Saturday 28 June 2014

Waktu Berpuasa Di Negara-Negara Lain

Kurang 24 jam lagi kita semua akan berpuasa dan masing-masing, kita di Malaysia dijangka berpuasa 13-14 jam sehari dan masa ini tetap kerana kita tidak mengalami iklim 4 musim seperti negara lain di garisan jadi dan sartan. Seronoknya berpuasa di Argentina, Brazil, Australia dan New Zealand.....

Friday 27 June 2014

Suarez Dikenakan Hukuman Gantung 13 Perlawanan



Hancur sudah harapan aku untuk menyaksikan Luis Suarez mensodomi gawang gol pasukan Colombia nanti kerana dia dihantar pulang sebaik saja hukuman kerana mengigit Giorgio Chiellini dijatuhkan ke atasnya.

  • Dia diharamkan dari memasuki stadium 
  • Diharamkan dari menghadiri perlawanan pasukan kebangsaan Uruguay
  • Tidak dibenarkan berlatih bersama Liverpool dan Uruguay semasa hukuman dijalankan
  • Terlepas 13 perlawanan bermula dari pusingan kalah mati bertemu Colombia, perlawanan peringkat kumpulan liga juara-juara Eropah dan perlawanan liga perdana Inggeris 
  • Didenda 64 ribu pound sterling
Pelik dan diragui hukuman ini kerana, semasa dia dijatuhi hukuman kerana mengigit Ivanovic dia hanya dikenakan hukuman perlawanan di England sahaja, bermakna dia tidak boleh bermain untuk Liverpool tetapi masih boleh mewakili negaranya. Dalam kes ini pula dia mengigit Chiellini semasa dia dalam duty bersama pasukan negara, jadi hukuman ini sepatutnya diperuntukkan untuk menghalang dia dari mewakili pasukan negaranya. Bukan melibatkan perlawanan dia bersama pasukan Liverpool kerana ini tidak melibatkan Liverpool. 

Sungguh terkilan kerana Suarez baru sahaja meng-suarez kan ( Suarez : memperolehi kemenangan dengan apa cara sekalipun seperti menahan bola menggunakan tangan, mengigit pemain lawan ) Itali seperti mana dia meng-suarez kan Ghana di Afrika Selatan 4 tahun lalu. Sayangnya, dia gagal membawa pasukan nya mara lebih jauh seperti 4 tahun lalu kerana kesilapan yang disengajakan ini.

Thursday 26 June 2014

Jersi Home Everton FC 2014/2015

Everton FC kini kembali kepada Umbro setelah kontrak mereka dengan Nike selama 2 musim tamat, Umbro kali terakhir menaja Everton adalah pada musim 2008/09. Jersi kali ini tampil dengan logo baru yang diundi dan dipersetujui oleh para penyokong Everton kerana logo musim lepas tidak disertakan kata-kata keramat ' Nil Satis Nisi Optimum ' dan itu mengundang rasa marah peminat dan pemilihan logo diadakan semula dan logo mendapat undian tertinggi digunakan bermula musim 2014-2015. Warna Royal Blue dan seluar pendek putih kekal menjadi identiti the Toffees cuma kali ini stoking pula berwarna hitam, sesuatu yang agak ganjil bila home kit Everton yang biasanya menggunakan stoking putih atau biru digantikan dengan stoking hitam, ini kali pertama berlaku sepanjang aku menjadi peminat Everton sejak 2007-08.

Di laman web rasmi Everton FC tema jersi kali ini dipilih untuk mengimbas kembali kenangan tahun 1924 dimana Everton memenangi Piala Barcelona di Sepanyol dan tahun itu juga Umbro diasaskan. Umbro akan menjadi kit maker kepada Everton selama 5 musim.



Tuesday 17 June 2014

Ulasan Phil Neville Mendapat Kritikan Ramai

Sebanyak 445 aduan diterima berkenaan betapa hambar nya Phil Neville mengulas perlawanan antara England bertemu Itali ahad lalu, ulasan Phil Neville juga dihentam di Twitter kerana ulasannya yang hambar, tiada penyampaian yang menarik dan paling teruk dia seperti tidak menceritakan situasi semasa perlawanan. Phil Neville bukanlah calang-calang pemain kerana dia pernah memenangi banyak kejuaraan bersama Manchester United, di Everton dia antara pemain berpengaruh dalam pasukan dan pernah  mewakili pasukan kebangsaan England. Di twitter pula hingga ada mereka yang geram dengan ulasan hambar nya dengan mencipta akaun twitter Boring Phil Neville.



