasa, pada kami cukuplah mempunyai flat chest dan sedikit garis abs kerana keutamaan kami ialah memiliki badan yang sihat dan tahan lama apabila melakukan aktiviti sukan.

Kesan ketagihan kepada badan yang sasa dan berotot juga boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan. Disini kami kemukakan bukti.


Tuesday 4 October 2016

Gambar Palsu Yang Diviralkan

Di era Milennium ini, dimana maklumat boleh didapati dihujung jari masih ada lagi manusia-manusia yang mudah tertipu dengan memviralkan gambar-gambar yang kononnya benar dan disertakan dengan cerita-cerita palsu. Lagi menyedihkan, apabila ada pihak yang menggangap penipuan ini sebagai kebenaran walaupun cerita sebenar disebaliknya sudah didedahkan. 


Siapa Disebalik Pineapple Pen ?

Video PPAP iaitu singkatan kepada Pen Pineapple Apple Pen menjadi viral di media sosial seperti twitter kerana netizen tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh lelaki di dalam video itu.

Rupa-rupanya, individu itu ialah karakter ciptaan DJ Kosaka Daimao, dan watak ciptaannya itu dinamakan Piko Taro.


Monday 3 October 2016

10 Perkara Dimana UK Lebih Baik Dari Amerika

Pada pendapat peribadi kami, Amerika Syarikat ialah tempat idaman kami. Atau lebih spesifik lagi di negeri-negeri berdekatan pantai seperti California dan Miami, dimana kami mengimpikan menetap di tepi pantai dan meluncur ombak. Tak perlu bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca 4 musim seperti di UK.

UK walaupun kecil tetapi ia mampu memberi persaingan kepada Amerika Syarikat dari pelbagai segi. Contohnya industri muzik, filem dan pendidikan. Dimana UK sentiasa menjadi pencabar terdekat Amerika.





Pemandangan Israel Dari Udara

Impian kami ialah berkunjung ke Israel satu hari nanti, tetapi disebabkan paspot kami yang menghalang perjalanan kami kesana. Jadi hanya video dari youtube ini sahajalah yang mampu kami jadikan tatapan.


Cara Membeli Kerakyatan Negara Luar

Jika semalam kami kongsikan video negara yang sukar dan rumit untuk memohon kerakyatan. Kali ini kami berkongsi pula video negara-negara yang menjual kerakyatan secara permohonan. Untuk mendapat kerakyatan negara-negara ini anda perlu melaburkan sejumlah wang tunai seperti membuka perniagaan di negara itu, cara lain pula anda boleh membeli passport negara itu. Tetapi tempoh permohonan itu biasanya setahun atau lebih.


Sunday 2 October 2016

Individu Berpengaruh Dalam Arena Bolasepak

Dalam kesemua individu yang tersenarai ini. hanya Karl Heinz Ruminegge yang pernah bermain bolasepak profesional. Manakala selebihnya adalah mereka yang terlibat dalam industri sukan ini tidak memiliki sebarang latar belakang bolasepak.

Mereka ini berpengaruh bukan kerana kejayaan mereka sebagai pemain atau pengurus tetapi kehebatan mereka dalam mengurus dan mentadbir pasukan sebagai sebuah entiti kapitalis yang menjana pulangan sehingga jutaan dan bilionan setiap tahun. Mereka juga berperanan merubah imej kelab yang mereka naungi dan membawa nama-nama besar masuk ke kelab.

Mereka juga berjaya membawa industri sukan ini ke satu tahap lebih tinggi dan menjadikan sukan ini semakin mendapat liputan luas ke seluruh dunia.


Negara-Negara Yang Mengenakan Undang-undang Ketat Dalam Memohon Status Kewarganegaraan

Jika ramai dari kita merasakan Amerika Syarikat begitu ketat dan mengenakan berbagai syarat dalam permohonan menjadi warganegara, ada yang lebih dahsyat dari itu. Video di bawah ini penerangan tentangnya.




Kempen Peperangan Aneh Dalam Sejarah

Jika perang Zanzibar sudah mampu membuat kita ketawa kerana hanya mampu bertahan 38 minit sahaja, bagaimana pula dengan peperangan dalam video dibawah ?

Siapa sangka kerajaan Australia pernah melancarkan perang keatas Burung Emu kerana populasinya yang tidak terkawal.

Tidak cukup dengan itu peperangan merebut tahi burung juga pernah tercetus diantara 3 negara Amerika Latin.

Tonton video di bawah untuk info lebih lanjut.





Friday 30 September 2016

Komuniti Afrika Di India Ditindas

Walaupun mempunyai warna kulit yang sama seperti lazimnya warga India yang lain, komuniti Afrika disana ditindas dan tidak mendapat layanan sama rata. Walaupun mereka telah berasimilasi dengan budaya tempatan.

Komuiti Afrika di India sudah wujud sejak ratusan tahun lagi kerana mereka dibawa masuk oleh penjajah British sebagai pekerja,pengawal peribadi.


Tuesday 27 September 2016

Ada Apa Di Belakang Rumah ?

Kami menetap di rumah apartment sungguh menyedihkan kami tidak mempunyai backyard atau laman belakang untuk bermain atau bersantai. Tetapi siapa sangka di belakang rumah menyimpans seribu satu rahsia ?? nak tahu ? tonton video di bawah.


