Saturday, 18 February 2012

abu dhabi ?


abu dhabi ialah bandar kedua terbesar di emiriyah arab bersatu.jangan tanya di mana letaknya UAE,pemahaman geografi negara-negara arab aku masih di tahap lemah lagi rendah.asalnya aku ingatkan abu dhabi tu nama tokoh-tokoh atau nama panglima perang sebagaimana vietnam gunakan nama HO CHI MINH dijadikan nama bandaraya terbesar di vietnam.

abu dhabi bermaksud bapa kepada rusa.
yang menghairankan aku abu dhabi asalnya padang pasir macam mane terdetik hati para jubahan untuk menamakan padang pasir tu dengan nama bapa rusa ?? secara logiknya kalau bapa unta mungkin lebih sesuai pasal unta kan boleh hidup kat padang pasir berbanding rusa yang habitatnya di hutan.

mengikut sejarah kawasan itu asalnya ada banyak rusa dan orang yang mengembala kambing itu digelar 'bapa' dan dari situ lah bandar  'Milh' nama lama abu dhabi yang bermaksud air garam kerana geografinya terletak di pesisir teluk parsi mendapat nama baru yang kekal ke hari ini

No comments:

Post a Comment