Friday 15 January 2016

Ketahui Pasukan Giant Killer Dalam Piala FA Inggeris

Piala FA Inggeris adalah kejohanan tertua di dunia dan berprestij di England. Piala ini dipertandingkan kepada semua kelab berdaftar di England, juga ada pusingan kelayakan untuk masuk ke peringkat pertama pertandingan ini. Selain itu, piala FA juga sering dikenali sebagai medan David vs Goliath dimana pasukan-pasukan kerdil dari liga bawahan akan bertemu dengan pasukan Liga Perdana Inggeris dan saban tahun ada saja kejutan yang dilakar oleh kelab-kelab ini dimana mereka menumpaskan pasukan-pasukan divisyen yang jauh lebih tinggi dari mereka. Dalam video dibawah disenaraikan kelab-kelab yang pernah mencipta kejutan dalam piala FA Inggeris.


Teknologi Lapuk Masih Digunakan Pada Hari Ini

2016, siapa sangka masih ramai dari kita menggunakan teknologi tv CRT atau tv berat & besar itu ? begitu juga dengan teknologi lapuk dan ketinggalan zaman seperti mesin taip dan piring hitam (vinyl) masih relevan pada penggunaan nya pada hari ini bukan kerana tiada bajet untuk membeli peralatan moden tetapi kerana ianya masih praktikal dan tidak terlalu mahal kos untuk memiliki nya.


Thursday 14 January 2016

Mati Dengan Cara Yang Pelik Dan Aneh

Kedengaran agak lucu apabila mengetahui punca kematian mereka ini, tetapi apabila ianya melibatkan kehilangan nyawa orang yang tersayang, agak sukar untuk kita menerima cara kematian mereka ini.

Fakta Ringkas New Zealand

New Zealand menggunakan bendera yang mirip dengan bendera Australia dan 2 negara ini juga ada sedikit persamaan dari segi budaya. Selain dikenali dengan pasukan ragbi mereka dan biri-biri tidak banyak yang kita tahu tentang negara Kiwi itu. Disini dikongsikan serba sedikit tentang New Zealand.


Wednesday 13 January 2016

Model Telefon Bimbit Termahal Di Dunia

Harga sebuah Iphone 6 saja sudah mencecah ribuan ringgit, yang mana pada pemikiran rakyat marhaen kita sungguh mahal dan tak masuk akal. Tetapi telefon-telefon bimbit dalam video ini lagi tak masuk akal dan harga nya sudah mampu membeli sebuah rumah banglo. Ada yang mencecah jutaan dolar amerika ! ini pastinya koleksi wajib dimiliki oleh bilionaire, yang merasakan Iphone biasa dan minimalis tak cukup classy, executive dan mahal untuk mereka. Jadi telefon sedia ada ditambah nilai dengan bertatahkan berlian dan disaluti emas. Sesuai untuk mereka mahu swag 24/7




Sunday 10 January 2016

Mereka Yang Berjaya Tanpa Tamat Persekolahan

Kita sering dimomokkan oleh generasi X jika kita tidak mencapai keputusan yang cemerlang dan tidak mendapat no 1 atau banyak A dalam peperiksaan masa depan kita akan gelap.

Tetapi individu-individu ini berjaya membuktikan tanpa sebarang sijil akademik mereka juga boleh berjaya dan kaya raya. Asalkan mereka berusaha keras dan tidak berputus asa.


Tetapi ingat, kejayaan mereka ini hanya muncul dalam 1:100 000 kes. Pendidikan masih penting untuk anda.


10 Movie Terbaik 2015

Kali in 10 senarai terbaik movie 2015 yang dihasilkan oleh Clevver Movies pula. Dan pastinya majoriti movie yang dicalonkan mereka hampir sama dengan senarai yang dibuat oleh Watchmojo.


Bintang Filem Hollywood Yang Kian Malap

Mereka ini pada dekad terdahulu pernah berlakon dalam filem-filem box office, melakonkan watak-watak utama.ikoni dan juga mendapat publisiti media. Tetapi disebabkan persaingan sengit dalam industri filem Hollywood dimana saban tahun muncul bakat-bakat baru, mereka kini seakan-akan ditelan masa dimana filem-filem lakonan mereka kurang mendapat sambutan meluas walaupun mereka ini boleh dikategorikan sebagai pelakon gred A.


Filem Terbaik 2015

2015 sudah 11 hari meninggalkan kita, 2015 pula industri filem dunia melalui zaman boom ! dimana 5 buah filem mencatatkan kutipan melebihi 1 bilion. Tetapi kutipan tinggi tak semestinya terbaik, di sini disenaraikan filem-filem terbaik dari segi kualiti cerita.


Saturday 9 January 2016

Negara Dengan Harga Petrol Termurah Di Dunia

Negara-negara Arab memang terkenal dengan harga petrol nya yang murah kerana mereka adalah pembekal petrolium utama dunia. Tetapi negara yang paling murah harga minyak nya ialah Venezuela, pada harga 2 sen se liter. Malangnya, mereka mengalami inflasi antara yang terteruk di dunia kerana barang-barang keperluan lain sangat mahal harga nya.