Perbandingan Ronaldo Brazil Dan Ronaldo Portugis

Sering menjadi perdebatan antara peminat bolasepak moden, Ronaldo yang manakah lebih hebat Ronaldo Luiz Nazario De Lima atau Cristiano Ronaldo ?? kedua-dua pemain ini diiktiraf pemain terbaik dunia. Bezanya, di peringkat antarabangsa Ronaldo Brazil lebih menyerlah apabila memenangi Piala Dunia. Cristiano Ronaldo pula lebih berjaya di peringkat kelab apabila memenangi 3 Uefa Champions League.


Melawat Ke Petempatan Israel Di Tebing Barat

Sungguh cantik pemandangan penempatan warga Israel di Tebing Barat, zon konflik yang sering menjadi perhatian media. Dimana pro Palestin sering bertempur dengan tentera Israel. Siapa sangka disebalik zon yang penuh krisis itu, warga Israel boleh menikmati kehidupan yang selesa, dimana mereka mendiami rumah yang lebih besar, suasana yang aman dan tenang serta sesuai untuk kehidupan berkeluarga.


Sunday 25 September 2016

Bintang Bolasepak Yang Merosakkan Reputasi Mereka

Mereka ini mempunyai pengaruh dan prestij di kalangan penyokong kelab mereka berkhidmat. Tetapi siapa sangka mereka sanggup mengkhianati kepercayaan penyokong kelab itu. Disusuli juga dengan keputusan-keputusan buruk dalam karier mereka yang menjurus kepada kejatuhan nama baik mereka.


Pelabuhan Hamba Di Bunce Island, Sierra Leone

Pada abad ke 18 & 19 semasa dibawah jajahan British, Sierra Leone adalah hab perhambaan dimana para hamba kulit hitam terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak dikumpulkan sebelum dijual dan dihantar ke negara  seperti Amerika Syarikat.

Apabila amalan perhambaan dimansuhkan oleh British, aktiviti di pelabuhan ini terhenti dan terbiar begitu sahaja.


Monday 19 September 2016

Aiskrim Mountain Dew

Kami biasa minum slurpee iaitu air berkarbonat yang disejuk beku dan dicairkan, perisa Mountain Dew pastinya kegemaran kami. Tetapi bagaimana pula dengan Mountain Dew dijadikan ais krim ?? bolehkah anda imajin rasa dan teksturnya ?


Disebalik Nama Glamour Selebriti Hollywood

Kita pastinya tidak tahu, blur dan tidak terlintas pun difikiran itu adalah mereka apabila mendengar nama sebenar para selebriti ini. Tetapi apabila disebut nama glemer mereka pastinya kita dengan pantas akan teringat pada mereka ini. 

Pasti kita ingin tahu bukan kenapa mereka menggunakan nama itu?




Trivia 21 Pilots

Kumpulan Rock/hip hip alternatif 21 Pilots / Tweny One Pilots mendapat perhatian di arena mainstream menerusi lagu-lagu mereka, Stressed Out dan Heathen.

Terdiri dari dua orang ahli, Taylor Joseph dan Josh Dunn, kumpulan duo dari Columbus, Ohio ini ditubuhkan pada 2009. Disini ditampilkan info-info menarik kumpulan ini.




Latin : Bahasa Yang Hilang Ditelan Zaman

Latin adalah bahasa utama empayar Rom. Bahasa ini kemudiannya diadaptasi dan berkembang menjadi bahasa Perancis, Romania, Itali, Portugis dan Sepanyol.

Atas sebab ini jugalah mengapa Amerika Selatan disebut sebagai Amerika Latin kerana menggunakan asas bahasa Latin iaitu Portugis ( Brazil ), Sepanyol (Majoriti) dan Perancis ( negara-negara kecil )


Harta Karun Dasar Laut

Siapa sangka di dasar laut juga terdapat artifak zaman purba yang bernilai ?? lagi unik apabila ada diantara artifak ini masih menimbulkan tanda tanya bagaimana ia berfungsi pada zamannya dan menjadi bahan kajian saintis dan ahli sejarah.

Paling unik tentunya penemuan Apollo 11 iaitu enjin yang menghantar Neil Armstrong ke bulan. 

 https://www.youtube.com/watch?v=KxwEJWg14Lk

Harta Karun Dasar Laut

Siapa sangka di dasar laut juga terdapat artifak zaman purba yang bernilai ?? lagi unik apabila ada diantara artifak ini masih menimbulkan tanda tanya bagaimana ia berfungsi pada zamannya dan menjadi bahan kajian saintis dan ahli sejarah.

Paling unik tentunya penemuan Apollo 11 iaitu enjin yang menghantar Neil Armstrong ke bulan. 

 https://www.youtube.com/watch?v=KxwEJWg14Lk

Saturday 17 September 2016

Bintang Bolasepak Yang Bersara Di Kemuncak Karier

Ramai bintang bolasepak bersara bila mana mereka hanya ditawarkan kontrak jangka pendek disebabkan kecederaan lampau yang menghantui prestasi mereka, kejatuhan prestasi, gagal kembali ke prestasi terbaik mereka dan bila mereka sudah tidak relevan lagi dengan arus bolasepak semasa.

Bagaimana pula dengan pemain yang bersara dengan kejayaan gemilang dikemuncak karier mereka ? tonton video dibawah.


Saturday 10 September 2016

Stadium Anfield Kini Berwajah Baru

Setelah memakan masa selama 614 hari untuk dibina. Akhirnya main stand stadium milik pasukan Liverpool FC ini siap dibina. Perlawanan bertemu Leicester City malam nanti akan menjadi majlis perasmian Anfiel yang baru ini.

