Monday 27 February 2012

kami menang !!

perlawanan 90 minit semalam berakhir dengan keputusan 1-1 cardiff mendahului melalui joe mason 19, dan liverpool mengikat kedudukan hasil jaringan martin skrtel 60.perlawanan berlanjutan ke extra time dengan dirk kuyt menjadikan kedudukan 2-1 sebelum ben turner menjadikan kedudukan 2-2 dan perlawanan ditentukam melalui sepakan penalti,satu pengakhiran yang sinonim dengan liverpool


penantian 6 tahun dan kisah disebaliknya

semalam aku agak kecewa bila terpaksa datang kerja di hari off day aku. terkilan plak rasa bila terlepas final piala liga liverpool vs cardiff.pasal banyak makna dan kisah disebalik semua ni

 dah 5 tahun liverpool tak main di final,
16 tahun tak main di stadium wembley,
9 tahun tak julang piala liga,
6 tahun piala tak dibawa pulang ke anfield,
dirk kuyt menang trofi pertama nya setelah 6 tahun di liverpool,
king kenny menang piala liga semasa jadi pemain tapi tak pernah menang masa jadi manager sehingga final pagi tadi,

 adik aku dah 6 tahun minat liverpool tapi sebarang piala pun dia masih belum julang,aku dah 10 tahun aku dah julang macam-macam piala kecuali trofi EPL je belum.
lega bila final semalam berlarutan ke extra time dapat la aku tengok masa rehat kerja pagi tadi,dah la tv hotel ni takde astro supersport nasib baik mamak belakang hotel ni ada tunjuk game final ni.
mental agak terganggu jugak dengan kehadiran fans lain yang tengok game tu berharap kelab 'so called malaysia ' cardiff city menang.

Wednesday 22 February 2012

sudirman 20 tahun dalam kehilangan

aku tak sempat merasa zaman bang sudir atau cokman yang digunakan oleh rizman azrai @ atai. aku mula kenal sudirman  masa 1999 ada satu show kat tv1  dia dengan imej misai kontotnya dibantu atai,anak buah kesayangan nya.terkejut aku bila mak aku kata mana datang show ni dia kan  dah meninggal ?? terkejut aku dengar pasal tu sejak tu aku pun mula mengenali sudirman bila aku terbaca dalam majalah KAWAN buat cerita pasal bang sudir.
                                   
berdasarkan lirik plak aku paling respek lagu-lagu bang sudir yang berteras kan lumrah rakyat atau working class people macam aku penganggur,punch card,toyol,basikal tua,kau akan kembali,apa khabar orang kampung,chow kit road,aku budak kampung,banyak lagi lagu dia yang genius penulisannya itu yang aku tahu sahaja. dari siti nurhaliza yang   suka buat konsert di hadapan VIP dan dikawal oleh ayie yang lebih sudu dari kuah cukup buat aku menyampah dengan penghibur keas atasan ini.muzik pun genre pop dan irama malaysia saja dan majoriti ditulis oleh pak ngah .aku berani bet siti nurhaliza tak la sebagus mana penulisan lirik lagunya dan hanya popular di kalangan nusantara berbanding bang sudir yang dah menang penghibur terbaik asia.
hari ni genapla 20 tahun dia pergi.imej bang sudir juga sentiasa jadi perhatian setiap kali buat konsert dengan dia selalu pakai pakaian yang direka nya sendiri berbanding artis lain yang harapkan sponsor.paling diingati baju bendera malaysia nya yang menarik perhatian pada masa tu kalau lady gaga tengok confirm dia rasa terkejut.bang sudir jugak pandai melukis komik itu pun dia melukis macam mana dan apa yang bakal dia buat masa dia buat persembahan nanti dan apa jenis tarian yang dia akan gunakan.itu untuk memudahkan orang memahami dan faham apa yang sudir ingin lakukan semasa persembahan
                                            
filem KAMI plak   filem yang legenda bagi aku. macam mana seorang budak bernama tookoo(sudirman) mampu hidup sendiri dengan mengutip botol,kerja basuh kereta,potong rumput semata-mata untuk hidup berdikari dan tinggal di rumah usang.paling menyedihkan bila din kemalangan dan tookoo terpaksa menjual kaset kesayanggannya untuk membeli nasik bungkus untuk din di hospital dan meyedihkan nurse di hospital boleh buang nasik tu bila din nak makan.
sudir jugak dikenali artis malaysia pertama yang memiliki air tin jenama sudir.sesape yang hidup zaman 80an untung la pernah merasa air tu


kamariah jamaludin gambar ni diambil pada 2009.
kisah peribadi sudirman jugak menyayat hati.dia kehilangan ibunya di usia muda.kegagalan perkahwinan nya dengan kamariah jamalludin juga berakhir dengan tragis dan itu antara kenapa sudir begitu depress di akhir hayatnya.kamariah ahmad adalah cinta sejati sudir dan tidak diketahui apa punca penceraian itu.kegagalan rumah tangga sudir juga membawa kepada penulisan lagu-lagu nya yang puitis macam pelangi petang,terasing,merisik khabar,salam terakhir,antara hujan dan air mata,nilai cintamu. semoga roh nya aman di sana
                                 

