Friday 4 October 2013

Kevin Walker : The Singing Player

Tidak pelik jika seorang pemain bolasepak itu melibatkan diri dalam bidang peragaan dan pengiklanan kerana itu adalah kelebihan kepada mereka yang bertubuh sasa dan berwajah tampan. Tetapi agak janggal jika seorang pemain bolasepak profesional itu melibatkan diri dalam rancangan realiti tv dan dalam masa yang sama dia juga perlu membahagikan masa untuk berlatih. Kevin Walker 24, pemain kelab GIF Sundvals di liga divisyen 2 Sweden ini meraih perhatian bila dia menyertai rancangan realiti tv IDOL di tv4 negara itu, yang menjadi punca kemarahan penyokong dan pengulas ialah bila stesen tv itu sanggup menukar waktu rancangan tv untuk perlawanan pasukan GIF Sundvals semata-mata untuk menyiarkan rancangan nyanyian itu.





No comments:

Post a Comment