Anfield Lama 
 





Pemain Bolasepak Yang Hebat Menggunakan Kedua-dua Belah Kaki

Majoriti pemain bolasepak mahir menggunakan kaki kanan mereka dan minoriti pula mahir menggunakan kaki kiri yang digelar " natural lefr footed ". Bagaimana pula dengan mereka yang hebat dan mahir dalam menggunakan kedua-dua belah kaki mereka ? pastinya mereka ini pemain yang serba boleh jika ditempatkan dalam mana-mana posisi.


Tuesday 6 September 2016

Apa Jadi Jika Jersi Kelab EPL Digabungkan Dengan Penaja Lama ??

Carlsberg pastinya sinonim dengan Liverpool apabila jenama Arak dari Denmark itu telah terpapar di dada jersi kelab itu selama 18 tahun. Begitu juga dengan Manchester United era 90 an bilamana Sharp menjadi penaja utama mereka sebelum bertukar ke Vodafone.

Bagaimana pula dengan jersi kelab lain ? pasti nostalgia bukan apabila melihat jenama-jenama yang satu ketika dahulu menaja kelab-kelab ini muncul semula di jersi-jersi terkini kelab ini.


Monday 5 September 2016

Filem-filem Yang Tak Sepatutnya Di Olah Semula

Filem Ghostbuster 2016 mendapat kritikan ramai pihak lebih-lebih lagi peminat setia francais filem itu apabila filem itu dilihat cuba menjana keuntungan hasil pengaruh filem Ghostbuter terdahulu.

Disini juga disertakan filem-filem yang sepatutnya dibiarkan sebegitu saja tanpa perlu ada sekuel,prekuel ataupun re-boot, remake kerana ianya sudah lengkap sebagai sebuah naskah tanpa ada cacat cela.


Sunday 4 September 2016

Kumpulan Rock Yang Mencapai Kejayaan Selepas Bertukar Vokalis

Elemen penting sesebuah kumpulan rock ialah gitaris utama dan vokalis, jika tiada 2 entiti atau salah satunya keluar meninggalkan kumpulan itu pastinya kumpulan itu tidak lagi gah seperti sebelumnya.

Tetapi bagaimana pula dengan kumpulan rock yang makin meningkat populariti mereka selepas mendapat vokalis baru ?? nak tahu ? tonton video dibawah.


Kenali Pemain Ragbi Terbaik Sepanjang Zaman

Mereka ini dihormati kerana karisma yang ada pada mereka hingga mampu menjadikan nama mereka sebagai legenda dalam sukan ini. Bila bercakap mengenai sukan ini pastinya nama-nama mereka ini tidak lekang dari penggemar sukan ini.


Kenali Negara Yang Tidak Popular Dikalangan Pelancong

Pernahkah anda tertanya negara apakah yang tidak begitu popular untuk dilawati, dikunjungi ?? video ini ada jawapannya dan mengapa, apa sebabnya.


Monday 29 August 2016

La Sape - Wak Doyok Afrika

La Sape merujuk kepada mereka yang elegan dalam berfesyen. Bermula dari sekumpulan askar Republik Congo yang pulang dari Paris selepas tamat Perang Dunia ke 2, mereka membawa sekali gaya fesyen ranggi dari ibu kota Perancis itu.

Di Brazzaville, tradisi itu masih diteruskan hingga ke hari ini dimana generasi pada hari ini sanggup berhabis ribuan Dollar Amerika semata-mata memastikan mereka bergaya dan tiada tandingan. Mereka biasanya berkumpul setiap hujung minggu mempamerkan gaya fesyen masing-masing. Yang pasti barang mereka pastinya berjenama terkemuka dari Eropah dan Asli ! satu penghinaan jika memakai barangan tiruan.

Tetapi obses kepada fesyen ini membuatkan mereka lupa tanggungjawab mereka, ada yang berhutang kad kredit, menggelapkan wang perniagaan keluarga, berhabis wang simpanan untuk bertanding siapa paling menyerlah. Oleh sebab itu, para Sapeur ini ada yang mengadakan kelas fesyen untuk memastikan ahli-ahli mereka lebih bijak dalam berfesyen dengan mengenakan padanan warna yang sesuai bukan sekadar  menghabiskan wang.


Friday 26 August 2016

Filem-filem Superhero Yang Mendapat Kutipan Pecah Panggung

Dekad 2010an pastinya dikenang sebagai era dimana DC dan Marvel Comic saling bersaing untuk menerbitkan filem superhero yang diadaptasi daripada komik. Mana tidaknya, kutipan filem-filem ini mencecah ratusan juta US dollar hingga bilion !

Tetapi bagi kami, X Men tetap menjadi pilihan kerana jalan cerita yang lebih realistik dan saintifik serta watak yang anti hero.


Lagi Senarai Pemenang Champions League Yang Anda Rasa Tidak Layak

Amat menyedihkan apabila pemain seperti Buffon sampai ke hari ini masih gagal memenangi Liga Juara Juara Eropah, lagi menambah pedih ialah pemain seperti Jose Bosingwa telah pun memenangi UEFA Champions League bersama 2 kelab berlainan iaitu Chelsea dan Porto ! satu pencapaian yang tak ramai pemain mampu atasi.

Kami pasti, anda pun ingat-ingat lupa dengan nama-nama yang tersenarai dalam video ini. 


Thursday 25 August 2016

Meme Bolasepak Yang Menjadi Viral

Untuk 2016 pastinya kita takkan dapat melupakan aksi lucu dan bersahaja Van Gaal yang jatuh tanpa sebab sewaktu Man Utd bertemu Arsenal.


