Friday 17 February 2012

FA england yang kapitalis



jersi pasukan england ini menimbulkan kemarahan para penyokong mereka kerana design jersinya yang menyerupai jersi yang dipakai mereka semasa piala dunia fifa 2010.baru sahaja 18 bulan dilancarkan jersi itu disedari ' di kitar semula' rekaan nya perbezaan hanyalah pada logo umbro berwarna merah pada yang lama dan warna biru pada 'kitar semula' dan warna biru yang dipakai di seluar pendek dan stokin .

kitar semula

kit piala dunia 2010

harga yang dikenakan ialah 90 pound sterling untuk baju,seluar pendek dan stoking bagi dewasa dan 70 pound untuk kanak-kanak.bagi mereka ini tidak berbaloi berbanding set kit piala dunia 1990 yang digunakan selama 3 tahun dimana pada piala dunia itu england menduduki tempat ke-4 pencapaian terbaik three lions sejak fifa 1966.untuk pengetahuan, kit atau set jersi pasukan england akan ditukar 18 bulan sekali.dan hanya 8 perlawanan sahaja england memakai kit ini sejak dilancarkan.bagi aku,jersi england sejak pasca fifa 2006 begitu buruk rekaannyaa.



asalnya paten kit 'kitar semula' ini dijadualkan akan dipakai hingga 2013 tetapi disebabkan komen yang kurang memuaskan dari penyokong mereka sendiri FA england terpaksa menarik balik jersi ini dari pasaran.peminat england juga terbeban kerana mereka juga perlu mengeluarkan lagi 55 pound untuk membeli jersi rasmi pasukan great britain keluaran adidas yang akan dipakai oleh pasukan great britain pada sukan olimpik nanti.


No comments:

Post a Comment