Friday, 9 December 2011

john lennon

john winston ono lennon
9 oktober 1940 - 8 disember 1980

sekali lagi aku menjadi seorang yang pelupa :( semalam adalah ulangtahun ke 31 kematian john winston ono lennon. joh lennon pada usia mudanya ialah seorang anak yang dibesarkan oleh makciknya setelah ibu-bapanya berpisah.di usia remaja john lennon kembali bertemu dengan ibunya. band pertama ditubuhkan john lennon ialah the quarrymen kemudiannya berkembang menjadi the beatles dan sejak itu nama lennon mula dikenali di seluruh dunia kerana pengaruhnya yang meluas dan kegilaan peminat terhadap muzik mereka yang menjadi fenomena pada masa itu.
julian lennon
cynthia dan julian lennon
john dan julian lennon
tetapi john lennon juga terpaksa bergelut dengan kehidupan peribadinya dalam tahun2 terawal the beatles kerana kekasihnya sejak remaja,cynthia telah mengandung dan lennon memilih untuk berkahwin di usia muda dan apabila nama the beatles mula dikenali di seluruh dunia lennon telah diarahkan oleh pihak pengurusan untuk 'menutup' statusnya sebagai suami orang kerana pada waktu itu peminat wanita tidak begitu berminat pada superstar yang sudah berkahwin. dan hanya teman rapat john sahaja yang mengenali cynthia dan julian (anak lelaki john)
john dan yoko ono
john dan sean lennon
selepas bercerai dengan cynthia,john mengahwini yoko ono dan dikurniakan seorang anak lelaki, sean. sejak the beatles berpecah john lennon dan yoko ono sering mengadakan kempen keamanan seperti menentang perang vietnam.
sean lennon - john lennon
tetapi pada 8 disember 1980 john pergi buat selama-lamanya setelah ditembak di hadapan isteri dan anaknya,sean.oleh mark david chapman  yang menembak john dengan 5 das tembakan dan 4 daripada nya tepat ke belakang john lennon.berakhir lah riwayat seorang legenda dan mark david chapman dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan dilanjutkan setelag rayuannya ditolak.
mark david chapman

No comments:

Post a Comment