Burung-burung Unik Dari Hutan Amazon

Hutan Amazon adalah hutan terbesar dunia terletak di Brazil. Hutan ini juga masih belum terusik dari arus pembangunan hinggakan masih ada puak-puak yang belum berjaya dijejaki. Begitu juga dengan habitat burun-burung ini yang tiada di tempat lain.


Jet-jet Peribadi Milik Selebriti Hollywood

Kami akui, melihat Ed Force One milik Iron Maiden saja sudah cukup untuk kami meleleh air liur kerana tak mampu memilikinya. Apatah lagi menaiki pesawat kumpulan rock legenda itu.

Tetapi apabila selebriti Hollywood ini memiliki pesawat sendiri dan juga beberapa jenis pesawat lain, ini menambah lagi rasa betapa miskinnya kami. Pastinya mereka beruntung kerana tidak perlu menempah tiket untuk mendapatkan harga murah dan tak perlu berebut tempat meletak barang di kabin bersama penumpang lain.


Thursday 18 August 2016

MLS Shootout - Bolasepak Gaya Amerika

Umum mengetahui, jika mana-mana perlawanan bolasepak yang berakhir dengan keputusan seri di masa tambahan 30 minit akan ditentukan dengan sepakan penalti.

Berbeza pula di Amerika Syarikat, mereka mencipta undang-undang baru ini pada dekad 70 an hingga lewat 90an untuk menarik minat peminat baru di sana. Dimana para pemain diberi masa singkat selama 5 saat untuk membawa bola sebelum berdepan dengan penjaga gol dan menjaringkan gol.

Ini mirip dengan penentuan penalti dalam sukan Hoki, bila mana pemain outfield akan bertembung dengan penjaga gol dalam situasi 1 lawan 1. Situasi ini agak asing kepada peminat bolasepak di serata dunia yang sudah terbiasa dengan penentuan sepakan penalti.


Acara-acara Aneh Yang Pernah Dipertandingkan Di Sukan Olimpik

Siapa sangka acara menembak burung merpati pun pernah dipertandingkan di Sukan Olimpik ?? nak tahu lebih lanjut tonton video dibawah ini.


Monday 15 August 2016

Sunway BRT - Bus Rapid Transit

Dah lama aku tak post pengalaman aku bersiar-siar. Kali ini rasa nak kongsi sikit pengalaman. Tulis pendek-pendek jela, kalau tulis panjang-panjang, baik aku nyanyikan dan aplod kat yutiub je. 

 BRT Bogota, Colombia

 BRT Curitiba, Brazil

BRT Jakarta, Indonesia

Sunway BRT ni mirip dengan BRT di luar negara yang popular di negara-negara Amerika Latin seperti Colombia,Brazil. BRT ini satu bentuk alternatif pengangkutan awam kerana kos pembinaanya yang jauh lebih murah dan menggunakan bas sebagai alat pengangkutan berbanding LRT dan MRT yang menggunakan koc tren/gerabak keretapi. 

BRT Sunway




Terletak di bandar Sunway, laluan BRT ini menghubungkan kawasan-kawasan di bandar Sunway yang sebelum ini sukar diakses melalui pengangkutan awam seperti Sunway Pyramid,Sunway Lagoon, Giant, Mydin dan juga Universiti-universiti yang terdapat disitu. 




Bezanya, laluan BRT ini hanya sepanjang 5 kilometer, berbeza dengan BRT di luar negara yang jauh lebih panjang laluanya. Bentuk laluannya pula elevated iaitu mirip flyover/ lebuh raya bertingkat, tidak seperti BRT ni negara luar yang terletak di atas tanah dan bersebelahan dengan laluan kenderaan ringan. 




Jika BRT di luar negara menggunakan bas panjang seperti lipan, BRT Sunway ini hanya sebuah bas biasa. Bezanya berbanding bas Rapid KL yang lain, ianya dikuasakan oleh tenaga elektrik, bukannya diesel. Reka bentuk dalamannya pula berlainan dengan susunan kerusi dalam bas RapidKL kerana saling berhadapan antara satu sama lain. Bukan mengadap ke hadapan bas. 



Bas ini boleh dinaiki dari bermula dari stesen lrt USJ 7. Turun sahaja dari tangga terus ke platform yang disediakan. Bas ini berintegrasi dengan sistem token lrt, jadi anda boleh beli terus token di mesin token dan tidak perlu membeli tiket bas seperti anda menaiki bas RapidKL yang biasa.




Untuk mereka tiada akses lrt aliran Gombak - Putra Height ( atau Lrt Putra kata orang KL ) , anda boleh cuba menaiki BRT ini dengan berhenti di stesen KTM Setia Jaya dan mula dari stesen BRT Sunway-Setia Jaya. 




Sebaik saja turun ke stesen BRT yang ingin ada tuju, anda hanya perlu masukkan token ke dalam mesin yang tersedia, sama seperti anda menggunakan LRT. Adalah dilarang sama sekali untuk para penumpang cuba melintasi stesen yang mereka turuni kerana boleh mengganggu operasi bas yang lain. Jika anda mahu ke stesen seberang jalan, anda tetap kena menuruni anak tangga dan bertukar ke stesen sebelah. 


Saturday 13 August 2016

Scene Paling Digemari Dalam Indiana Jones

Francais filem Indiana Jones adalah filem feveret kami, kecuali Kingdom Of The Crystal Skull pada kami yang begitu teruk dan merosakkan prestij filem ikonik itu.

