Sunday 18 December 2011

grant holt


pada 2001 grant pernah bermain di liga singapura untuk kelab sengkang marine fc.dia hanya bermain di liga S semusim saja sebelum kembali ke england. ketika itu grant hanya lah pemain semi pro.kembali ke england grant bermain untuk barrow (kelab conference,peringkat semi pro di england) dan selepas itu barulah grant menjadi pemain profesional dengan menyertai sheffield wednesday.
 
aku dapat tau pasal ni pun lepas john dacey kerap bercerita tentang sejarah grant holt di singapura semasa norwich bertemu everton malam semalam.agak mengejutkan macam mana seorang semi pro boleh menjadi antara top scorer di epl sekarang ini mungkin ini lah mentaliti pemain eropah dan usaha gigih mereka yang tidak ada pada kita. sekarang ini kelab sengkang marine sudah tiada lagi dan telah digabungkan dengan paya lebar punggol fc dan menjadi kelab hougang united fc pada hari ini.

No comments:

Post a Comment