27 november merupakan hari terakhir aku menggunakan sistem tiket lrt yang menggunakan kad.keesokan harinya 28 adalah hari pertama sistem baru dipraktikkan dengan ini masalah kad yang boleh terkeluar semasa aku insert kad kat setiap mesin lrt akan hilang. memang aku bengang dengan sistem kad yang sungguh teruk setiap minggu aku naik lrt akan ada masalah kad bile aku masukkan kad ke mesin lrt dengan automatik nya kad itu akan keluar semula.dan terpaksa la aku ke kaunter dan buat muka seposen kat operator tu.
|
dapat je token tu terus scan kat bahagian berwarna pink tu |
aku agak lewat gunakan sistem baru lrt ni,faedah nya sungguh bagus contohnya kalau nak ke bukit jalil aku tak payah la nak beli kad 2 kali macam sistem sebelum ni,aku cume pergi ke mesin token,lupa nak ingatkan yang sekarang ni sistem beli macam beli kad lrt sebelum ni dah dimansuhkan dengan setiap pengguna lrt perlu membeli di mesin token.berbalik kepada topik tadi, pergi ke mesin token dan pilih la mana2 destinasi yang kita nak,kalau tak nampak jelas setiap destinasi tu cuma sentuh je kat touch skrin mesin lrt tu dan akan zoom dengan sendiri nya lepas pilih destinasi yang nak dituju tekan OK dan masukkan duit secukupnya dan tunggu la token plastik berwarna biru keluar. kalau sebelum ni masukkan kad ke mesin kad dan lalu tapi mesin token ni kena scan kat bahagian yang ada simbol token dan kad tu bukannya kat skrin yang ada kat mesin tu.lepas tu bila dah sampai ke stesen yang dituju masukkan je token tu ke lubang yang disediakan macam lubang kat tabung duit tu la,
|
jangan sentuh kat skrin sentuh di atas tapi scan kat bahagian yang ada simbol token dan kad sebelum skrin ni |
senang dan mudah kan? terima kasih rapid kl tapi untuk untuk aliran monorel belum dipraktikkan lagi,tahun depan baru sistem token dipraktikkan.
No comments:
Post a Comment