Saturday 11 March 2017

Bintang Bolasepak Yang Tidak Mewakili Negara Kelahiran

Bolasepak Malaysia pada hari ini sibuk mencari pemain-pemain yang memiliki susur galur keturunan Malaysia untuk dinaturalisasi dan dipilih mewakili Malaysia. Malangnya, majoriti dari mereka tidak bermain secara profesional pun di negara tempat mereka menetap. Rata-rata bermain di liga daerah yang bertaraf semi pro & amatur.

Ditambah pula kehadiran mereka hanya untuk bermain secara profesional disini dan ditawarkan gaji yang tak masuk akal dengan bakat & taraf permainan mereka. Pemilihan mereka ke skuad kebangsaan pun langsung tidak membantu, apatah lagi menambah baik mutu permainan. Dikala pasukan negara sering menjadi bahan ketawa apabila seri dan kalah bertemu negara-negara kerdil.

Jika mereka benar-benar bagus sudah pasti mereka tidak mencari negara atuk-nenek, moyang, ibu ayah mereka. Pastinya mereka memilih untuk mewakili negara dimana mereka bermastautin. Contoh yang jelas sekali ialah David Alaba, bermain untuk Bayern Munich dia berketurunan Filipina dan Nigeria tetapi mewakili Austria, negara dia membesar. Radja Nainggolan, pemain AS Roma ini bapanya orang Indonesia, tetapi sejak dia kecil dibesarkan oleh ibunya seorang diri dan memilih mewakili Belgium. Lee Nguyen pula berketurunan Vietnam tetapi terlebih dahulu menyahut seruan mewakili negara Uncle Sam itu.


Detik-detik Memalukan Dalam Sukan Bolasepak

Baru-baru ini kami sempat menyaksikan insiden memalukan dimana Arsenal yang begitu selesa mendahului Bayern Munich 1-0 di 45 minit pertama tetapi dimalukan 5-1 selepas 90 minit dan 10-2 secara aggregat. Tak cukup dengan itu PSG yang dilihat di awang-awangan layak ke pusingan berikutnya dimalukan 6-1 oleh Barcelona setelah menang 4-0 di pusingan pertama. 


Friday 10 March 2017

Pasukan Bolasepak Yang Bernasib Malang

Di era bolasepak moden ini, kita pasti tidak dapat melupakan musim-musim suram buat Bayer Leverkusen 2001/2002 dan Bayern Munich 2011/12. Bila mana kelab-kelab ini hampir mencipta sejarah memenangi 3 kejuaraan dalam 1 musim tetapi digagalkan oleh lawan mereka di setiap kejohanan. 


Wednesday 8 March 2017

Tempat Latihan Dengan Fasiliti Lengkap

Kami hanya mampu telan air liur saja apabila melihat fasiliti yang disediakan di kompleks latihan milik kelab-kelab terkemuka Eropah ini. Walaupun sering berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain, mereka juga tidak lokek untuk berbelanja menambah baik kelengkapan asas seperti padang latihan, gymnasium, kolam dan kemudahan untuk pasukan akademi.



Tuesday 7 March 2017

Perbezaan X Men Komik Dan Filem

Versi X Men dalam filem sentiasa dibuat perubahan oleh pihak penerbitan filem antaranya supaya lebih dramatik dan realistik. Ini dapat dilihat dari segi unifom atau kostum X Men dimana mereka tidak memakai topeng dan mempunyai rekaan sendiri seperti dalam komik.

Begitu juga dengan karakter, X Men mempunyai ramai mutan tetapi hanya sedikit sahaja yang ditampilkan dalam filem kerana bajet & mahu memfokuskan pada plot utama saja. Paling jelas ketara ialah adik beradik Summers iaitu Cyclop & Havoc, berdasarkan jalan cerita komik Cyclop ialah abang tetapi di dalam filem Cyclop adik kepada Havoc kerana Havoc terlebih dahulu membuat kemunculan di era 60an.


Monday 6 March 2017

Senarai Gol Pemenang Puskas Award

Anugerah Puskas mula diperkenalkan pada 2009, pemenang-pemenang terdahulu datangnya dari Eropah dan Amerika Selatan dan kita cukup bertuah apabila Faiz Subri adalah orang Asia pertama memenanginya. Kami juga cukup bersyukur sempat menyaksikan moment itu secara live di tv9 dimana Faiz Subri menewaskan Nasril Nourdin dengan satu sepakan berkelas dunia. 


Pengurus Bolasepak Yang Tidak Sepatutnya Dipecat

Mereka ini mempunyai trek rekod yang baik semasa mengurus kelab tetapi disebabkan persembahan semasa yang tidak konsisten menyebabkan mereka tidak mendapat sokonga lembaga pengarah kelab dan akhirnya dipecat.

Ramai yang mempertikaikan keputusan Leicester memecat Claudio Ranieri yang membantu mereka melakar sejarah menjuarai Liga Perdana Inggeris, malangnya mereka silap apabila Leicester sejak itu telah memenangi 2 perlawanan berturut-turut dan menjaringkan 6 gol dari 2 perlawanan dan kini 5 mata di atas zon penyingkiran dikala mereka hanya beza 1 mata semasa hari-hari terakhir Ranieri.