def gab c


 nama band ni diubah dari susunan  ABC DEF G diubah denagn G dibawa ke depan dan C di pisahkan  membentuk DEF GAB C. yang aku kenal hanyalah asheed (vokalis) yang lain tu aku tak berapa tau.faktor penarik DEF GAB C ialah vokal asheed yang lain dari yang lain. vokalnya macam heavy metal standard, muzik yang berentak laju,ada unsur-unsur j rock . lirik-lirik jugak mendalam maksud dia. lahu yang menjadi 'salam perkenalan' aku dengan band rare ni ialah ibu kota cinta, lagu tu aku dengar masa 6 tahun rentak dia pun rancak lagi 'spirit' sungguh berbeza dengan band so called rock tapi balada masa tu macam generasi 'S' sungguh jijik kalau aku sebut nama band-band macam scoin,scan,spoon,span,shit,suck tu kat blog ni.
                                          
selepas ibu kota cinta , cinta sakti plak datang,menyusul plak marilah maria yang membawa def gab c ke final anugerah juara lagu 16.kemudian keluar plak lagu merah,arigato,terbang,ampunkan aku dan pelangi petang (sudirman cover).

 
 ibu kota cinta
 
 merah
marilah maria

Monday 20 February 2012

Sunday 19 February 2012

arsenal dan angka 2

 sebelum ni arsenal dimalukan oleh angka 4 yang satu masa dulu jadi kebanggaan mereka.tapi semalam angka 2 jadi angka ngeri buat arsenal.
 


 arsenal 0 - 2 sunderland




sebab kenapa aku jarang update

Saturday 18 February 2012

abu dhabi ?


abu dhabi ialah bandar kedua terbesar di emiriyah arab bersatu.jangan tanya di mana letaknya UAE,pemahaman geografi negara-negara arab aku masih di tahap lemah lagi rendah.asalnya aku ingatkan abu dhabi tu nama tokoh-tokoh atau nama panglima perang sebagaimana vietnam gunakan nama HO CHI MINH dijadikan nama bandaraya terbesar di vietnam.

abu dhabi bermaksud bapa kepada rusa.
yang menghairankan aku abu dhabi asalnya padang pasir macam mane terdetik hati para jubahan untuk menamakan padang pasir tu dengan nama bapa rusa ?? secara logiknya kalau bapa unta mungkin lebih sesuai pasal unta kan boleh hidup kat padang pasir berbanding rusa yang habitatnya di hutan.

mengikut sejarah kawasan itu asalnya ada banyak rusa dan orang yang mengembala kambing itu digelar 'bapa' dan dari situ lah bandar  'Milh' nama lama abu dhabi yang bermaksud air garam kerana geografinya terletak di pesisir teluk parsi mendapat nama baru yang kekal ke hari ini

Friday 17 February 2012

arsenal dan nombor 4

nombor 4 yang jadi kebanggaan arsenal suatu ketika dulu....


 
  

nombor 4 yang jadi mimpi ngeri arsenal hari ini


 

FA england yang kapitalis



jersi pasukan england ini menimbulkan kemarahan para penyokong mereka kerana design jersinya yang menyerupai jersi yang dipakai mereka semasa piala dunia fifa 2010.baru sahaja 18 bulan dilancarkan jersi itu disedari ' di kitar semula' rekaan nya perbezaan hanyalah pada logo umbro berwarna merah pada yang lama dan warna biru pada 'kitar semula' dan warna biru yang dipakai di seluar pendek dan stokin .

kitar semula

kit piala dunia 2010

harga yang dikenakan ialah 90 pound sterling untuk baju,seluar pendek dan stoking bagi dewasa dan 70 pound untuk kanak-kanak.bagi mereka ini tidak berbaloi berbanding set kit piala dunia 1990 yang digunakan selama 3 tahun dimana pada piala dunia itu england menduduki tempat ke-4 pencapaian terbaik three lions sejak fifa 1966.untuk pengetahuan, kit atau set jersi pasukan england akan ditukar 18 bulan sekali.dan hanya 8 perlawanan sahaja england memakai kit ini sejak dilancarkan.bagi aku,jersi england sejak pasca fifa 2006 begitu buruk rekaannyaa.



asalnya paten kit 'kitar semula' ini dijadualkan akan dipakai hingga 2013 tetapi disebabkan komen yang kurang memuaskan dari penyokong mereka sendiri FA england terpaksa menarik balik jersi ini dari pasaran.peminat england juga terbeban kerana mereka juga perlu mengeluarkan lagi 55 pound untuk membeli jersi rasmi pasukan great britain keluaran adidas yang akan dipakai oleh pasukan great britain pada sukan olimpik nanti.


wall fb curtin university di hentam bertubi-tubi

 aku antara individu yang tak berpuas hati dengan penganugerahan gelaran doktor falsafah-persuratan kepada rosmah mansor aka fat lady of malaysia.takde sebab nak dengki dengan anugerah tu tapi persoalannya layak ke ?? dah la menghabiskan duit cukai ke cincin 24 juta,bag hermes,shopping kat australia dan banyak lagi la.




Thursday 16 February 2012

rancangan BB1M pertama

ini bukan entri pasal najib nak buat projek 1 malaysia ke ape. ini pasal rancangan aku yang nak gunakan baucar buku ni untuk beli buku cerita malaysia tidak ke piala dunia.harap2 la stok ni masih ada lagi pasal versi kedai buku dan versi indie ada perbezaan nya tersendiri contohnya bahasa yang digunakan.semalam lucius maximus baru sahaja umumkan kat page fb CMTKPD yang buku cerita malaysia tidak ke piala dunia versi kedai buku sudah siap ditulis masalahnya dah sebulan lebih aku menanti takkan la nak tunggu tempoh sah baucer ni habis baru beli.


cetakan edisi pertama
cetakan edisi kedua