Disini ditampilkan babak-babak dalam filem I.J yang pasti kita akan ingat kerana sungguh mendebarkan apabila menonton babak-babak ini.


Filem-filem Yang Dibatalkan Sekuelnya

Filem-filem ini asalnya dirancang untuk mempunyai sekuel jika jumlah kutipan yang diterima dari filem ini memuaskan, malangnya filem ini dikritik teruk, gagal mencatat kutipan yang disasarkan.

Agak malang lagi filem-filem ini menggunakan pelakon ternama, bajet besar tetapi masih gagal menarik penonton ke pawagam.


Wednesday 10 August 2016

Mati Kerana Meniru Jackass

Jackass selain terkenal dengan prank, mereka juga dikenali kerana berani mati melakukan aksi lasak yang kita sendiri tak berani lakukan. Tetapi mereka berada dalam pemerhatian dan pengawasan, berbeza pula dengan mereka dalam video ini yang mati sia-sia kerana mahu meniru aksi lasak itu.


Monday 8 August 2016

Negara-negara Yang Wujud Dalam Tempoh Masa Singkat

Negara-negara ini mungkin asing bagi kita kerana mereka wujud semasa negara mereka dilanda krisis dan puak pemisah menggunakan kesempatan ini untuk mengisytiharkan wilayah yang mereka duduki adalah negara baru. 

Tetapi tempoh mereka berkuasa dan memerintah tidak lama. Percaya atau tidak ada yang hanya mampu bertahan selama beberapa hari saja sebelum mereka bersatu dengan wilayah lain dan ditawan semula ?


Sunday 7 August 2016

Parma Dan Generasi Emas Mereka

Generasi yang mula meminati sukan bolasepak pada hari ini pasti mengenali Inter dan AC Milan sebagai pasukan kelas pertengahan. Bagaimana pula dengan Parma ?? pasti agak janggal pada pengetahuan mereka. 


Kenali Bintang WWE Yang Pernah Bertanding Di Sukan Olimpik

Kurt Angle dikenali kerana kejayaannya memenangi pingat emas dalam acara gusti dalam temasya sukan termahsyur itu sebelum terjun ke bidang gusti hiburan. Selain Kurt siapa lagi ?? jika anda tidak tahu dan ingin tahu, sila tonton video di bawah.


Hobi Pelik Bilionaire

Wang bukan lagi masalah bagi mereka ini, masalah yang timbul ialah bagaimana untuk mendapat kepuasan membelanjakan wang itu. 

Atas sebab itu mereka sanggup berhabis jutaan dollar untuk memastikan keinginan mereka tercapai, walaupun pada perspektif orang biasa, perbuatan mereka itu membazir. 


Friday 5 August 2016

Homeless Di New Zealand

Berikutan kenaikan harga rumah dan sewaan secara mendadak di Auckland, New Zealand kadar homeless kini mencecah 40 ribu orang. Kesan daripada itu, mereka yang bekerja juga tidak mampu mencari kadar sewaan yang sesuai hingga terpaksa tidur di dalam kereta,van, garaj.


Wednesday 3 August 2016

Info Yang Anda Tidak Tahu Tentang Jackass

Jackass sudah 5 tahun tidak difilemkan sejak kematian Ryan Dunn, Paling terkini ialah Jackass Bad Grandpa itu pun hanya melibatkan Johnny Knoxville tanpa kehadiran ahli-ahli Jackass yang lain.


Tuesday 2 August 2016

Helmet Jenis Baru American Football

Filem Concussion lakonan Will Smith menceritakan bagaimana Dr Benneth Omalu menemui punca kematian bekas bintang NFL berpunca dari gegaran otak, yang dinamakan CTE - Chronic Traumatic Encephalopathy.

Walaupun memakai helmet, jelas helmet itu langsung tidak membantu kerana G Force yang diterima oleh seorang ahli sukan NFL jauh lebih tinggi dari apa yang otak manusia normal mampu terima. Ini menyebabkan ramai diantara mereka membunuh diri kesan kecederaan otak yang dialami selepas karier mereka berakhir.


Skandal Dan Kontroversi Sepanjang Penganjuran Sukan Olimpik

Sukan Olimpik Rio semakin hampir, temasya sukan terbesar dunia ini jugak tidak lari dari sebarang kontroversi dan skandal sepanjang penganjurannya. Dalam video ini disertakan kontroversi dan skandal yang pernah melanda sukan Olimpik ini.


Detektif Conan Benar-benar Wujud

Siapa sangka kes-kes jenayah yang tergantung kerana kekurangan bahan bukti berjaya diselesaikan oleh kanak-kanak ?? 

Kita pasti terkejut kerana mereka ini mampu memberikan maklumat dengan terperinci tentang kes-kes itu dan berjaya membantu pihak Polis menyelesaikan masalah. 


Monday 1 August 2016

Penggusti WWE Dan Kerjaya Baru Mereka

Tidak ramai penggusti yang mampu meneruskan kehidupan glemer mereka selepas tamat kontrak seperti Batista, Stone Cold dan Dwayne Johnson yang cemerlang dengan karier lakonan mereka.

Hanya Scotty Too Hotty yang diketahui ramai kini berkhidmat sebagai ahli bomba, yang lain pula rata-ratanya hilang dari radar.



Pengalaman Buruk Bersama Air BnB

Air BnB adalah salah satu alternatif kepada mereka yang tidak mahu menyewa hotel semasa bercuti dengan disambut oleh tuan rumah dan menetap bersama mereka,pasti nya dapat mendekatkan diri dengan lebih mendalam tentang kawasan sekitar.

