Sunday 25 December 2011

gary mccalister

semasa gary mula menyertai liverpool ramai yang mempertikaikan keputusan gerrard houllier membawa masuk midfielder ini yang berusia 36 tahun dan merasakan gary hanya layak mengisi bangku simpanan saja dan tahap kecergasan nya mungkin terhad. tetapi itu semua tidak berlaku dan gary walaupun hanya 2 musim bersama liverpool telah banyak sumbangannya walaupun hanya 2 musim di anfield.
aku akui gary mccalister pemain paling bernilai dibawa masuk gerrard houlier walaupun dia hanya masuk percuma dan impaknya cukup kuat dengan dia memberi inspirasi dan tunjuk ajar kepada skuad liverpool hingga membawa kepada treble musim 2000-2001 dan naib juara epl musim 2001-2002. the enforcer juga menjaringkan gol penting untuk liverpool antaranya free kick dari tengah padang pada minit2 akhir perlawanan menentang everton,free kick yang menyebabkan pemain alaves gol sendiri pada final uefa cup 2001 yang dimenangi liverpool dan  penalti gol ketika menumpaskan barcelona di anfield semi final kejohanan uefa cup.

di musim kedua nya the enforcer menjadi tonggak utama liverpool menjadi naib juara epl musim 2001-2002 pencapaian terbaik kelab sejak musim 1990.  liverpool sepatutnya membeli gary mccalister 10 tahun dahulu iaitu pada 1991 ketika dia berusia 27 tahun dan jika graeme sounes membawa nya masuk pasti liverpool dapat menafikan rekod manchester united ketika itu sejak gary meninggalkan liverpool mereka hanya menduduki tempat ke 5 pada musim 2002-2003 dan sifat kepimpinan gary amat dirasai kehilangganya bila dia sudah tiada dia juga memberi suntikan semangat kepada rakan sepasukan untuk terus berjuang buktinya dengan kemasukan the enforcer pada babak kedua di final piala fa 2001 liverpool bangkit untuk menang 2-1 dengan gary menjadi perancang gol michael owen melalui hantaran bola matinya. gary juga diletakkan di kedudukan 32 dalam senarai 100 pemain yang mengejutkan the kop dan pada hari ini 25 december 2011 gary menyambut ulangtahun ke 47 nya berharap supaya akan muncul pemain liverpool yang sepertinya lagi.

Tuesday 20 December 2011

kim jong il


yuri irsenovich kim atau kim jong il akhir nya mati tapi penguasaan komunis dan kemiskinan dan ketakutan yang membelenggu rakyat korea utara tak kan berakhir. diktator korea utara itu meninggal dunia pada 17 disember lalu akibat serangan jantung pada usia 69 tahun.dan rakyat korea utara bukannya menangis kegembiraan tetapi menangis kesedihan atas kematian pemimpin kesayangan mereka itu. bagi rakyat korea utara yang sedar segala kekejaman kim jong il mereka pastnya berpuas hati pemimpin itu meninggal dunia kerana antara kekejaman kim jong il ialah rakyat korea utara tidak dibenarkan berhijrah ke luar negara untuk kehidupan yang lebih baik. ada satu dokumentari aku tengok di history channel sekiranya warga korea utara tertangkap semasa melarikan diri ke china mereka akan dihantar pulang ke korea utara dan dihukum dengan ditembak sehingga mati.

di korea utara saja setiap keluaran/produk dihasilkan lebih  kepada penghasilan bahan-bahan api dan mereka antara memiliki kekuatan askar terbanyak di dunia iaitu 5 juta orang tentera. rakyat korea utara juga tidak bebas memiliki sumber sendiri dengan tidak menerima catuan makanan dan terpaksa mencari makanan mereka sendiri di hutan.segala dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat diberi sepenuhnya untuk pembangunan nuklear dan senjata api.

Sunday 18 December 2011

kane wwe kembali bertopeng

kostum terawal kane

aku bukan la aktif sangat minat wrestling.last aku aktif masa 2006 dan circa 2007. lepas tu aku main bola sepak balek. tapi dalam arena gusti ni aku paling minat bila ada penggusti bertopeng dulu-dulu yang jadi hurricane,kane dan rey mysterio.bagi aku bertopeng ni sungguh cool dan anti hero.

