Thursday 7 November 2013

Penjelasan Sebenar Alas Meja FAM

 

bila di apdet di facebook dan twitter mengenai alas meja yang digunakan semasa press conference sebelum final piala Malaysia, ianya menjadi isu panas di mana FAM dihentam di segenap penjuru oleh para peminat. Sebentar tadi apabila seorang hamba Allah meng tweet dan memberi penjelasan berkenaan alas meja semasa sidang media sebelum perlawanan itu namun tiada sambutan hebat dan tiada retweet dan  komen yang diterima dari ahli twitter jaya yang lain, agaknya masing-masing berasa malu kerana yang bertanggungjawab menyediakan alas meja itu ialah  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan FAM tidak bertanggungjawab atas alas meja yang memalukan itu. Tapi seperti biasa, tiada pula pihak yang menyalahkan MBSA atas isu ini mungkin kerana baru tersedar kerana tidak menyiasat siapa pihak bertanggungjawab di sebalik isu alas meja yang tidak sesuai itu.

Di Stadium Shah Alam....


 Di Wisma FAM.......


Aku yakin yang fam takkan teragak-agak nak pakai alas meja makan tu buat press conference, ini semua kerja orang lain. Yang jadi mangsa sumpah seranah macai-macai bolasepak Malaysia ni FAM jugak. Bukan semua salah harus dituding kepada FAM, itulah silap mentaliti peminat bolasepak di Malaysia ni, tahu nak menuding jari pada 1 pihak saja.

No comments:

Post a Comment