Thursday 7 January 2016

Kisah Benar Tentang Mereka Yang Terkandas Di Laut

Filem Cast Away lakonan Tom Hanks hanyalah sebuah naskhah rekaan. Tetapi kisah-kisah dalam video dibawah adalah benar-benar terjadi. Mereka bukan sekadar terkandas selama 3-4 hari. Ada diantara mereka yang terkandas hingga berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Ada yang berjaya bertahan untuk hidup tetapi ada juga yang mati.


Ketahui Permusuhan Dalam Arena Sukan

Tanpa rivalry dalam sesuatu sukan, sukan itu pasti nya membosankan dan hambar. Dalam video ini, dikumpulkan antara permusuhan yang paling teruk pernah ada dalam sejarah sukan. Bermakna permusuhan ini bukan sahaja meliputi sukan bolasepak tetapi juga sukan-sukan lain. Permusuhan ini hanyalah melibatkan peringkat kelab sahaja tidak melibatkan pasukan kebangsaan. 




Wednesday 6 January 2016

Filem Bertemakan Remaja Yang Teruk Dan Sampah

Dekad 2000 an adalah era dimana filem remaja atau teen movie banyak dikeluarkan, setiap tahun ada sahaja filem genre sebegini dipasarkan. Tetapi rata-ratanya hanyalah untuk menumpang tuah gelombang genre teen movie yang meletup pada waktu itu. Filem sebegini juga sering menampilkan selebriti remaja yang popular di tv dan diadaptasi ke layar emas atas tujuan instant cash tetapi kualitinya hanyalah layak ditayangkan di tv sahaja.

Babak Yang Sering Kita Tonton Dalam Filem Sukan

Filem bertemakan sukan, lebih lebih lagi fiksyen sememangnya mampu menarik ramai penonton ke pawagam berbanding filem sukan drama/biografi/dokumentari yang lebih serius penceritaanya dan biasanya mempunyai ending yang kurang gembira berbanding ending filem sukan-fiksyen yang disulami dengan kejayaan gemilang.

Disini di highlight kan elemen-elemen cliche atau kebiasaan yang biasa kita tonton. Hampir semua filem sukan menampilkan babak atau watak sebegini rupa.


Rekaan Telefon Bimbit Terburuk Pernah Dicipta

Pada dekad 2000 an, para pengeluar telefon bimbit masing-masing cuba menjadi peneraju pasaran telefon selular dengan menghasilkan design yang aneh dan ganjil pada era itu. Tanpa memikirkan praktikal dan selesa atau tidak pada kegunaan harian telefon ini dikeluarkan dengan harapan dapat menarik minat pembeli atau penggemar telefon bimbit memiliki nya.

Tak cukup dengan itu, pengeluar telefon premium lagi eksklusif seperti Vertu turut menjadi mangsa trend gila ini dengan menghasilkan telefon bimbit bertatahkan berlian dan ular !? dan dijual pada harga sama dengan sebuah kereta sport !.


Tuesday 5 January 2016

Membalas Dendam Dengan Cara Yang Profesional Dan Classy

Mereka ini dikhianati oleh pasangan dan ada juga yang kehilangan orang tersayang akibat dibunuh. Untuk membalas dendam mereka menjadi Vigilante dan meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri kerana keadilan sudah tidak berpihak pada mereka.


Kawasan Yang Dikawal Ketat Di Seluruh Dunia

Kawasan-kawasan ini dikawal ketat 24 jam dan mempunyai sistem pemantauan maksimum dan tidak begitu dibuka kepada orang awam, tujuannya memastikan barang jagaan atau sistem sekuriti mereka tidak diceroboh dengan mudah. Selain itu, ada juga lokasi ini yang dibina khas untuk menjadi tempat berlindung sekiranya terjadi perang nuklear atau bencana yang tidak diigini.

Antara tempat-tempat yang tersenarai Gereja Sainstologi,  Arkib Rahsia Vatican, Bilik Kebal yang menempatkan resipi asal KFC dan Fort Knox yang menyimpan jongkong emas dan dokumen-dokumen penting negara Amerika Syarikat.


Monday 4 January 2016

Kenali Alaska: Negeri Terbesar Di Amerika Syarikat

Alaska agak unik dalam sejarah Amerika kerana ia terletak di sebelah barat negara Kanada dan tidak bersambung sempadan dengan negeri-negeri di Amerika Syarikat yang lain selepas Hawaii. Alaska dibeli daripada Russia pada 1867 pada harga 7 Juta Us Dollar bersamaan 120 juta dollar pada hari ini.

Terletak jauh dari tanah besar Amerika, Alaska mempunyai sumber asli nya sendiri dimana petroleum,gas asli, pelancongan dan  hasil laut adalah penyumbang utama kepada sumber ekonomi nya. Walaupun berstatus negeri terbesar di Amerika, Alaska hanya mempunyai 753 000 penduduk sahaja dan disebabkan faktor geografi nya yang terletak di kutub utara yang diliputi permukaan ber ais dan sumber makanan sukar didapati, kos hidup Alaska adalah antara yang tertinggi di negara Uncle Sam itu.


Sunday 3 January 2016

Filem-filem Yang Gagal Di Pasaran Tahun 2015

Filem-filem ini menelan belanja hingga ratusan juta dan menampilkan pelakon gred A dan popular malangnya filem-filem ini gagal meraih kutipan pecah panggung dan ada daripadanya  gagal menyamai jumlah bajet filem itu sendiri.