Tuesday, 27 October 2015

Bargain Brand Food Outlet - Penjual Barangan Runcit Pada Harga Murah

Bargain Brand Foof Outlet yang berpangkalan di Newquay ini diasaskan oleh Charlotte Danks, 20 tahun. Tujuan kedai ini diwujudkan adalah untuk menjual barangan-barangan yang kian menghampiri tarikh luputnya pada harga serendah 25 sen !!! ada juga barangan yang dijual melebihi harga itu dan harga paling tinggi ialah 2.50 pound iaitu 2 liter baldi berisi serbuk kari.

Kesemua urusan penghantaran stok bekalan ini dilakukan sendiri oleh Charlotte. Dia mendapat bekalan dari pasaraya luar dari kawasan tempat tinggalnya kerana pasaraya berhampiran menganggap kedainya sebagai pesaing walaupun produk yang dijual nya itu barang-barang yang kian menghampiri tarikh luput. Pihak pasaraya di kawasan luar akan memaklumkan padanya tentang produk yang ingin mereka lupuskan dan tidak mahu pamerkan lagi di rak pameran di pasarraya. Dia berbuat begitu untuk cuba meringankan beban  masyarakat setempat dengan menjual produk berkualiti pada harga murah kerana kawasan itu rata-rata dihuni penduduk berpendapatan rendah.

Pasaraya yang berurusan dengannya juga dapat menampung kerugian kerana mereka masih boleh membuat sedikit keuntungan dengan menjual produk itu kepada Charlotte pada harga yang murah. Jika barangan runcit itu tidak dijual di kedainya, barang-barang itu kelak akan dihantar ke tapak pelupusan, satu lagi bentuk pembaziran makanan dikala masih ramai penduduk dia dibelenggu kebuluran.

 
 
 





No comments:

Post a Comment