Sunday 28 August 2011

happy birthday cassadee pope!!!




cassadee pope






cassadee pope & hey monday
28.ogos adalah hari jadi kepada cassadee pope 'cutie' yg juga vokalis kepada hey monday. aku mula kenal group ni masa form 5 dan sejak tu aku terus jadi peminat setia diorg, especially cassadee pope punye style yg menambahkan kecomelan dia.

jersi goalkeeper everton yg unik

jersi goalie everton musim 2011-12 ini menarik perhatian kerana rekaannya yang  berkonsepkan camouflage ( corak pakaian yg menyerupai persekitaran) dan sama coraknya dengan pakaian celoreng askar. tetapi tidak pasti adakah pemain lawan dapat melihat tim howard dengan jelas atau tidak di atas padang.




tim howard


Saturday 27 August 2011

cinta teragung - hazama



utk semua orang yang aku sayang


Lirik Lagu Cinta Teragung – Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku

Ternyata tak terkata
Rinduku padamu


Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku

Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

emiliano insua tinggalkan liverpool




emiliano insua
bek kiri argentina, emiliano insua meninggalkan liverpool setelah menandatangani kontrak 5 tahun dengan sporting lisbon. dengan pemergian insua, slot utk bek kiri liverpool kini menjadi rebutan jose enrique, fabio aurelio dan budak baru, jack robinson.

Thursday 25 August 2011

FC Anzi Makhachkala




fc anzhi makhachkala
kelab yg berasal dari  Makhachkala, republik Dagestan tapi bermain di liga russia ini mula ditubuhkan pada 1991 dan sejak 1992 mereka telah bermain di liga russia dan pada 1999 menjuarai divisyen 1 russia dan dinaik kan pangkat ke liga perdana dengan menamatkan musim debut mereka di tempat ke4.tetapi 2002 mereka tersingkir ke divisyen 1 sehingga terpaksa menanti 7 tahun utk menjuarai divisyen 1 dan kembali ke liga perdana russia.





jersi tuan rumah berwarna kuning yang dipakai oleh balazs dzsudzsak



suleyman kerimov
pada 18 januari 2011, bilionaire suleyman kerimov telah membeli kelab ini dan memperuntukkan $200 juta dolar utk membangunkan infrastruktur spt menaik taraf dinamo stadium (stadium kelab) dari 20 000 kapasiti kepada 40 000 ribu penonton utk memenuhi standard uefa.



dinamo stadium
pada musim perpindahan januari 2011, kelab telah menandatangani roberto carlos,legenda brazil.




roberto carlos
pada perpindahan musim panas 2011, yuri zhirkov telah dibawa masuk dari chelsea dengan yuran perpindahan tidak dinyatakan




yuri zhirkov

.dan 23 ogos 2011 pula, kelab ini terus berbelanja besar dengan membawa masuk samuel eto'o dari inter milan pada harga 22 juta euro dengan gaji sebanyak 20.5 juta euro semusim bersamaan 750 000 euro seminggu utk kontrak selama 3 tahun.menjadikan dia pemain bergaji paling tinggi di dunia.





samue eto'o : even kelab ni x popular dan sehebat barca & man u,tapi dapat ke diorang bayar gaji 750 000 EURO seminggu kat aku ??
para pemain kelab ini dilaporkan berlatih & menetap di moscow,russia dan mereka akan diterbangkan ke makhachkala. jika ada perlawanan di tempat sendiri. jarak antara makhachkala - moscow ialah 2000 kilometer. dan para pemain akan melalui jarak 2000 kilometer sebanyak 15 kali semusim  utk perlawanan di tempat sendiri.

bob bradley - michael bradley

sama spt yg berlaku kepada anak beranak weiss(vladimir weiss) keluarga bradley juga mencipta sejarah di piala dunia fifa 2010 dengan menampilkan anak- bapa di dalam satu pasukan dengan bob sebagai pengurus dan michael pula pemain.



bob bradley
karier permainan nya hanya lah di amerika syarikat sahaja. dan tidak pernah memiliki cap antarabangsa. tetapi dia cemerlang dalam bidang kejurulatihan dengan menjadi pembantu kepada bekas pengurus amerika syarikat,bruce arena.jasa nya paliing diingati ialah ketika membimbing chivas USA pasukan yg pada permulaan musim begitu teruk rekod mereka dan dia berjaya membawa skuad itu menduduki tempat ke3 western conference.dan pada musim itu juga dia dianugerahkan MLS coach of the year. di peringkat antarabangsa pula dia bertanggungjawab membawa amerika syarikat menjuarai piala emas CONCACAF 2007 dan layak sehingga ke peringkat 16 terakhir piala dunia 2010 . di kejohanan piala emas CONCACAF 2011 pula dia membawa amerika melangkah ke final tapi tewas kepada mexico.




