Friday 3 March 2017

Komik Wolverine Yang Perlu Anda Baca

Wolverine 2017 adalah filem terakhir dimana Hugh Jackman memegang watak Logan/Wolverine. Setelah 17 tahun Logan diadaptasi ke layar perak bermula dengan X Men original trilogi, membawa kepada filem trilogi khas untuk Wolverine dan trilogi baru X Men.

Kini tiba masanya karakter itu yang mampu hidup lebih 300 tahun, mempunyai keupayaan untuk sembuh dengan cepat dan sinonim dengan 3 cakar besi adamantium dimatikan. Sedikit mengecewakan bila diakhir filem Wolverine 2013 dulu ada didedahkan topeng Wolverine dan glove claw miliknya. Memberi petanda dalam trilogi akhir atau X Men Days of Future Past kelak dia bakal memakai aksesori itu seperti dalam komik dan siri animasi, malangnya dia langsung tidak memakainya. Penonton juga keempunan untuk melihat Hugh Jackman tampil dengan sut kuning biru, oren hitam seperti dalam siri animasi.

Hugh Jackman pula seperti sudah penat dengan karakter yang sinonim dengan dirinya itu dan sudah sampai masanya karakter Wolverine diberikan pada orang lain kerana dia juga sudah berlakon banyak filem hebat dan mahu lebih dikenali sebagai pelakon versatil. Pada kami, memandangkan hak francais filem X Men ini dipegang oleh studio Fox 20th Century jadi ada logiknya kenapa mereka tidak mahu memberi tumpuan kepada kostum itu. Jika mereka sudi memberi kebenaran kepada Marvel untuk membawa Wolverine ke dalam Marvel Cinematic Universe pastinya kami sanggup menonton filem itu kelak. Sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.


No comments:

Post a Comment