Thursday, 9 February 2012

fabio capello - 2008 - 2012


  sejujurnya aku tak terkejut dan panik dengan perletakan jawatan fabio capello ini.tiada yang istimewa aku tengok pada team england sejak di bawah kendalian fabio.perbezaan timnas england sejak dibawah tampuk pemerintahan jeneral fabio ialah pemain england jadi seperti budak-budak kena kandang.contohnya masa fifa 2010 para Isteri dan Awek Pemain ( IDAP) atau di peringkat antarabangsa digelar Wife and Girlfriend Stars (WAGS) tidak dibenarkan menetap bersama pasangan mereka di bilik hotel,para wags terpaksa menetap di hotel berasingan dan tidak dibenarkan bersama pasangan mereka kecuali bila dibenarkan,ini pastinya memberi masalah kepada si pemain yang tinggi hormon testosterone nya untuk membuat anak di musim piala dunia.


motif FC berbuat demikian ialah memastikan pemainnya fokus dan mengutamakan permainan dan memberi komitmen sepenuhnya, sebab pada kejohanan itu england diletakkan antara pasukan yang diramal juara hasil keputusan perlawanan di peringkat kelayakan yang memuaskan. tapi kelayakan itu hanyalah berdepan pasukan yang kurang memberi cabaran,dugaan sebenar mereka ialah di piala dunia nanti.pasukan england mempamerkan aksi terburuk mereka di piala dunia pada kejohanan itu sepanjang dekad 2000 an,aksi mereka yang hambar,bergantung kepada pemain yang sama sejak 6-7 tahun lalu,pemain yang sudah berusia,pemain yang hebat di peringkat kelab tapi hampeh bersama timnas seperti john terry,steven gerrard,frank lampard,gareth barry,wayne rooney,jermaine defoe juga ditambah dengan player yang kayu mati seperti rob green,emile heskey, dan banyak lagi.

sejak itu reputasi fabio menjunam dan pelbagai kritikan mula dilemparkan seperti menghalang kebebasan pemain,undang2 terlalu ketat seperti semasa majlis makan malam timnas bersama capello,para pemain dilarang menjawab sebarang call dan mesej.juga dihentam kerana sering menggunakan david james yang sudah berusia dan tidak memberi peluang kepada joe hart yang lebih muda dan cekap beraksi bersama timnas england dan golkeeper england di fifa 2010 antara golkeeper yang bermain di kelab terbawah liga seperti david james (portsmouth) rob green (west ham united).begitu juga para pemain muda dan muka baru tidak diberi peluang mewakili england seperti theo walcott,jack rodwell,laighton baines,darren bent,gabriel agbonlahor,ashley young dan ramai lagi.

strategi timnas england juga lapuk lagi ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan 4-4-2 yang sudah tak relevan dengan stail permainan sekarang yang berteraskan 4-3-3,4-5-1,4-2-3-1, 4-1-4-1, 4-4-1-1. majoriti kelab di england sudah memansuhkan formasi 442 dengan memodenkan stail permainan dengan lebih banyak menggunakan winger yang boleh bertindak sebagai striker seperti nani.juga ada defender yang boleh membantu serangan seperti glen johnson,leighton baines,joleon lescott. aku jugak sering mengantuk bile tengok timnas england dah tak rancak bermain macam era sven goran erikson dulu.
kes perkauman john terry dengan anton ferdinand yang belum selesai membawa kepada pemecatan kapten john terry sebagai kapten england menjadi punca perletakan jawatan fabio capello
diharap dengan sedar dari mimpi si fabio ini FA england harus mencari manager yang boleh mengubah stail permainan timnas england dari bercorak defensif di era capello kepada bercorak attacking di era pengurus baru. sama ada harry redknapp atau sesape saje aku terima dengan tangan terbuka walaupun aku bukan lahir di merseyside,london,newcastle,middlesbrough,canterburry,nottingham atau dimana-mana pun di ceruk england.aku hanya lah penyokong yang jujur kerana negara kelahiran aku masih lagi tak reti-reti nak layak ke piala dunia, hatta fifa edisi ke 50 pun belum  tentu boleh layak lagi. aku cuma memberi sedikit kredit kepada fabio capello yang berjaya melayakkan england ke euro 2012 setelah 5 tahun aku keempunan.

No comments:

Post a Comment