Tetapi sebaliknya berlaku kepada mereka ini, didalam video ini dikongsi pengalaman-pengalaman yang tidak manis untuk dikenang, baik dari pihak penyewa atau pemberi sewa.


Francais Filem Paling Menguntungkan Abad Ini

Kutipan tiket filem-filem ini begitu menguntungkan syarikat produksi mereka. Ditambah pula dengan filem-filem ini mempunyai kelompok pengikut tersendiri, disamping itu adakalanya kutipan dari sebuah filem sahaja sudah mencecah 1 bilion !!

Ini menjadi punca kenapa pemilik francais filem ini terus melabur untuk menghasilkan sequel, trilogi dan prequel, malahan juga spin-off berdasarkan filem ini kerana pengaruh filem ini kepada peminat mereka.


Sunday 31 July 2016

Bandar Terbiar Tanpa Penghuni

Daripada 5 bandar-bandar ini, Chernobyl dan Fukushima cukup diketahui ramai kerana ditinggalkan akibat letupan loji nuklear. Tapi ada 3 lagi bandar-bandar kecil yang cukup meriah pada satu masa dahulu kesan penemuan sumber alam di kawasan itu yang merancakkan sektor ekonomi dan industri, menyebabkan ramai berhijrah ke sini.

Tetapi disebabkan penerokaan sumber asli yang keterlaluan telah menjadi punca bencana menyebabkan bandar-bandar yang meriah pada satu ketika beransur-ansur sunyi kerana penghijrahan keluar penduduknya.


Tiket Penerbangan Mewah Yang Membuatkan Kita Rasa Miskin

Menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur - Kuching selama 1 jam 45 minit dan disediakan skrin paparan untuk mendengar lagu, menonton movie adalah satu nikmat yang tak terperi buat kami.

Tapi nikmat yang lebih besar tentunya menaiki kelas penerbangan seperti dalam video dibawah ini, satu tiket pergi balik first class saja sudah mencecah belasan ribu Us Dollar, ada juga yang mencecah puluhan ribu Dollar Amerika. pastinya kami hanya mampu tengok saja la.


Wednesday 27 July 2016

Senarai Rumah Mewah Termahal Di Dunia

Mansion adalah salah satu wishlist dalam hidup kami jika kami kaya kelak, disini dikongsikan video dan features yang ada pada rumah mewah ini. Pastinya anda hanya mampu berangan untuk memilikinya.


Tuesday 26 July 2016

Vila Autodromo : Favelas Yang Diancam Projek Olimpik Rio

Favelas merujuk kepada kawasan setinggan di Brazil, Favelas juga terdapat di negara-negara Amerika Selatan yang lain seperti Chile. Penduduk Vila Autodromo telah dihalau dari kawasan mereka atas faktor kawasan itu akan dibangunkan semula untuk pembinaan kondominium dan salah satu venue pertandingan Sukan Olimpik Rio 2016

Ini bukan pertama kali berlaku, pada Piala Dunia Fifa 2014 yang turut berlangsung di Brazil, sambutan dingin diberikan sebahagian penduduk negara itu kerana banyak kawasan Favelas telah menjadi mangsa kepada projek-projek venue baru untuk kejohanan itu. Mereka yang degil dan enggan berpindah terpaksa membina semula rumah mereka dari sisa-sisa binaan yang dirobohkan. Ada juga yang berpindah setelah diberikan rumah flat tetapi ruang rumah flat yang kecil dan sempit membuatkan mereka tidak selesa. Ada juga yang berpindah setelah diberikan pampasan wang tunai, bagi yang memilih untuk kekal mereka terpaksa bertarung dengan pihak berkuasa yang bila-bila masa boleh menghalau keluar mereka.

Menurut penduduk-penduduk ini, mereka telah diberikan hak pemilikan selama 99 tahun untuk menetap disitu. Ada juga penduduk ini yang mencari rezeki dengan menangkap ikan dari sungai berdekatan, apabila sisa-sisa kimia dibuang ke dalam sungai punca rezeki mereka telah terganggu. Disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran lain, itu sebab ada diantara mereka yang memilih untuk menetap disitu.


Bintang Brazil Membanjiri Bolasepak China

Bolasepak di China kini sedang mengalami era ' Boom ' dimana setiap tahun bintang-bintang bolasepak dunia berhijrah ke sana atas faktor gaji yang jauh lebih lumayan, kerana kelab-kelab bolasepak di China bukan dimiliki oleh seorang Jutawan seperti kelab Eropah, tetapi kelab-kelab mereka dimiliki oleh sekumpulan Jutawan dan Bilionaire, menyebabkan mereka bebas berbelanja sakan untuk memborong bintang-bintang Eropah mahupun Amerika Latin.

Siapa sangka kelab China, Jiangsu Suning sanggup membayar 42.5 juta pound untuk Alex Teixera ! bagi mereka yang biasa mengikuti perkembangan terkini bolasepak Eropah, siapa dia Alex Teixera ?
Dia hanya bermain untuk Shakhtar Donetsk, bahkan tidak pernah memiliki sebarang cap internasional bersama skuad senior Brazil. Gila bukan ??


Tuesday 19 July 2016

Kecederaan Ngeri Sukan Bolasepak

Kelmarin dunia sukan bolasepak dikejutkan insiden patah kaki Demba Ba, bekas pemain Chelsea yang kini beraksi di Shanghai Shenhua. Agak ganjil bila mana kaki Ba bukan dirempuh dengan kuat tetapi hanyalah minimal contact dengan pemain Shanghai SIPG.



