Friday, 9 October 2015

Hak Penyiaran EPL Di Serata Dunia

EPL adalah liga sukan yang paling banyak menerima tontonan dan pakej langganan di serata dunia. Kesan rating yang tinggi ini menyebabkan berlaku nya perang harga di negara yang menayangkan sukan ini, contohnya di Hong Kong. Hak penyiaran EPL di HK direbut oleh 2 pembekal siaran berbayar, NowTV dan iCable, tetapi kini mereka menerima pesaing baru iaiti LeTV dari China.




Perjanjian 3 musim sebelum ini menjanjikan EPL menerima sebanyak 2.23 billion pound selama 3 tahun ( 2013-2016 ) , bersamaan 743.3 juta pound 1 musim. Bermulanya perjanjian baru pula menyaksikan harga tayangan EPL di serata dunia melonjak naik hingga ada yang melebihi 100 peratus, jumlah terbaru itu dianggarkan 5 bilion pound untuk 3 tahun bermula musim 2016-2017.


Jumlah yang diterima EPL ini juga jauh lebih besar dari yang diterima pesaing mereka, La Liga, Ligue 1, Bundesliga dan Serie A secara keseluruhan merangkumi penyiaran domestik dan antarabangsa !


Kesan negatif kenaikan harga ini menyebabkan Astro, pemegang hak EPL di Malaysia terpaksa mengecilkan jumlah program sukan mereka seperti ketiadaan La Liga, Serie A, Liga Perancis dan Liga Russia seperti sebelum ini. Ini mendapat kritikan hebat kerana La Liga dan Serie A ada pengikut tersendiri di Malaysia. Begitu juga program sukan lain seperti Ragbi, yang dahulunya termasuk dalam pakej Astro Supersports tetapi kini diasingkan ke channel khas, iaitu Setanta Sport.


Ironinya, Indonesia negara yang berpenduduk 240 juta orang 8 kali ganda lebih ramai dari Malaysia hanya membayar 17.1 Juta pound sahaja, berbanding Malaysia 42.7 Juta pound. Vietnam pula hanya membayar 7.5 juta pound dan berpopulasi 90 juta orang ! 3 kali ganda lebih besar dari Malaysia. Tidak pasti mengapa Malaysia perlu membayar lebih mahal, adakah ini disebabkan dasar monopoli ? sekadar berspekulasi.




No comments:

Post a Comment