Monday 29 August 2016

La Sape - Wak Doyok Afrika

La Sape merujuk kepada mereka yang elegan dalam berfesyen. Bermula dari sekumpulan askar Republik Congo yang pulang dari Paris selepas tamat Perang Dunia ke 2, mereka membawa sekali gaya fesyen ranggi dari ibu kota Perancis itu.

Di Brazzaville, tradisi itu masih diteruskan hingga ke hari ini dimana generasi pada hari ini sanggup berhabis ribuan Dollar Amerika semata-mata memastikan mereka bergaya dan tiada tandingan. Mereka biasanya berkumpul setiap hujung minggu mempamerkan gaya fesyen masing-masing. Yang pasti barang mereka pastinya berjenama terkemuka dari Eropah dan Asli ! satu penghinaan jika memakai barangan tiruan.

Tetapi obses kepada fesyen ini membuatkan mereka lupa tanggungjawab mereka, ada yang berhutang kad kredit, menggelapkan wang perniagaan keluarga, berhabis wang simpanan untuk bertanding siapa paling menyerlah. Oleh sebab itu, para Sapeur ini ada yang mengadakan kelas fesyen untuk memastikan ahli-ahli mereka lebih bijak dalam berfesyen dengan mengenakan padanan warna yang sesuai bukan sekadar  menghabiskan wang.


No comments:

Post a Comment