Saturday, 5 November 2016

New York Cosmos : Kelab Terunggul Dalam Sejarah Bolasepak Di Amerika

New York Cosmos terkenal pada era lewat 70 an dan awal 80an atas usaha mereka yang cuba membawa masuk sukan bolasepak profesional ke Amerika Syarikat. Mereka menandatangani Pele,Franz Beckenbauer - 2 nama yang gah dalam sukan bolasepak. Mereka mendominasi NASL - North America Soccer League pada era itu. Berjuta-juta dollar telah dilaburkan atas usaha untuk memastikan reputasi NASL ini berdiri sama taraf dengan NHL. NFL, MLB dan NBA.

 Pada awalnya mereka berjaya dari segi komersialisme seperti kedatangan ke stadium yang menggalakkan. Tetapi semua seperti menuju ke zaman gelap apabila Pele bersara. Menjelang pertengahan 80an, kelab ini ditutup atas faktor kerugian kerana pelaburan yang tidak menguntungkan disebabkan kelab-kelab lain masih lagi beroperasi sebagai kelab sukan semi pro, bukan bersifat komersial seperti mereka. Tambahan pula Beckenbauer dan Pele sudah berada di penamat karier mereka, dimana mereka beraksi di luar kemampuan. Berbeza pula dengan Giorgio Chinaglia yang menonjol dan menyerlah di NASL.

2010, kelab ini dihidupkan semula. Kali ini oleh pengurusan yang berbeza. Mereka memilih untuk bermula dari bawah seperti beraksi di NASL yang kini diletakkan sebagai liga kedua dalam piramid sepakbola di Amerika dibelakang Major League Soccer. New York Cosmos perlu membangunkan semula kelab mereka seperti mana pemegang-pemegang lesen francais di dalam MLS seperti perlu ada sistem akademi, penyokong, penajaan mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment