Wednesday 24 August 2011

roque santa cruz - julio santa cruz

sebenarnya dlm keluarga santa cruz terdapat 3 adik beradik yg terlibat dlm dunia bola sepal, tetapi diego bersara awal dan hanya roque dan julio saja yg masih bermain.




roque santa cruz
mula menyerlah semasa di olimpia, dan dibeli oleh bayern munich pada harga 7 juta us dolar. di bayern dia memenangi pelbagai trofi tetapi dia jarang diturunkan sebab kecederaan dan saingan daripada pemain yg lebih senior selepas dibeli oleh blackburn dia mula menunjukkan kemampuan sebenarnya dengan menyumbang 23 gol pada musim pertama nya. tetapi musim berikutnya prestasinya menjunam disebabkan kecederaan dan pada 2009-10 man city membelinya dengan 17.5 juta pound, tetapi kecederaan menyebabkan dia gagal menunjukkan nilai 17.5 juta itu berbaloi utknya, dan dipinjamkan ke lazio dan seterusnya ke blacburn semula utk meningkatkan prestasinya setelah berehat lama dan utk mengurangkan bebanan gaji yg harus dibayar oleh kelab. pada 2011 dia membantu paraguay ke final copa america.




julio santa cruz
menjadi perhatian setelah ditawarkan tempat ke pasukan simpanan blackburn tetapi tidak pernah membuat sebarang kemunculan senior.dilaporkan yg dia ingin pulang ke paraguay sekiranya tidak diberikan peluang ke pasukan utama dan tidak dapat dipastikan sama ada sudah menemui kelab baru atau agen bebas

No comments:

Post a Comment