Thursday, 10 October 2013

Tim Fisk,Bapa Yang Menyara Keluarga Tanpa Bekerja

Tim Fisk asalnya seorang kontraktor, tetapi sejak 2008 dia memilih untuk tidak bekerja kerana hendak memberi perhatian penuh kepada isterinya yang mengalami kemurungan selepas keguguran dan anak lelakinya, Daniel 14 tahun yang buta sebelah mata juga mengalami masalah pembelajaran. Setiap hari Tim melakukan kerja rumah seperti menggosok,melipat dan mencuci pakaian dan menyediakan sarapan untuk anak-anaknya.

 Dia dan isteri nya bakal menerima cahaya mata ke 12 tidak lama lagi, tetapi masalah yang dihadapi nya ialah rumah mereka yang sempit dengan 3 bilik dan 1 bilik air, untuk mengatasi masalah itu pihak majlis daerah perbandaran Ipswich akan mengeluarkan belanja sebanyak  6 ribu pound untuk merobohkan dinding rumah mereka dan bercantum dengan rumah kosong bersebelahan rumah mereka,  2 orang daripada 11 anaknya telah berpindah keluar jadi setiap satu bilik dikongsi 4 orang anaknya dan anak ke 11 tidur bersama Tim dan isterinya. Usul majlis daerah Ipswich itu mendapat tentangan masyarakat setempat kerana rumah di sebelah itu patut diberikan kepada keluarga yang lebih berhak, tetapi majlis Ipswich tetap dengan keputusan mereka kerana tiada rumah yang sesuai untuk memindahkan keluarga besar itu. Keluarga itu menerima faedah dan bantuan sebanyak 40 ribu pound setahun untuk menyara anak-anaknya.




No comments:

Post a Comment