Thursday 25 August 2011

bob bradley - michael bradley

sama spt yg berlaku kepada anak beranak weiss(vladimir weiss) keluarga bradley juga mencipta sejarah di piala dunia fifa 2010 dengan menampilkan anak- bapa di dalam satu pasukan dengan bob sebagai pengurus dan michael pula pemain.



bob bradley
karier permainan nya hanya lah di amerika syarikat sahaja. dan tidak pernah memiliki cap antarabangsa. tetapi dia cemerlang dalam bidang kejurulatihan dengan menjadi pembantu kepada bekas pengurus amerika syarikat,bruce arena.jasa nya paliing diingati ialah ketika membimbing chivas USA pasukan yg pada permulaan musim begitu teruk rekod mereka dan dia berjaya membawa skuad itu menduduki tempat ke3 western conference.dan pada musim itu juga dia dianugerahkan MLS coach of the year. di peringkat antarabangsa pula dia bertanggungjawab membawa amerika syarikat menjuarai piala emas CONCACAF 2007 dan layak sehingga ke peringkat 16 terakhir piala dunia 2010 . di kejohanan piala emas CONCACAF 2011 pula dia membawa amerika melangkah ke final tapi tewas kepada mexico.




michael bradley
pemain tengah ini yg memulakan kariernya bersama metro stars ( kini dikenali sebagai new york red bull ) sebelum berpindah ke liga eredevisie menyertai sc heerenven di mana dia melakar rekod sebagai pemain Major league soccer paling muda yg dijual ke kelab eropah.pada januari 2008 dia memecah rekod pemain amerika syarikat yg paling banyak menjaringkan gol utk semusim bersama kelab.dengan menjaringkan 18 gol mengatasi rekod brian mcbride bersama fulham dengan 13 gol. kini dia bermain utk borussia moechengladbach kelab di liga jerman.

No comments:

Post a Comment