Ini bukan pertama kali insiden sebegini terjadi, paling diingati insiden patah kaki sebanyak 2 kali dalam tempoh berbeza yang dialami oleh Djibril Cisse semasa dia beraksi untuk Liverpool dan Perancis.




Sunday 17 July 2016

Bencana Alam Terburuk Dalam Sejarah

Jika anda rasa bencana loji nuklear Chernobyl yang terjadi pada 30 tahun dulu sudah cukup ngeri dan tragik, disini disenaraikan bencana alam yang terjadi akibat kecuaian manusia. 


Saturday 16 July 2016

Pemain Bolasepak Yang Mencapai Kejayaan Di Penghujung Karier Mereka

Gelaran yang biasa diberikan kepada mereka ini ialah " late bloomer " merujuk kepada kejayaan mereka mencapai kemuncak prestasi mereka pada lewat usia 20an.

Mungkin sebab mereka lambat matang berbanding pemain seusia mereka, mereka ini hanya dianggap pemain biasa di awal 20an dan pertengahan 20an. Tetapi siapa sangka di usia penghujung 20an mereka menyinar dan menarik perhatian ramai pemerhati bolasepak, bilamana pesaing mereka yang seusia mula menunjukkan penurunan prestasi dan menghampiri usia persaraan, mereka ini pula semakin ligat.


Pemain Buangan Man United Yang Berjaya Di Kelab Lain

Agak meragukan apabila pemain utama seperti Nani,Evra,Staam berada dalam senarai kerana mereka adalah pemain utama, bukan pemain simpanan atau pemain yang jarang diturunkan. Selebihnya adalah Flop, iaitu pembelian yang gagal tetapi reputasi meningkat apabila dijual ke kelab lain seperti Angel Di Maria, Diego Forlan. Dan mereka ini bukan pemain buangan.

Tetapi kita bersetuju dengan penyenaraian Danny Drinkwater dan Paul Pogba, siapa sangka mereka yang dilepaskan tanpa yuran perpindahan besar tetapi berjaya menjadi pemain yang bagus dan menonjol apabila diberikan peluang.


Wednesday 13 July 2016

Farm Fleet : Kempen Menanam Sayur Di Laman Rumah

Di Florida, kempen ini dijalankan dengan menggalakkan pemilik rumah untuk mengubah laman rumah mereka dengan menanam sayur-sayuran,tumbuh-tumbuhan. Jika tuan rumah tidak mempunyai masa untuk bercucuk tanam mereka boleh menyerahkan tugas itu kepada sukarelawan yang bergiat aktif dalam kempen ini.


Bandar Dengan Kos Hidup Rendah

Kajian ini tidak tepat 100% dimana Venezuela yang terkenal dengan harga minyak murahnya kini sedang dilanda krisis dimana stok bekalan ubat dihentikan,bekalan makanan kehabisan, hinggakan kedai-kedai kosong akibat dirompak oleh mereka yang tertekan dengan situasi semasa. 

Begitu juga dengan Syria yang dalam keadaan darurat. begitu juga dengan India dan Pakistan dimana mereka memiliki kadar gaji rendah di dunia. Yang mana murah pada kuasa beli rakyat Amerika tetapi mahal pada rakyat tempatan. 


Firma Tentera Terbaik

Private Army berbeza dengan Mercenaries dimana Mercenaries dibayar untuk menjalankan misi secara rahsia dalam masa yang singkat, Private Army pula dibayar untuk khidmat mereka sebagai pengiring, pengawal keselamatan di kawasan zon perang dan tidak menjalankan misi sulit dan hanya melawan jika mereka diserang terlebih dahulu.

Antara firma tentera yang popular ialah Blackwater ( kini : Academi ) dimana mereka membunuh mereka yang tidak bersalah di Iraq.


Wednesday 22 June 2016

Siri Animasi Terbaik Dari Britain

Jangan tanya kenapa Teletubbies tidak tersenarai. Teletubbies adalah live action bukan animation.

Bob The Builder tidak tersenarai juga satu kejutan dalam senarai ini.

https://youtu.be/pMtVxegFuC8

Tuesday 21 June 2016

Rupa Terkini Pelakon Kanak Kanak

Mereka dikenali kerana wajah yang comel dan karakter mereka dalam sitkom mahupun filem.

Tetapi itu 16-20 tahun dulu. Bagaimana rupa mereka pada hari ini?? 

https://youtu.be/a1axlYASg00

Wednesday 15 June 2016

Pembunuh Media Sosial

Platform media sosial mampu mengeratkan perhubungan walaupun terpisah jauh beribu batu.

Tetapi jika disalahguna dan sebarang permasalahan di media sosial dibawa ke kehidupan seharian ianya mampu memudaratkan. Mereka ini membunuh kerana pertelingkahan yang berlaku di akaun media sosial.

https://youtu.be/0NpuyvsUVHo

Karakter Adiwira DC Yang Ditiru Oleh Marvel

Ada karakter yang ditiru menjadi lebih baik, ada pula yang jadi lebih teruk.

