Saturday 30 July 2011

top of the pop dalam kenangan

bermulanya hari ini 30 julai 2011 genaplah 5 tahun rancangan top of the pop ditamatkan siarannya. rancangan yg menjemput para artis utk membuat persembahan di televisyen bertujuan mempromosikan artis yg mencatat jualan album tertinggi dlm minggu tersebut. rancangan ini mula bersiaran pada hari tahun baru 1964. dan berterusan hinggalah siri terakhirnya pada 30 julai 2006. rancangan ini mencipta rekod sbg rancangan muzik yg terpanjang pernah disiarkan selama 42 tahun.






tahniah URUGUAY !!!


uruguay berjaya menjuarai copa america edisi ke 43. mereka juga mencipta rekod dgn menjuarainya buat kali ke 15. kali terakhir mereka menjulang piala itu adalah pada 1995. pada perlawanan akhir antara uruguay & paraguay itu gol uruguay disumbangkan oleh luis suarez (1) dan diego forlan (2) utk menjadikan perlawanan berkesudahan uruguay 3-0 paraguay.

luis suarez juga dinobatkan pemain terbaik kejohanan

diego forlan. meneruskan hatrik keluarganya apabila mengulangi pencapaian bapa & datuknya.
pablo forlan,bapa diego forlan

pablo forlan, semasa dalam karier permainannya.

juan carlos corazo, datuk kepada diego forlan.

uruguay menjuarai fifa world cup 1930

maksud poster di atas ni fifa world cup 1930 yg diadakan di uruguay.dgn mereka sebagai tuan rumah berjaya menjuarainya buat kali pertama dgn menewaskan argentina 4-2.

skuad uruguay yg memenangi fifa world cup 1930
uruguay adalah negara paling kecil dari segi jumlah penduduknya. dan mereka juga negara terkecil memenangi fifa world cup. kesemua pemain skuad uruguay yg memenangi kejohanan tersebut telah meninggal dunia.

hollywood undead- been to hell

ini utk semua org yg sangka mereka ada masa depan cerah dlm bidang seni.

Sunday 24 July 2011

nicky byrne

harry kewell

nicky byrne
semasa di akademi remaja leeds united fc , harry kewell & nicky byrne (westlife) adalah rakan sepasukan dn merekalah ahli skuad remaja leeds united yg memenangi piala FA remaja 1997 dgn nicky bermain di posisi goalkeeper. tetapi karier bolasepak nicky tidak secerah harry dan selepas dua tahun bermain utk leeds united tetapi menghabiskan masanya di bangku simpanan. selepas kontraknya tamat dia bermain utk kelab di liga bawahan dan dia mencuba nasib menyertai ujibakat pencarian boyband dari ireland dan dia berjaya dia direkrut oleh louis walsh, pengurus boyzone. dan dia diperkenalkan kepada ahli westlife yg lain.harry pula meraih perhatian sbg bakat baru yg menyerah di epl.

harry kewell di awal kemunculannya
walaupun sudah lama menggantung but,nicky juga masih aktif bermain bola   dgn menyertai perlawanan amal.pada 2009 dia diturunkn sbg pemain simpanan pilihan liverpool XI menentang all star dgn tujuan utk mengutip dana dan hasil kutipan perlawanan itu disalurkan ke yayasan marina dalglish.




pada 2010, nicky & shane filan (westlife) telah menyertai perlawanan amal antara pasukan pilihan dunia(yg disertai oleh selebriti ) menentang england ( yg dianggotai oleh superstar & selebriti inggeris). perlawanan itu bertujuan mengutip dana utk UNICEF.





selamat ulangtahun !!! 24 julai

martin keown
24 julai 1966

danielle de rossi
24 julai 1983

mehdi mahdavikia
24 julai 1977

selamat ulangtahun !!! 24 julai

jennifer lopez
24 julai 1969

bindi irwin
24 julai 1998

torrie wilson
24 julai 1975

Saturday 23 July 2011

joseph kallang tie

akhirnya tercapai jugak hajat aku utk melihat pemain dari sarawak mewakili malaysia. joseph kalang tie mula menarik perhatian dgn permainan menariknya semasa mewakili terengganu. JKT berasal dari sarawak, dan berbangsa kenyah. aku mula mengenali dia masa dia bermain utk pasukan sarawak. dan dia mula meraih perhatian peminat bolasepak malaysia dgn aksinya di final piala FA 2011 dan di facebook pula mula wujud page yg meminta dia dipilih utk mewakili malaysia. dan hasilnya dia dipilih oleh ong kim swee utk beraksi menentang chelsea. dgn dia diturunkan di posisi midfielder.


bertalan bickskei dalam kenangan

bertalan bickskei

pada sabtu minggu lepas bertalan bickskei yg merupakan bekas jurulatih pasukan kebangsaan malaysia telah meninggal dunia .dia juga pernah melatih skuad senior hungary pada tahun 1989 & 1998-2001. kejayaan nya bersama skuad malaysia ialah memenangi tempat ke3 piala tiger pada tahun 2004 menewaskan myanmar

Sunday 17 July 2011

video gol liverpool vs malaysia

liverpool vs malaysia 6

kemenangan liverpool diraikan dgn meriah oleh penyokong the reds dan tepukan gemuruh diberi kepada harimau malaya yg mempamerkan aksi yg jauh lebih baik dari semasa bertemu arsenal


liverpool vs malaysia 5

pada separuh masa pertama keduduan terikat 1-1 dan pada separuh masa kedua liverpool mula menajamkan serangan dan malaysia begitu juga utk memastikan mereka mempamerkan aksi terbaik utk peminat mereka dan perlawanan beresudahan liverpool 6-3 malaysia:
                                   liverpool 6 - 3 malaysia
1- charlie adam (penalti)                   1- shafiq rahim
2- david ngog
3- david ngog
4- maxi rodriguez                             2- safee sali
                                                        3- safee sali
5- maxi rodriguez
6-dirk kuyt
penonton yg tidak menenmui tempat duduk kosong terpaksa duduk di atas lantai stadium












liverpool vs malaysia 4

gambar2 ni plak menunjukkan betapa kuatnya sokongan penyokong liverpool kepada kelab kesayangan kitorg dan jugak kitorg celebrate goal shafiq rahim & safee sali bila diorg gol. bukan macam peminat man utd dulu yg boo team negara sendiri bila goal .