imej terakhir kane sebelum membuka topeng
 kane semasa era bertopeng sungguh menakutkan dan setiap kali dia muncul arena akan jadi gelap dan lepas tu muncullah cahaya merah dan lagu tema kane. dengan saiz gergasi dan kostum merah hitam dia siapa tak takut dengan kane tu.dan ada jugak la yang tak tau pape main reka-reka cerita yang kane dan undertaker adik-beradik.mungkin masa tu takde wikipedia dan aku jamin rumah yang buat fitnah tu takde internet untuk mengkaji dengan lebih mendalam pasal latar belakang kane.dah nyata nama kane glen jacobs memandai plak kaitkan dengan undertaker mark callaway tengok nama family dah tau la.
topeng lama dan baru kane
berbalik kepada topik di atas,selasa lalu slot wwe RAW selasa lalu kane telah membuat gangguan dengan mencampuri pertarungan antara john cena - mark henry dan kemudian meng KO kan john cena dengan finishing movement tradisi nya chokeslam.dan muncul dengan muncul dengan topeng terbaru nya.
topeng besi yang dipakai kane ketika menyerang john cena
imej kane sejak membuka topeng
sudah 8 tahun setengah kane membuka topengnya setelah kalah dalam pertarungan tag team bertemu la resistance.untuk seketika itu kane digeruni di seluruh wwe dengan imej botak nya yang ganas tetapi untuk beberapa tahun kemudian kane seakan-akan hilang tarikannya walaupun dia memenangi pelbagai kejuaraan.

grant holt


pada 2001 grant pernah bermain di liga singapura untuk kelab sengkang marine fc.dia hanya bermain di liga S semusim saja sebelum kembali ke england. ketika itu grant hanya lah pemain semi pro.kembali ke england grant bermain untuk barrow (kelab conference,peringkat semi pro di england) dan selepas itu barulah grant menjadi pemain profesional dengan menyertai sheffield wednesday.
 
aku dapat tau pasal ni pun lepas john dacey kerap bercerita tentang sejarah grant holt di singapura semasa norwich bertemu everton malam semalam.agak mengejutkan macam mana seorang semi pro boleh menjadi antara top scorer di epl sekarang ini mungkin ini lah mentaliti pemain eropah dan usaha gigih mereka yang tidak ada pada kita. sekarang ini kelab sengkang marine sudah tiada lagi dan telah digabungkan dengan paya lebar punggol fc dan menjadi kelab hougang united fc pada hari ini.

Saturday 17 December 2011

kolej kediaman KEETWONEN

 ini sungguh kreatif dan menjadi penyelesaian kepada pelajar yang tak dapar hostel. dan kenapa poli aku takde idea se kreatif ni aku pun tak tau.dibina oleh tempohousing sebanyak 1000 kontena diperlukan bagi membina kediaman pelajar ini.dibina sejak 2005 dan 'hayat' nya ialah 5 tahun dan dilanjutkan sehingga 2016.cool!!  setiap unit rumah kontena mempunyai kemudahan yang diperlukan pelajar.dinding setiap unit rumah ialah kalis bunyi dan mempunyai bilik mandi,dapur dan balkoni masing-masing.juga terdapar kedai makan,kafe,kedai runcit,gymnasium dan studio seni. juga disediakan tempat letak basikal.di setiap blok.


jom ketawa beramai-ramai :)




Friday 16 December 2011

dodger - kucing yang pandai menaiki bas

 

dodger ialah seekor kucing jantan berwarna perang seperti garfield.dodger mempunyai hobi yang pelik,suka menaiki bas setiap hari dan selepas bas itu habis mengelilingi kawasannya dalam radius 16.1 kilometer dodger akan turun semula di mana tempat dia menaiki bas tadi.uniknya,dodger tidak ditendang dan dicampak keluar oleh pemandu bas sekiranya melihat dia menaiki bas itu.dodger menaiki bas itu kerana keadaan nya yang panas dan sesuai untuk berteduh kerana cuaca di UK kini sejuk.nama dodger itu dipilih dari nama artful dodger seorang penyeluk saku dalam novel oliver twist tulisan charles dickens.
setiap pemandu bas sudah biasa dengan dodger apabila bertugas mereka akan membawa sekali makanan kucing untuk diberi kepada dodger dan semasa didalam bas dodger akan tidur di kerusi penumpang dan kadang kala baring di riba penumpang. usia dodger ialah 15 TAHUN !!! dodger bukan lah kucing liar tetapi dia dimiliki oleh mrs.jeane 44 tahun, mereka baru berpindah ke situ 19 bulan yang lalu.pada mula nya dia terkejut bila anak perempuannya mengatakan yang dia terlihat dodger semasa menaiki bas.mrs,jeane memandu mengejar lori itu dan pemandu nya berkata yang dodger sudah biasa menaiki bas.'panas' yang diperolehi oleh dodger didalam bas ialah haba di tempat duduk yang ditinggalkan oleh penumpang.

