Wednesday, 22 February 2012

sudirman 20 tahun dalam kehilangan

aku tak sempat merasa zaman bang sudir atau cokman yang digunakan oleh rizman azrai @ atai. aku mula kenal sudirman  masa 1999 ada satu show kat tv1  dia dengan imej misai kontotnya dibantu atai,anak buah kesayangan nya.terkejut aku bila mak aku kata mana datang show ni dia kan  dah meninggal ?? terkejut aku dengar pasal tu sejak tu aku pun mula mengenali sudirman bila aku terbaca dalam majalah KAWAN buat cerita pasal bang sudir.
                                   
berdasarkan lirik plak aku paling respek lagu-lagu bang sudir yang berteras kan lumrah rakyat atau working class people macam aku penganggur,punch card,toyol,basikal tua,kau akan kembali,apa khabar orang kampung,chow kit road,aku budak kampung,banyak lagi lagu dia yang genius penulisannya itu yang aku tahu sahaja. dari siti nurhaliza yang   suka buat konsert di hadapan VIP dan dikawal oleh ayie yang lebih sudu dari kuah cukup buat aku menyampah dengan penghibur keas atasan ini.muzik pun genre pop dan irama malaysia saja dan majoriti ditulis oleh pak ngah .aku berani bet siti nurhaliza tak la sebagus mana penulisan lirik lagunya dan hanya popular di kalangan nusantara berbanding bang sudir yang dah menang penghibur terbaik asia.
hari ni genapla 20 tahun dia pergi.imej bang sudir juga sentiasa jadi perhatian setiap kali buat konsert dengan dia selalu pakai pakaian yang direka nya sendiri berbanding artis lain yang harapkan sponsor.paling diingati baju bendera malaysia nya yang menarik perhatian pada masa tu kalau lady gaga tengok confirm dia rasa terkejut.bang sudir jugak pandai melukis komik itu pun dia melukis macam mana dan apa yang bakal dia buat masa dia buat persembahan nanti dan apa jenis tarian yang dia akan gunakan.itu untuk memudahkan orang memahami dan faham apa yang sudir ingin lakukan semasa persembahan
                                            
filem KAMI plak   filem yang legenda bagi aku. macam mana seorang budak bernama tookoo(sudirman) mampu hidup sendiri dengan mengutip botol,kerja basuh kereta,potong rumput semata-mata untuk hidup berdikari dan tinggal di rumah usang.paling menyedihkan bila din kemalangan dan tookoo terpaksa menjual kaset kesayanggannya untuk membeli nasik bungkus untuk din di hospital dan meyedihkan nurse di hospital boleh buang nasik tu bila din nak makan.
sudir jugak dikenali artis malaysia pertama yang memiliki air tin jenama sudir.sesape yang hidup zaman 80an untung la pernah merasa air tu


kamariah jamaludin gambar ni diambil pada 2009.
kisah peribadi sudirman jugak menyayat hati.dia kehilangan ibunya di usia muda.kegagalan perkahwinan nya dengan kamariah jamalludin juga berakhir dengan tragis dan itu antara kenapa sudir begitu depress di akhir hayatnya.kamariah ahmad adalah cinta sejati sudir dan tidak diketahui apa punca penceraian itu.kegagalan rumah tangga sudir juga membawa kepada penulisan lagu-lagu nya yang puitis macam pelangi petang,terasing,merisik khabar,salam terakhir,antara hujan dan air mata,nilai cintamu. semoga roh nya aman di sana
                                 

No comments:

Post a Comment