Friday, 16 December 2011
kesimpulan liga europa setakat ini (untuk kelab england saja)
berakhirnya grup stage pagi tadi mencipta satu sejarah baru untuk kelab bolasepak inggeris. tottenham,birmingham dan fulham masing2 tersingkir dari peringkat kumpulan walaupun mencatat keputusan selesa dengan spurs dan birmingham menang dan fulham seri. stoke pula walaupun kalah di turki tetapi layak dengan menjadi naib juara kumpulan dengan 11 mata/pusingan ke 2 selepas ini nampaknya tiada wakil dari london setelah spurs dan fulham tersingkir.dari wilayah midlands pula hanya stoke city saja yang menjadi wakil setelah birmingham tersingkir.
di peringkat seterusnya cabaran kelab england disertai oleh man united dan man city dua kelab bandar manchester yang sehati dan sejiwa dengan masing2 tersingkir dari peringkat kumpulan pada hari terakhir perlawanan.nampaknya kempen eropah untuk kelab2 england musim ini begitu malap dan tanpa liverpool yang menjadi 'abang long' di peringkat eropah kelab2 england tidak akan digeruni oleh kelab eropah lain.
kesimpulannya ialah spurs masih lagi jaguh kampung dan hebat dalam liga tak menjamin hebat di eropah.dan liga europa suspen nya lagi dahsyat dari uefa champions leageu pasal juara europa league adalah team yang berbeza tiap tahun dan tak semestinya kekayaan boleh jadi jaminan untuk menang europa league,tengok lah kelab yang menjadi juara dan naib juara mereka bukannya kaya tetapi ada spirit of football dan taktikal yang baik menjadikan mereka kuat.
disini senarai kedudukan akhir pada hari terakhir perlawanan liga europa:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment