Program berkenaan survival atau ikhtiar hidup banyak memberi kita tips-tips penting untuk kekal bertahan dalam suasana getir terutamanya jika mengembara berseorangan. Tetapi ada juga tips-tips yang tak boleh dipercayai atau tidak begitu sesuai dipraktikkan.
Semasa dipatuk ular, sebaiknya janganlah sedut bisa itu kerana orang yang menyedutnya boleh tertelan bisa ular itu
Pada anggota badan yang terkena patukan, ikat lah bahagian yang terkena patukan itu dan jangan dibuka sehingga menerima rawatan. Adalah dinasihat kan menulis atau mencatat bila waktu/jam/minit mangsa terkena sengatan/patuk itu berlaku kerana kelak boleh dijadikan rujukan oleh doktor.
Tidak semua kaktus boleh dijadikan sumber minuman kerana badan memerlukan masa yang lebih untuk memproses racun dari pokok berduri itu.
Memanaskan air terjun,sungai memang membunuh kuman dan bakteria tetapi tidak campuran kotoran yang berada dalam air itu, sebelum diminum haruslah ditapis menggunakan baju atau kain.
Berpura-pura baring dan mati semasa dihampiri beruang pula bukan tindakan yang sesuai jika terserempak beruang jenis Grizzly boleh selamat lagi tetapi jika beruang berbulu hitam, ajal sudah hampir.
Seeloknya menutup anggota badan dengan jaket atau pun kain semasa dihampiri dikhuatiri kelak beruang akan mencakar anda
Amatlah mustahil untuk menyelamatkan diri dari beruang walaupun anda berlari sepantas Bryan Habana atau Usain Bolt. Lebih baik berdiri dan mengibaskan jaket anda, menjerit, berteriak, melompat berkali kali untuk membuatkan anda kelihatan besar di mata beruang. Seeloknya tidak memandang tepat pada mata haiwan itu.
Bear Grylls juga memberi tips paling jijik iaitu meminum air kencing sendiri sebagai bekalan air di kawasan gurun/padang pasir. Air kencing itu sudah la panas, jika diminum badan anda akan berasa lebih panas dan menyumbang kepada penyah hidratan. Cukup dengan membasahkan urine anda itu pada kain dan dijadikan bandana diikat di kepala.
No comments:
Post a Comment