Raul atau nama panjangnya, Raul Gonzalez Blanco adalah penyerang yang digeruni di pertengahan 90 and dan pertengahan dekad 2000. Waktu itu adalah kemuncak kariernya sebagai penyerang terbaik di Eropah.
Berasal dari kawasan bandar Madrid. anak jati Madrid ini asalnya bermain untuk akademi Atletico tetapi dia berpindah ke Real kerana pengurusan tertinggi Atletico pada masa itu mahu mengurangkan belanja kelab. Akibat penjimatan itu mereka kehilangan permata dan penyerang terbaik Sepanyol di masa akan datang.
Bukan setakat menang piala, Raul juga mencatat rekod pemain kedua terbanyak bermain di Champions League di belakang Ryan Giggs yang gigih nak main bola di usia 40 an. Dia juga digeruni mana-mana pertahanan dan penjaga gol kerana naluri gol nya yang berbisa dan begitu mudah menjaringkan gol. Buktinya dia menjadi penjaring gol terbanyak di UEFA Champions League sebelum diatasi oleh Cristiano Ronaldo & Lionel Messi.
Real Madrid sering dilabel sebagai pasukan bintang tetapi Raul ini kekal sebagai legenda Real Madrid yang lahir dari sistem akademi. Kejatuhan Raul bermula apabila Vincente Del Bosque meninggalkan Real. Era Galacticos pun bermula dengan kemasukan David Beckham & Ronaldo Original, Sejak itu Real dilanda sumpahan mereka menunggu 4 tahun kemudian untuk memenangi piala pertama mereka sejak Vincente Del Bosque pergi.
Perubahan pada struktur pentadbiran kelab juga memainkan peranan penting apabila Florentino Perez membawa masuk ramai pemain bintang seperti Kaka, Xabi Alonso, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema hingga memaksa Raul terpaksa bersaing sengit. Ditambah pula Gonzalo Higuain sedang meningkat naik prestasinya.
Raul yang tidak lagi menjadi tunjang utama pasukan akhirnya berhijrah ke Schalke, siapa sangka pemain yang dijangka mengakhiri kariernya di Madrid itu berhijrah ke Jerman. Di Schalke dia membantu kelab itu ke separuh akhir UEFA Champions League dan kemudian dia memulakan perjalanan nomad nya sebelum berlabuh di NASL - liga bolasepak kelas ke 2 di Amerika.
Peringkat Antarabangsa
Jika Ronaldo Luis Nazario De Lima diangkat sebagai penyerang terbaik di era pertengahan 90 an dan awal 2000. Maka untuk peminat bolasepak di Eropah, mereka pastinya mengangkat Raul Gonzalez. Tapi sayangnya pencapaian Raul di peringkat kelab tidak mampu diterjemahkan ke dalam peringkat antarabangsa kerana :
Majoriti pemain Sepanyol pada masa itu lebih banyak bermain di La Liga berbanding liga luar. Kalau ada pun yang bermain di luar mereka tidak beraksi dengan baik, ini menjadi sebab kenapa tidak ramai pemain berbakat Sepanyol tidak mahu berhijrah. Sehinggalah Rafa Benitez mengambil alih Liverpool dan sejak itu bermula lah penjajahan pemain Sepanyol di EPL dan ramai dari mereka mula menyesuaikan diri dengan gaya bolasepak England.
Raul tidak dipilih ke Euro 1996, FIFA 1998 pula Sepanyol mengalami kekalahan mengejut kepada Nigeria dan tersingkir awal. Euro 2000 pula Raul gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Sepanyol gagal mara ke semi final.
Fifa 2002 di Korea & Jepun, Raul beraksi dengan baik tetapi dia tercedera dan tidak bermain menentang Korea Selatan di suku akhir. Dimana Sepanyol tersingkir dengan cara kontroversi apabila 2 gol mereka yang bersih dibatalkan oleh pengadil. Perlawanan diheret ke masa tambahan dan Sepanyol kalah.
Euro 2004 di Portugal, Sepanyol dipilih sebagai calon pilihan bersama Portugal untuk layak tetapi Greece mempamerkan prestasi mengejut. Sepanyol tersingkir kerana keputusan head to head ! siapa sangka FIFA 2006 Jerman adalah edisi terakhir Raul ? Sepanyol tersingkir setelah tumpas kepada Perancis.
Sejak 2007 Raul tidak lagi dipanggil, malangnya skuad Sepanyol 2008, 2010, 2012 melakar sejarah baru apabila memenangi Euro buat pertama kali, kemudian menjadi juara Piala Dunia dan pasukan pertama Eropah memenanginya di luar benua Eropah. Tak cukup dengan itu, 2012 Sepanyol menjadi pasukan pertama mempertahankan piala Eropah itu.
Raul dan Ronalo Brazil ibarat 2 dimensi yang berbeza...Mereka penyerang terbaik di benua masing-masing dan legenda di negara mereka. Raul berjaya menjuarai UEFA Champions League sebanyak 3 kali, manakala Ronaldo menang piala dunia 2 kali & layak ke final 3 kali ( 1994,98,2002).
Tetapi Ronaldo gagal menjuarai UEFA Champions League dan Raul gagal menjulang piala Eropah dan Piala Dunia. Gaya unik meraikan gol dengan mencium cincin pastinya membuatkan kita teringat pada legenda ini.
No comments:
Post a Comment