Monday 16 June 2014

Dihalau Keluar Dari KFC Kerana Wajah Yang Menakutkan

KFC telah meminta maaf kepada kanak-kanak Victoria Welcher ini kerana menghalaunya dari restoran mereka atas permintaan pelanggan lain kerana wajah kanak-kanak malang ini begitu menakutkan mereka. Wajah anak kecil ini sebenarnya baru selepas menjalani rawatan kerana muka nya hancur digigit oleh 3 anjing pitbull milik datuknya. Victoria Welcher hilang mata kanannya dan rahang nya patah kesan daripada insiden itu, ibu-bapanya yang terkilan kerana mereka dihalau memilih untuk tidak lagi berkunjung ke mana-mana rangkaian  restoran KFC akibat layanan buruk itu.


Pemandangan Kota London Dari Udara

Gambar ini diambil oleh Matt Cardy semasa dia menaiki helikopter mengelilingi bandar itu.

 Lebuh Raya A40 westway 

 Pusat Penyiaran BBC

 Canary Wharf 

 The Gerkhin dan Bangunan Walkie Talkie

Gereja St Paul  

 Stesen Tenaga Battersea - Yang dalam proses pengubahsuaian menjadi blok kediaman mewah 

Stadium Olimpik London - Dalam proses pengubahsuaian menjadi stadium bolasepak milik West Ham United



Thursday 5 June 2014

Meraikan Gol Dengan Cara Ekstrem

Tahun ini genap 10 tahun undang-undang meraikan gol dengan membuka baju dikuatkuasa kan, tetapi sejak itu masih ada pemain bolasepak yang berdegil masih mahu juga meraikan gol dengan membuka baju hingga menyebabkan mereka dilayangkan kad kuning, tetapi video gol di bawah ini cukup ekstrem dan paling dahsyat untuk disaksikan iaitu meraikan gol dengan menanduk bangku simpanan pasukan hingga dindingnya pecah dan pemain ini dilayangkan kad merah kerana merosakkan kemudahan stadium/vandalisme.

Cenderamata West Ham United Yang Menyindir Spurs

West Ham United mengeluarkan merchandise seperti mug dan baju t yang bertajuk 'Treble' bertujuan meraikan kejayaan pasukan itu menewaskan musuh dari Utara London itu sebanyak 3 kali pada musim 2013-14, rekod treble itu bermula dengan mereka menumpaskan Tottenham Hotspurs 3-0 di gelanggang spurs, diikuti kemenangan 2-1 di Capital One cup dan 2-0 di Upton park dalam kempen liga.

Produk ini mendapat kecaman peminat West Ham sendiri kerana ini seperti mereka adalah sebuah kelab kecil dari liga bawahan yang berjaya menumpaskan kelab liga utama. Jika merchandise itu dijual untuk meraikan kejayaan mereka memenangi piala atau pun liga itu memang layak tetapi dengan merendah-rendahkan musuh London mereka itu agak tidak matang.  Sehelai baju T itu dijual pada harga 20 pound dan mug berharga 7.90 pound.



Wednesday 4 June 2014

Kapal Angkasa Apollo Diperbuat Dari Tangki Air

Pada awalnya Cy lo, seorang bapa ingin membina replika kapal lanun untuk anak lelakinya tetapi anak nya berasakan dia sudah tua untuk kapal lanun, jadi Cy lo pun membina sebuah kapal angkasa mirip Apollo yang diletakkan di belakang rumah untuk tempat anaknya bermain. Dia menghabiskan masa selama 3 minggu untuk mennyiapkan projek itu dan sebanyak 4200 pound sterling telah dibelanjakan. Keluasan apollo itu hanya 4 kaki lebar jadi tidak mampu memuatkan orang dewasa, hanya muat untuk kanak-kanak sahaja. Untuk menjadikan struktur kapal itu lebih realistik dia menggunakan vegetable tray steamer untuk kelihatan seperti satelit dan meniru rekaan livery NASA untuk dicat pada kapal angkasa mainan itu.



Gambar Hari Pendaratan Normandy 70 Tahun Dulu Dan Sekarang

Pendaratan Normandy atau lebih dikenali sebagai D day iaitu hari dimana askar-askar dari pakatan barat iaitu Empayar British, Amerika Syarikat, Perancis dan Negara-negara Eropah lain melakukan pendaratan di Pantai Perancis yang ditakluk oleh Tentera Jerman.

Dibawah ialah koleksi gambar semasa pendaratan D day yang ditangkap oleh Chris Helgren, setelah 70 tahun berlalu tinggalan tentera Jerman seperti bunker masih dikekalkan tanpa musnahkan semasa pencerobohan tentera Bersekutu. Gambar-gambar ini diambil di Utah beach dan Omaha beach iaitu code name kepada tempat ini di Perancis yang nama asalnya ialah Saint Laurent Sur Mer dan Sant - Aubin - Sur - Mer

 
 
 
 

Bilik Sauna Di Atas Air

Bilik Sauna terapung ini adalah idea Santeri Hiltunen, kos menginap atas sauna terapung ini ialah 325 pound sterling sehari disamping kemudahan barbeque, buaian santai ( relaxing hammock ) , menara pemerhati dan juga trampoline. Bot Sauna ini juga dilengkapi katil jika ada yang mahu bermalam di atas bot ini.