michael bradley
pemain tengah ini yg memulakan kariernya bersama metro stars ( kini dikenali sebagai new york red bull ) sebelum berpindah ke liga eredevisie menyertai sc heerenven di mana dia melakar rekod sebagai pemain Major league soccer paling muda yg dijual ke kelab eropah.pada januari 2008 dia memecah rekod pemain amerika syarikat yg paling banyak menjaringkan gol utk semusim bersama kelab.dengan menjaringkan 18 gol mengatasi rekod brian mcbride bersama fulham dengan 13 gol. kini dia bermain utk borussia moechengladbach kelab di liga jerman.

steve jobs letak jawatan CEO apple




steve jobs



steve jobs dan steve wozniak,pengasas apple
CEO dan juga pengasas apple,steve jobs telah meletakkan jawatan dari menjadi CEO apple,jawatan yg dipegangnya sejak 1997.surat perletakan jawatan juga telah dihantar, sejurus peletakkan jawatan itu steve jobs telah dipilih sebagai pengerusi lembaga pengarah utk syarikat itu.



steve jobs bersama macintosh plus pada 1986

windows 95

pada 24 ogos 1995, 16 tahun lalu. ( lama tu..) microsoft telah melancarkan operating system (OS) windows 95. dari saat itu lah evolusi windows bermula hingga lah ke zaman windows 7 sekarang. dan khidmat windows 95 ini   dihentikan pada 31 disember 2001.






10 tahun kematian aaliyah




Aaliyah dana haughton
16 januari 1979 - 25 ogos 2001


kematian princess R&B ni berpunca dari nahas kapal terbang yg dinaiki nya. bersama 8 penumpang yg lain. setelah disiasat punca nahas adalah juruterbang pesawat Luis Morales III, yg belum lagi memiliki lesen sah penerbangan dan mengambil alkohol dan kokain.ketika itu aaliyah baru sahaja pulang dari bahamas selepas habis shooting video klip utk single "rock on the boat"

Wednesday 24 August 2011

roque santa cruz - julio santa cruz

sebenarnya dlm keluarga santa cruz terdapat 3 adik beradik yg terlibat dlm dunia bola sepal, tetapi diego bersara awal dan hanya roque dan julio saja yg masih bermain.




roque santa cruz
mula menyerlah semasa di olimpia, dan dibeli oleh bayern munich pada harga 7 juta us dolar. di bayern dia memenangi pelbagai trofi tetapi dia jarang diturunkan sebab kecederaan dan saingan daripada pemain yg lebih senior selepas dibeli oleh blackburn dia mula menunjukkan kemampuan sebenarnya dengan menyumbang 23 gol pada musim pertama nya. tetapi musim berikutnya prestasinya menjunam disebabkan kecederaan dan pada 2009-10 man city membelinya dengan 17.5 juta pound, tetapi kecederaan menyebabkan dia gagal menunjukkan nilai 17.5 juta itu berbaloi utknya, dan dipinjamkan ke lazio dan seterusnya ke blacburn semula utk meningkatkan prestasinya setelah berehat lama dan utk mengurangkan bebanan gaji yg harus dibayar oleh kelab. pada 2011 dia membantu paraguay ke final copa america.




julio santa cruz
menjadi perhatian setelah ditawarkan tempat ke pasukan simpanan blackburn tetapi tidak pernah membuat sebarang kemunculan senior.dilaporkan yg dia ingin pulang ke paraguay sekiranya tidak diberikan peluang ke pasukan utama dan tidak dapat dipastikan sama ada sudah menemui kelab baru atau agen bebas

Tuesday 23 August 2011

steven caldwell - gary caldwell




gary dan steven
adik beradik caldwell hanya sempat beraksi bersama selama 1 musim saja,utk musim 2010-2011.





