Dah lama aku tak post pengalaman aku bersiar-siar. Kali ini rasa nak kongsi sikit pengalaman. Tulis pendek-pendek jela, kalau tulis panjang-panjang, baik aku nyanyikan dan aplod kat yutiub je.
BRT Bogota, Colombia
BRT Curitiba, Brazil
BRT Jakarta, Indonesia
Sunway BRT ni mirip dengan BRT di luar negara yang popular di negara-negara Amerika Latin seperti Colombia,Brazil. BRT ini satu bentuk alternatif pengangkutan awam kerana kos pembinaanya yang jauh lebih murah dan menggunakan bas sebagai alat pengangkutan berbanding LRT dan MRT yang menggunakan koc tren/gerabak keretapi.
BRT Sunway
Terletak di bandar Sunway, laluan BRT ini menghubungkan kawasan-kawasan di bandar Sunway yang sebelum ini sukar diakses melalui pengangkutan awam seperti Sunway Pyramid,Sunway Lagoon, Giant, Mydin dan juga Universiti-universiti yang terdapat disitu.
Bezanya, laluan BRT ini hanya sepanjang 5 kilometer, berbeza dengan BRT di luar negara yang jauh lebih panjang laluanya. Bentuk laluannya pula elevated iaitu mirip flyover/ lebuh raya bertingkat, tidak seperti BRT ni negara luar yang terletak di atas tanah dan bersebelahan dengan laluan kenderaan ringan.
Jika BRT di luar negara menggunakan bas panjang seperti lipan, BRT Sunway ini hanya sebuah bas biasa. Bezanya berbanding bas Rapid KL yang lain, ianya dikuasakan oleh tenaga elektrik, bukannya diesel. Reka bentuk dalamannya pula berlainan dengan susunan kerusi dalam bas RapidKL kerana saling berhadapan antara satu sama lain. Bukan mengadap ke hadapan bas.
Bas ini boleh dinaiki dari bermula dari stesen lrt USJ 7. Turun sahaja dari tangga terus ke platform yang disediakan. Bas ini berintegrasi dengan sistem token lrt, jadi anda boleh beli terus token di mesin token dan tidak perlu membeli tiket bas seperti anda menaiki bas RapidKL yang biasa.
Untuk mereka tiada akses lrt aliran Gombak - Putra Height ( atau Lrt Putra kata orang KL ) , anda boleh cuba menaiki BRT ini dengan berhenti di stesen KTM Setia Jaya dan mula dari stesen BRT Sunway-Setia Jaya.
Sebaik saja turun ke stesen BRT yang ingin ada tuju, anda hanya perlu masukkan token ke dalam mesin yang tersedia, sama seperti anda menggunakan LRT. Adalah dilarang sama sekali untuk para penumpang cuba melintasi stesen yang mereka turuni kerana boleh mengganggu operasi bas yang lain. Jika anda mahu ke stesen seberang jalan, anda tetap kena menuruni anak tangga dan bertukar ke stesen sebelah.
No comments:
Post a Comment