Begitu juga tidak adil untuk Mourinho & Roberto Mancini yang masing-masing mengemudi Chelsea & Man City menjuarai liga musim sebelumnya tetapi musim berikutnya dipecat kerana gagal mengulangi keputusan cemerlang.


Sunday 5 March 2017

Kelab Bolasepak Terulung Yang Belum Anda Tahu

Biasanya super club atau kelab terunggul kita tahu terletak di liga-liga utama dunia seperti EPL,La Liga, Serie A dan Bundesliga, bagaimana pula dengan kelab-kelab bolasepak di liga lain  yang telah memenangi banyak trofi sepanjang sejarah penubuhan mereka ??


Penjelasan Di Babak Akhir Filem Logan 2017

Di babak akhir filem Logan 2017, Wolverine yang sudah tua mati akibat dicucuk dan dahan kayu yang patah menembusi abdomennya akibat dihempas dengan kuat oleh X23, seorang lagi klon Wolverine yang dicipta oleh Transigen.

Laura, anak Wolverine yang disenyawakana menerusi stok simpanan DNA miliknya dan dilahirkan menerusi ibu tumpang telah merentasi ke sempadan Kanada bersama kanak-kanak hasil eksperimen Transigen setelah mereka dijamin perlindungan suaka oleh kerajaan negara itu. Tetapi penonton mula risau apa yang bakal menimpa mereka kelak sepanjang perjalanan mereka merentasi sempadan itu. Video ini menjelaskan kekeliruan anda .


Friday 3 March 2017

Komik Wolverine Yang Perlu Anda Baca

Wolverine 2017 adalah filem terakhir dimana Hugh Jackman memegang watak Logan/Wolverine. Setelah 17 tahun Logan diadaptasi ke layar perak bermula dengan X Men original trilogi, membawa kepada filem trilogi khas untuk Wolverine dan trilogi baru X Men.

Kini tiba masanya karakter itu yang mampu hidup lebih 300 tahun, mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan cepat dan sinonim dengan 3 cakar besi adamantium dimatikan. Sedikit mengecewakan bila diakhir filem Wolverine 2013 dulu ada didedahkan topeng Wolverine dan glove claw miliknya. Memberi petanda dalam trilogi akhir atau X Men Days of Future Past kelak dia bakal memakai aksesori itu seperti dalam komik dan siri animasi, malangnya dia langsung tidak memakainya. Penonton juga keempunan untuk melihat Hugh Jackman tampil dengan sut kuning biru, oren hitam seperti dalam siri animasi.

Hugh Jackman pula seperti sudah penat dengan karakter yang sinonim dengan dirinya itu dan sudah sampai masanya karakter Wolverine diberikan pada orang lain kerana dia juga sudah berlakon banyak filem hebat dan mahu lebih dikenali sebagai pelakon versatil. Pada kami, memandangkan hak francais filem X Men ini dipegang oleh studio Fox 20th Century jadi ada logiknya kenapa mereka tidak mahu memberi tumpuan kepada kostum itu. Jika mereka sudi memberi kebenaran kepada Marvel untuk membawa Wolverine ke dalam Marvel Cinematic Universe pastinya kami sanggup menonton filem itu kelak. Sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.


Filem Yang Buatkan Penonton Ingin Jadi Kanak-kanak Semula

Filem 3 Ninjas begitu memberi inspirasi kepada kami untuk kami berasa tidak takut dan gentar pada orang dewasa.

Geng kanak-kanak dalam filem Super 8 juga membuatkan kami rindu pada zaman kanak-kanak kami dimana kami gemar berimaginasi dengan menyusun toys figure kami dan menghasilkan dialog seakan-akan sebuah cerita dengan patung digerakkan.



Thursday 2 March 2017

Kelab Bolasepak Yang Dibayangi Musuh Setempat

Pada waktu ini, pasukan seperti Tottenham Hotspur & Atletico Madrid adalah pasukan yang sering mencuri tumpuan peminat bolasepak dunia kerana peningkatan prestasi mereka sejak kebelakangan ini. Tetapi mereka ini sering diketepikan oleh musuh setempat yang jauh lebih berpengalaman dan gagah dalam perlawanan genting.


Atletico Madrid begitu konsisten hingga mampu memenangi Europa League, Copa del Rey dan La Liga sejak 8 tahun lepas. Tetapi mereka gagal membuang badi bertemu Real apabila tewas dalam final 2014 & 2016. Dikala mereka menjadi pilihan penyokong neutral kerana berjaya menewaskan Barcelona, Bayern Munich sebelum ke final.

Begitu juga dengan Spurs yang tidak pernah menamatkan musim di atas Arsenal sejak EPL mula diperkenalkan 25 tahun dulu. Musim lalu mereka mendahului Arsenal malangnya dipintas Gunners pada perlawanan terakhir musim.