Thursday, 3 October 2013

Kempen Bangang Prima Buku Karangkraf

Aku cukup benci dengan karangkraf ni sebab syarikat ini memberhentikan penerbitan 2 majalah kesukaan aku, G3 dan Arena BolaSepak. Cuba korang perhati isi dalam kempen membeli novel terbitan mereka ini, pada aku ini satu hasad dengki yang cuba menjatuhkan label-label buku yang indiependent. Harus diingat industri novel di Malaysia ini tidak lah besar mana dan untuk survive label-label ini membantu sesama sendiri dengan bersama-sama menyertai mana-mana festival seni atau acara untuk menjual buku mereka dan membantu penulis-penulis baru memasarkan karya mereka. Antara info yang aku dapat tahu, semasa pesta buku antarabangsa di PWTC dulu, jualan buku karangkraf merudum 20% kesan gelombang label-label indie ini. Label buku indiependent ini bertujuan memasarkan bentuk karya yang berbeza dari novel yang penerbitan mainstream hasilkan dan jalan cerita dalam novel label indie ini juga berbeza dan sukar dijangka, selain itu pengusaha buku-buku indie ini juga mahu menggalakkan golongan muda yang malas membaca untuk rajin membaca, jangan terkejut semasa pesta buku antarabangsa april lalu booth LEJENFIXI sesak dengan pembeli buku dan aku sendiri hampir lemas sebab pengunjung yang padat dan tidak putus-putus, begitu juga dengan booth Dubook press, walaupun tidak sepadat booth lejen fixi tetapi kehadiran pembeli ke booth mereka sentiasa konsisten setiap jam.


No comments:

Post a Comment