Saturday 13 August 2011

captain america the first avenger



cerita dimulakan dengan para saintis menemui perisai yg tertimbus di bawah permukaan ais di kutub  utara.cerita pun terus ke tahun 1942 dimana pegawai tentera nazi johan scmidt & menceroboh ke sebuah rumah seorg profesor dan membunuh dia dan pembantunya, johan merampas tesseract (kiub kuasa) yg dipercayai dibuang oleh odin (bapa thor ) ke bumi yg mengandungi kuasa yg belum ditafsirkan lagi. di new york pula steve rodgers gagal ujian pemilihan tentera utk mengikuti perang dunia ke 2 dia gagal kerana masalah kesihatan dan fizikal nya yang tidak tegap. pada satu malam,dia dan rakan karibnya, bucky yg berjaya dalam pemilihan rekrut telah pergi ke pameran teknologi masa depan, di situ steve telah memohon utk menjalani pemilihan rekrut sekali lagi, tetapi dia gagal tiba2 dr abraham erskine dtg dan meminta agar steve diserap masuk ke dlm senarai pemilihan itu. dlm menjalani latihan itu steve telah bertemu dengan colonel chester philips & peggy carter tetapi steve tidak menjadi pilihan utama col. chester kerana fizikal nya dan dia diyakinkan oleh dr.abraham yg steve seorg yg kuat semangat & sedia berkorban.

pada malam sebelum dia menjalani eksperimen super soldier itu, dr abraham telah mengingatkan kepada steve yg dahulunya semasa dia berkhidmat utk tentera jerman dia telah melakukan eksperimen itu ke atas johan schmidt.di amerika, steve telah bersedia menjalani ekpserimen super soldier yg akan merubah fizikalnya dan berjaya tetapi seorg pembunuh upahan johann telah menceroboh dan menembak mati dr abraham, pembunuh itu berjaya diberkas oleh steve tetapi dia mati membunuh diri dengan memakan cyanide capsule sebelum sempat disoal siasat.

dengan kematian dr abraham, pihak amerika telah kehilangan bersamanya formula utk mencipta serum yg menjadikan manusia kepada superhuman/supersoldier.  selepas kes steve menangkap pembunuh itu tersebar di akhbar dia telah dikenali umum dengan nama kapten amerika dan pelbagai produk berkaitan captain amerika terjual spt komik dan kostum, steve juga aktif dlm kempen nya memerangi nazi dengan mengadakan persembahan pentas yg menyaksikannya membunuh adolf hitler,semasa mengadakan jelajah di sebuah kem, steve mendapat tahu yg bucky telah hilang dan tak dapat dikesan setelah unitnya dikerah utk berperang dgn nazi. steve mula merancang satu plan utk  menyelamatkan tentera amerika yg ditahan dan dia akhirnya bertemu dgn bucky dan dia masih hidup. semasa hendak menyelamatkan diri mereka telah terserempak dengan red skull/johann schmidt dan selepas itu tiada khabar berita mengenai mereka,tetapi di satu pagi mereka telah muncul bersama unit yg lain dengan selamat.

steve merekrut pasukannya dan mereka memusnahkan pengkalan hydra milik red skull utk melumpuhkan aktivitinya. pada satu hari mereka telah merisik utk menawan kereta api yg dinaiki oleh arnim utk menahannya tetapi semasa hendak menewaskan robot yg menjadi pengawalnya bucky telah terhumban keluar dari kereta api dan dia hilang di lereng bukit tanpa dapat dikesan dan emosi steve mula tertekan setelah menyaksikan sendiri kehilangan kawan baiknya, dan dr arnim telah di soal siasat dan mereka memperoleh maklumat di mana letaknya markas red skull dan captain amerika bersama bala tenteranya telah menyerang HYDRA dan berjaya melumpuhkan operasinya. red skull telah lari bersama pesawatnya dan terjadi pertempuran antara captain amerikan dan red skull dalam pesawat itu dengan red skull terkorban setelah dia diserap oleh kuasa tesseract (kiub kuasa) captain amerika cuba utk menukar haluan pesawat itu dari terhempas dia new york dan dia menukar haluannya ke kutub utara dan sejak itu tidak dapat dikesan sama ada hidup atau mati. semasa howard stark mengesannya hanya gelombang dari tesseract yg dapat dikesan,

di tahun 2010, steve telah bangun dari koma dan dia mendengar siaran radio semasa perlawanan baseball yg dihadirinya pada tahun 1940 dan dia mula timbul syak wasangka kerana dia hadir pada perlawanan itu dan bagaimana pula radio boleh mengulang siar semula perlawanan itu. dan melarikan diri dari wad hospital yg bertemakan zaman 40 an , di luar bangunan itu steve terkejut kerana semuanya telah berubah dan dia dihampiri oleh ejen nick fury mengatakan yg steve telah tidur selama 70 tahun












steve rodgers captain amerika



johann schmidt




red skull / johann schmidt



dr abraham erskine




prof.arnim zola




james bucky barnes



howard stark - bapa kepada iron man tony stark




peggy carter

No comments:

Post a Comment