Tuesday, 20 December 2011

kim jong il


yuri irsenovich kim atau kim jong il akhir nya mati tapi penguasaan komunis dan kemiskinan dan ketakutan yang membelenggu rakyat korea utara tak kan berakhir. diktator korea utara itu meninggal dunia pada 17 disember lalu akibat serangan jantung pada usia 69 tahun.dan rakyat korea utara bukannya menangis kegembiraan tetapi menangis kesedihan atas kematian pemimpin kesayangan mereka itu. bagi rakyat korea utara yang sedar segala kekejaman kim jong il mereka pastnya berpuas hati pemimpin itu meninggal dunia kerana antara kekejaman kim jong il ialah rakyat korea utara tidak dibenarkan berhijrah ke luar negara untuk kehidupan yang lebih baik. ada satu dokumentari aku tengok di history channel sekiranya warga korea utara tertangkap semasa melarikan diri ke china mereka akan dihantar pulang ke korea utara dan dihukum dengan ditembak sehingga mati.

di korea utara saja setiap keluaran/produk dihasilkan lebih  kepada penghasilan bahan-bahan api dan mereka antara memiliki kekuatan askar terbanyak di dunia iaitu 5 juta orang tentera. rakyat korea utara juga tidak bebas memiliki sumber sendiri dengan tidak menerima catuan makanan dan terpaksa mencari makanan mereka sendiri di hutan.segala dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat diberi sepenuhnya untuk pembangunan nuklear dan senjata api.

No comments:

Post a Comment