Ini bukan pertama kali berlaku, pada Piala Dunia Fifa 2014 yang turut berlangsung di Brazil, sambutan dingin diberikan sebahagian penduduk negara itu kerana banyak kawasan Favelas telah menjadi mangsa kepada projek-projek venue baru untuk kejohanan itu. Mereka yang degil dan enggan berpindah terpaksa membina semula rumah mereka dari sisa-sisa binaan yang dirobohkan. Ada juga yang berpindah setelah diberikan rumah flat tetapi ruang rumah flat yang kecil dan sempit membuatkan mereka tidak selesa. Ada juga yang berpindah setelah diberikan pampasan wang tunai, bagi yang memilih untuk kekal mereka terpaksa bertarung dengan pihak berkuasa yang bila-bila masa boleh menghalau keluar mereka.
Menurut penduduk-penduduk ini, mereka telah diberikan hak pemilikan selama 99 tahun untuk menetap disitu. Ada juga penduduk ini yang mencari rezeki dengan menangkap ikan dari sungai berdekatan, apabila sisa-sisa kimia dibuang ke dalam sungai punca rezeki mereka telah terganggu. Disebabkan mereka tidak memiliki kemahiran lain, itu sebab ada diantara mereka yang memilih untuk menetap disitu.
No comments:
Post a Comment