Sunday, 25 December 2011

gary mccalister

semasa gary mula menyertai liverpool ramai yang mempertikaikan keputusan gerrard houllier membawa masuk midfielder ini yang berusia 36 tahun dan merasakan gary hanya layak mengisi bangku simpanan saja dan tahap kecergasan nya mungkin terhad. tetapi itu semua tidak berlaku dan gary walaupun hanya 2 musim bersama liverpool telah banyak sumbangannya walaupun hanya 2 musim di anfield.
aku akui gary mccalister pemain paling bernilai dibawa masuk gerrard houlier walaupun dia hanya masuk percuma dan impaknya cukup kuat dengan dia memberi inspirasi dan tunjuk ajar kepada skuad liverpool hingga membawa kepada treble musim 2000-2001 dan naib juara epl musim 2001-2002. the enforcer juga menjaringkan gol penting untuk liverpool antaranya free kick dari tengah padang pada minit2 akhir perlawanan menentang everton,free kick yang menyebabkan pemain alaves gol sendiri pada final uefa cup 2001 yang dimenangi liverpool dan  penalti gol ketika menumpaskan barcelona di anfield semi final kejohanan uefa cup.

di musim kedua nya the enforcer menjadi tonggak utama liverpool menjadi naib juara epl musim 2001-2002 pencapaian terbaik kelab sejak musim 1990.  liverpool sepatutnya membeli gary mccalister 10 tahun dahulu iaitu pada 1991 ketika dia berusia 27 tahun dan jika graeme sounes membawa nya masuk pasti liverpool dapat menafikan rekod manchester united ketika itu sejak gary meninggalkan liverpool mereka hanya menduduki tempat ke 5 pada musim 2002-2003 dan sifat kepimpinan gary amat dirasai kehilangganya bila dia sudah tiada dia juga memberi suntikan semangat kepada rakan sepasukan untuk terus berjuang buktinya dengan kemasukan the enforcer pada babak kedua di final piala fa 2001 liverpool bangkit untuk menang 2-1 dengan gary menjadi perancang gol michael owen melalui hantaran bola matinya. gary juga diletakkan di kedudukan 32 dalam senarai 100 pemain yang mengejutkan the kop dan pada hari ini 25 december 2011 gary menyambut ulangtahun ke 47 nya berharap supaya akan muncul pemain liverpool yang sepertinya lagi.

No comments:

Post a Comment