Seperti Deadpool yang ditiru dari Deathstroke menjadi lebih popular dan berpengaruh. Tetapi Kapten Boomerang versi Marvel pula jadi sebaliknya.

https://youtu.be/3qdp0f3r2hM

Watak Superhero Yang Diciplak Oleh DC

Perang antara DC dan Marvel sampai ke kemuncaknya apabila DC menciplak watak dari Marvel Universe dan dijenamakan semula ke dalam rangkaian komik mereka.

https://youtu.be/cnchH3XFa7E

Kadar Gaji Minimum Di Negara Luar

Di Malaysia, gaji minimum standard ialah pada kadar 5-5.50 sejam. Bagaimana pula dengan kadar gaji di negara luar? 

https://youtu.be/Eq-TlWY0i40

Tuesday 14 June 2016

Francais Filem Yang Lama Bertahan

Filem-filem ini terus dihasilkan dari zaman ke zaman kerana pengaruh yang mereka bawa ke dunia sinema.
Filem-filem ini juga mempunyai pengikut tersendiri sekaligus menguntungkan mana-mana produksi yang mahu membuat Cash cow dari francais filem ini.

https://youtu.be/8vXU98nXZvg

Thursday 9 June 2016

Penerangan Ringkas Filem X Men

X Men kini sedang berada dalam 2 garis masa yang berbeza, dimana filem X Men Days Of Future Past telah mengubah jalan cerita/masa depan garis masa/ timeline filem ini. Disini diterangkan serba ringkas dan pantas bagaimana sebenarnya filem itu kepada mereka yang tidak memahami nya.


Wednesday 8 June 2016

Fakta Menarik Pixar

Pixar adalah produksi animasi yang terunggul dalam industri filem dan animasi. Kutipan dari filem-filem animasi terbitan mereka sudah mencecah 9.7 bilion dollar. Disini dikongsikan fakta-fakta, cerita unik tentang Pixar yang kita tidak tahu. Siapa sangka hasil perbincangan semasa makan tengah hari oleh 4 orang pereka utama Pixar telah berjaya memberikan mereka pulangan 2.3 bilion ? Tahukah anda, Toy Story 2 hampir dipadam/didelete dari server mereka kerana berlaku kesilapan teknikal ?


Thursday 2 June 2016

Pelakon Kanak-Kanak Apabila Dewasa

Mereka ini mula menempa nama dalam bidang hiburan sewaktu mereka masih lagi kanak-kanak dan remaja, apabila menginjak usia dewasa perubahan imej mereka semakin ketara. Mungkin mereka mahu nampak matang, sesuai dengan usia mereka atau tidak mahu dibayangi zaman awal kemunculan mereka.


Saturday 28 May 2016

Tembakau Dihasilkan Oleh Buruh Kanak Kanak

Siapa sangka tembakau yang anda sedut dan hisap itu diproses hasil kerahan tenaga kanak-kanak dibawah umur?

Di usia ini mereka sepatutnya berada di dalam bilik darjah bukan dikerah membantu ibu bapa. Hasilnya mereka muntah-muntah kesan racun perosak yang disembur pada daun tembakau itu.

Syarikat rokok terkemuka dunia pula tidak mampu berbuat apa-apa kerana tembakau yang dibeli sudah siap diproses dan dijual di pasaran terbuka tanpa menyatakan dari mana sumber itu diperolehi.

https://youtu.be/t6pVsA6hdYs

Eksperimen Makanan Menggunakan Cecair Nitrogen

Pada masa kini terdapat restoran yang menggunakan cecair Nitrogen sebagai elemen untuk menyediakan pencuci mulut seperti aiskrim. Mereka membuat aiskrim bukan menggunakan bahan asas tetapi bahan-bahan lain kemudian direndam atau disembur dengan Nitrogen untuk menghasilkan satu inovasi makanan.

Bagaimana pula dengan daging dan sayur-sayuran jika direndam dalam cecair Nitrogen? Lihat hasilnya dalam video dibawah.

https://youtu.be/IIoSmhxwt90

Jenama Pizza Terkemuka

Di negara kita jenama seperti Pizza Hut,Domino's dan Papa John ialah jenama yang dominan.

Tetapi masih ada lagi jenama-jenama Pizza di US yang masih belum meneroka pasaran Pizza di negara kita.

https://youtu.be/dljthz_3ik8

Monday 23 May 2016

Fakta Unik X Men

Komik X Men bukan sekadar imaginasi dan fantasi tentang bagaimana mutan bergelut untuk hidup dengan aman.

Tetapi komik itu juga menyuarakan secara tidak langsung bagaimana mereka yang ditindas di dunia luar dan diubah suai supaya sesuai dengan jalan penceritaan komik ini.

Siapa sangka Mystique itu asalnya seorang lelaki?  Tetapi terpaksa diubah oleh pelukis nya kerana kekangan penerbitan.

https://youtu.be/GJiQd4ngeVs

Sunday 22 May 2016

Kerakyatan Warganegara Untuk Dijual

Negara-negara kepulauan kecil dan membangun ini memberikan taraf kependudukan kepada mereka yang melabur dan membeli hartanah di negara mereka.

Tujuan kepada taraf kependudukan itu diberi adalah untuk menggalakkan pelabur luar melabur di negara mereka dan dalam masa yang sama meningkatkan kadar keluaran dalam negara kasar, peluang pekerjaan dan menambah baik perkembangan ekonomi negara itu.

https://youtu.be/y1JXMAvwpYw

Saturday 21 May 2016

Pemain Bolasepak Yang Hanya Menyerlah Semusim Sahaja

Mereka ini digelar One Season Wonder atas pencapaian cemerlang mereka dalam masa satu musim sahaja.

Tetapi musim-musim berikutnya mereka gagal menyerlah dan tidak mampu mengulangi pencapaian luar biasa mereka yang hanya berlaku sekali dalam karier mereka.

https://youtu.be/cQfRhtZ55Rg