kesimpulan liga europa setakat ini (untuk kelab england saja)







berakhirnya grup stage pagi tadi mencipta satu sejarah baru untuk kelab bolasepak inggeris.  tottenham,birmingham dan fulham  masing2 tersingkir dari peringkat kumpulan walaupun mencatat keputusan selesa dengan spurs dan birmingham menang dan fulham seri. stoke pula walaupun kalah di turki tetapi layak dengan menjadi naib juara kumpulan dengan 11 mata/pusingan  ke 2 selepas ini nampaknya tiada wakil dari london setelah spurs dan fulham tersingkir.dari wilayah midlands pula hanya stoke city saja yang menjadi wakil setelah birmingham tersingkir.

di peringkat seterusnya cabaran kelab england disertai oleh man united dan man city dua kelab bandar manchester yang sehati dan sejiwa dengan masing2 tersingkir dari peringkat kumpulan pada hari terakhir perlawanan.nampaknya kempen eropah untuk kelab2 england musim ini begitu malap dan tanpa liverpool yang menjadi 'abang long' di peringkat eropah kelab2 england tidak akan digeruni oleh kelab eropah lain.

kesimpulannya ialah spurs masih lagi jaguh kampung dan hebat dalam liga tak menjamin hebat di eropah.dan liga europa suspen nya lagi dahsyat dari uefa champions leageu pasal juara europa league adalah team yang berbeza tiap tahun dan tak semestinya kekayaan boleh jadi jaminan untuk menang europa league,tengok lah kelab yang menjadi juara dan naib juara mereka bukannya kaya tetapi ada spirit of football dan taktikal yang baik menjadikan mereka kuat.

disini senarai kedudukan akhir pada hari terakhir perlawanan liga europa:

Thursday 15 December 2011

sabah vs manchester united


gambar ni ditemui semasa aku pergi facebook bolasepak malaysia.perlawanan dimenangi red devil 2-0. man utd waktu dikenali sebagai team sandarkan pada kenangan sebab tak abes2 megah dengan sejarah dekad 60 an diorang.dan aku jamin takde fan man utd kat malaysia yang tau pasal game ni.pengaruh man utd kat malaysia meluas bila masuk era 90 an.semasa rejim alex ferguson berkuasa,masa game man u vs sabah ni red devil dibawah pimpinan ron atkinson.perlawanan persahabatan ni berlangsung di stadium likas pada tahun 1980.
ron atkinson

Wednesday 14 December 2011

roman abramovich vs mansour al-nahyan

persamaan - kedua-duanya menjadi pemilik kelab terkaya di england.

sistem token rapid KL

27 november merupakan hari terakhir aku menggunakan sistem tiket lrt yang menggunakan kad.keesokan harinya 28 adalah hari pertama sistem baru dipraktikkan dengan ini masalah kad yang boleh terkeluar semasa aku insert kad kat setiap mesin lrt akan hilang. memang aku bengang dengan sistem kad yang sungguh teruk setiap minggu aku naik lrt akan ada masalah kad bile aku masukkan kad ke mesin lrt dengan automatik nya kad itu akan keluar semula.dan terpaksa la aku ke kaunter dan buat muka seposen kat operator tu.


dapat je token tu terus scan kat bahagian berwarna pink tu
aku agak lewat gunakan sistem baru lrt ni,faedah nya sungguh bagus contohnya kalau nak ke bukit jalil aku tak payah la nak beli kad 2 kali macam sistem sebelum ni,aku cume pergi ke mesin token,lupa nak ingatkan yang sekarang ni sistem beli macam beli kad lrt sebelum ni dah dimansuhkan dengan setiap pengguna lrt perlu membeli di mesin token.berbalik kepada topik tadi, pergi ke mesin token dan pilih la mana2 destinasi yang kita nak,kalau tak nampak jelas setiap destinasi tu cuma sentuh je kat touch skrin mesin lrt tu dan akan zoom dengan sendiri nya lepas pilih destinasi yang nak dituju tekan OK dan masukkan duit secukupnya dan tunggu la token plastik berwarna biru keluar. kalau sebelum ni masukkan kad ke mesin kad dan lalu tapi mesin token ni kena scan kat bahagian yang ada simbol token dan kad tu bukannya kat skrin yang ada kat mesin tu.lepas tu bila dah sampai ke stesen yang dituju masukkan je token tu ke lubang yang disediakan macam lubang kat tabung duit tu la,
jangan sentuh kat skrin sentuh di atas tapi scan kat bahagian yang ada simbol token dan kad sebelum skrin ni

senang dan mudah kan? terima kasih rapid kl tapi untuk untuk aliran monorel belum dipraktikkan lagi,tahun depan baru sistem token dipraktikkan.

jenaka bersama buah-buahan :)