steven caldwell
 kedua2 nya adalah bekas pelatih akademi newcastle united. steven menghabiskan karier nya di  bermula dengan abg, steven selepas diikat kontrak sbg pemain senior oleh magpies dia sering dipinjamkan ke kelab2 lain utk menimba pengalaman dan hanya sempat membuat 28 penampilan utk newcastle dan selepas kontraknya tamat dia menyertai musuh setempat newcastle, sunderland. setelah membantu sunderland layak ke epl, kecederaan mula membelenggunya dan dia berhijrah ke burnley dan membantu mereka memenangi play off ke epl. dan musim 2010-11 dia ke wigan dan bersatu dengan adiknya, gary yg bermain di posisi pertahanan tengah dan defensive midfielder.setelah kontrak setahun bersama wigan tamat dia menyertai birmingham






gary caldwell
tidak pernah membuat kemunculan senior utk newcastle,dia dipinjamkan ke kelab lain dan akhirnya menjadi tonggak utama di hibernian dan menyertai celtic,sehingga menyebabkan dia dibenci oleh penyokong hibernian.bersama celtic dia meningkatkan reputasinya dan bersama kelab menjuarai pelbagai trofi. dan 13 januari 2010 dia ke wigan dan disitu juga dia kembali bersatu dengan abangnya,steven yg bermain di posisi pertahanan  utk semusim. pada musim 2010-11 gary dilantik sebagai ketua pasukan.

mikel alonso & xabi alonso

adik beradik alonso memulakan karier profesional mereka bersama real sociedad.






mikel alonso
mikel bermain di posisi sama spt adiknya di bahagian midfield. sepanjang 7 tahun kontraknya bersama real sociedad dia diletakkan sbg midfielder sokongan kepada adiknya dan mikel aranburu. dia juga melalui tempoh pinjaman  di numancia sebelum kembali ke real sociedad. dan musim 2007-08 dia dipinjamkan ke bolton wanderers dengan option perjanjian kekal pada hujung musim itu,tetapi bila gary megson mengambil alih dia hanya bermain 2 perlawanan dan kembali semula ke sociedad.selepas itu dia menyertai tenerife dan membantu mereka kembali ke la liga dan musim seterusnya mereka gagal utk kekal di la liga dan kembali semula ke divisyen 2 sepanyol. perpindahan musim panas 2011 mikel menyertai charlton athletic,kelab league one england.










xabi dan mikel alonso



xabi alonso
xabi alonso pula melalui perjalanan karier yg cemerlang selepas menyertai liverpool dengan menjadi tonggak utama mereka dan memenangi 4 trofi.bersama skuad kebangsaan sepanyol pula dia  antara pemain yg memenangi euro 2008 dan fifa 2010. menyertai real madrid pada harga perpindahan 30 juta pound, di santiago barnebeu dia mengulangi permainan cemerlangnya di liverpool dengan membantu mereka menjuarai copa del rey 2010-2011 dan  mendominasi bahagian tengah dan tanpa xabi, real madrid gagal menguasai bahagian tengah.dia juga diiktiraf midfielder ke3 terbaik di la liga selepas xavi hernandez & javier martinez.

john arne riise - bjorn helge riise

setelah 3 bulan aku berhenti dari post entry pasal abang dan adik,hari ni aku mendapat ilham utk menyambung semula episod abang dan adik ni.

dimulakan dengan adik beradik riise, 



john arne riise



john & bjorn
legenda liverpool ini terlebih dahulu di kenali di england semasa bermain utk liverpool dengan kehebatan kaki kiri nya dan juga peranan penting yg dimainkannya membantu liverpool memenangi 7 trofi sepanjang 8 tahun di anfield. ketika di peringkat kumpulan E europa league 2009-2010 semasa mewakili as roma dia menentang pasukan  fulham turut diwakili adiknya, bjorn helge riise. pada musim epl 2011-2012 fulham telah membelinya dan dia akhirnya bersatu dengan adiknya di craven cottage.




bjorn helge riise
 Bjorn pula dikenali setelah berpindah ke fulham, itu pun kerana dia mempunyai nama RIISE  yg mengingatkan kembali kepada abgnya. tetapi dia gagal mengulangi pencapaian cemerlang abgnya. dia hanya bertahan semusim di fulham dengan membantu mereka layak ke final europa league 2010.cemerlang di bawah kendalian roy hodgson, tetapi setelah mark hughes mengambil alih prestasinya mula menurun dan separuh musim lalu dipinjamkan ke sheffield united dan gagal membantu mereka utk kekal di liga kejuaraan. dan musim 2011-12 kembali semula ke craven cottage.dan dengan kedatangan abgnya mungkin boleh memberi inspirasi.

