Friday 16 December 2011

dodger - kucing yang pandai menaiki bas

 

dodger ialah seekor kucing jantan berwarna perang seperti garfield.dodger mempunyai hobi yang pelik,suka menaiki bas setiap hari dan selepas bas itu habis mengelilingi kawasannya dalam radius 16.1 kilometer dodger akan turun semula di mana tempat dia menaiki bas tadi.uniknya,dodger tidak ditendang dan dicampak keluar oleh pemandu bas sekiranya melihat dia menaiki bas itu.dodger menaiki bas itu kerana keadaan nya yang panas dan sesuai untuk berteduh kerana cuaca di UK kini sejuk.nama dodger itu dipilih dari nama artful dodger seorang penyeluk saku dalam novel oliver twist tulisan charles dickens.
setiap pemandu bas sudah biasa dengan dodger apabila bertugas mereka akan membawa sekali makanan kucing untuk diberi kepada dodger dan semasa didalam bas dodger akan tidur di kerusi penumpang dan kadang kala baring di riba penumpang. usia dodger ialah 15 TAHUN !!! dodger bukan lah kucing liar tetapi dia dimiliki oleh mrs.jeane 44 tahun, mereka baru berpindah ke situ 19 bulan yang lalu.pada mula nya dia terkejut bila anak perempuannya mengatakan yang dia terlihat dodger semasa menaiki bas.mrs,jeane memandu mengejar lori itu dan pemandu nya berkata yang dodger sudah biasa menaiki bas.'panas' yang diperolehi oleh dodger didalam bas ialah haba di tempat duduk yang ditinggalkan oleh penumpang.

No comments:

Post a Comment