Monday 22 August 2011

john coleman pengurus ke 3 paling lama di england

 rekod pengurus paling lama di Liga inggeris setakat ini dipegang oleh alex ferguson, 24 tahun dan diikuti arsene wenger, 14 tahun dan cuba teka siapa yg ketiga ?? david moyes everton,9 tahun?? mungkin ya sebab mengikut rekod EPL dan mungkin tidak,kalau merujuk kepada rekod FA england.



john coleman
jika berpandukan rekod utk pengurus yg terpanjang di liga profesional inggeris (meliputi epl,championship,league 1 & league 2) john coleman adalah pengurus ke 3 paling lama di england selepas SAF & arsene. sebab?? dia dah menjadi pengurus ACCRINGTON STANLEY FC selama 12 tahun. pengurus yg berasal dari liverpool ini mula dilantik sejak 10 ogos 1999 ketika accrington stanley  bermain di northern premier league, division one north (liga semi pro) iaitu peringkat ke 8 dlm sistem bola sepak di england.



accrinton stanley fc
 dia membawa mereka menjuarai division one north pada musim 1999-2000, dan bermain di peringkat seterusnya iaitu northern premier league premier divison dan menjuarai liga itu utk musim 2002-2003. 2005-06 pula mereka memenangi conference national dan layak ke league two(peringkat ke4 liga profesional) dengan pencapaian itu accrington berjaya kembali ke liga profesional setelah 46 tahun tersingkir. dan sehingga kini mereka masih kekal di league two.




padang accrington stanley, crown ground

Sunday 21 August 2011

pemain blackburn dalam iklan venky's

venky's group adalah pemilik blackburn rovers fc,firma berasal dari india  ini mengeluarkan makanan berasaskan ayam sama spt ayamas yg terdapat di negara kita dan utk musim pra musim 2011-2012   logo venky group tertera di bahagian tengah jersi blackburn hanya utk jelajah pra musim .tetapi secara rasminya utk musim baru ini blackburn telah menolak tawaran dari penaja terdahulu crown paints utk bekerjasama dengan prince trust,sebuah badan amal.

 Dan sebagai langkah drastik utk menunjukkan 'taring' mereka,venky  telah membuat satu iklan yg dilakonkan sendiri oleh pemain blackburn rover utk mempromosikan ayam keluaran venky.para pemain spt paul robinson,morten gamst pedersen,gael givet,ryan nelsen,jason robert dan lain2. dlm iklan itu pemain blackburn rovers spt sedang berbincang sesama sendiri dlm bulatan di bilik persalinan tetapi sebenarnya mereka sedang mengerumuni meja yg terdapat ayam goreng venky's dan dalam bilik persalinan itu para pemain makan dengan berselera sekali sebelum turun ke padang.



Tuesday 16 August 2011

cory muro




cory muro,gambar ini diambil selepas dia dipukul oleh brokencyde
pada 25 april 2011 selepas berakhirnya konsert brokencyde. cory muro menyatakan yg dia tidak begitu menyukai mesej dan musik yg dimainkan oleh brokencyde.kerana lirik lagu mereka bercerita tentang seks dan gaya hidup yg teruk. dan tiada pengajaran yg boleh diambil dari mereka komen itu ditujukan kepada david gallegos a.k.a se7en screamo brokencyde. itu mengundang kemarahan se7en dan dia dipukul oleh brokencyde dan rakannya,johnny grushecky turut dipukul hingga patah hidungnya. cory muro adalah drummer  band pop punk,punchline dan selepas insiden itu punchline telah melancarkan website   http://www.brokencydesucks.com/   utk menjana duit bagi membayar bil hospital cory. punchline menjual album delightfully pleased pada harga yg tidak ditetapkan bergantung pada kehendak pembeli.tajuk album itu juga merujuk kepada brokencyde.



brokencyde



david gellagos aka se7en



punchline

batmobile berkuasa engin turbin

amat mustahil utk batmobile digunakan di jalan raya utk bersiar-siar kerana banyak fuel yg perlu digunakan dan enjin nya pula enjin jet. jd utk menjdkan ini satu kenyataan casey pustch membuat keputusan utk mereka batmobile nya sendiri dengan menggunakan boeing turbo shaft engine yg diambil dari naval drone helikopter. pada berat 2800 pound dan berkelajuan pada 385 kuasa kuda HP.

 dibahagian dalam pula Ipad digunakan sebagai controller utk music player dan sistem GPS 




enjin turbin